Sahabat Que 'Silent Readers'

HAMAS Berjuang Untuk MATI, Askar Israel Pula TAKUT MATI.. Inilah Yang Terjadi...

11/30/2012 01:00:00 pm

CERITA SERAM SEMASA SERANGAN ROKET

Pekerja-pekerja Palestin di Tebing Barat telah menceritakan bagaimana mereka melihat suasana ketakutan dan gementar serta kerosakan yang besar berlaku ke atas bandar-bandar Israel(tanah jajahan). Pada waktu itu, mereka berada di tanah jajahan dan menyaksikan tentangan sengit dari roket-roket pejuang Palestin.
*Foto: Seorang perajurit wanita Israel meraung-raung selepas roket Palestin jatuh ke penempatan di tanah jajahan. Sumber lain menyebut, perajurit ini adalah dari kalangan tentera simpanan yang dikerahkan ke kawasan-kawasan bergolak.
Rejim zionis sengaja menyembunyikan kerugian dan kerosakan yang sebenar dialami mereka semasa serangan sengit meskipun roket-roket Palestin dapat tiba ke jarak 80 kilometer. Dalam hal ini, realiti sebenar telah disembunyikan oleh Badan Pemantau Tentera zionis serta media-media massa Israel turut dikenakan cengkaman yang ketat, namun sebahagian fakta sebenar tetap tersebar melalui jaringan sosial, youtube, dan sebahagian siaran televisyen satelit.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Seorang peniaga Palestin, Abu Rabie' yang biasa memborong barangan dari seorang pemborong dari tanah jajahan di bandar Tel-Aviv (تل الربيع) menceritakan semasa tentangan sengit, beliau menghubungi pemborong berkenaan untuk menempah barang-barang perniagaan. Bagaimana pun, dibalas, "aku sekarang dalam tempat perlindunganlah."

Tanya Abu Rabie' dengan nada terkejut, "apa yang kamu buat di tempat perlindungan, sampai begitu terukkan keadaan kamu semua?"

Lalu dijawab, "perkara ini bukan main-mainlah, roket-roket telah merobek tingkat-tingkat bangunan," kata pembekal barangan dari kalangan warga zionis.

Sumber:
24/11/2012, web berita Safa

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad