Sahabat Que 'Silent Readers'

EMPAT Sekeluarga MATI Berulat

11/17/2012 07:00:00 am

BETONG: Misteri bau busuk yang dihidu seorang lelaki ketika mengunjungi rumah abangnya semalam, membawa kepada penemuan mayat empat beranak yang sudah berulat dipercayai meninggal dunia tiga hari sebelum itu di sebuah rumah di Kampung Lubuk Chepong, Pusa, di sini. Kejadian disedari lelaki berusia 43 tahun itu yang bertandang ke rumah abangnya di kampung berkenaan sebelum terhidu bau meloyakan, jam 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Sarifuddin Mustafa berkata, lelaki itu adik kepada seorang mangsa yang kemudian menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan. Beliau berkata, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong bergegas ke rumah mangsa sebelum menemui mayat empat beranak dalam keadaan berulat.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Katanya, mangsa dikenali sebagai Zaidi Pandi, 62, isterinya dikenali sebagai Saemah, 53, anak perempuan pasangan itu, Noratikah, 20, dan anak lelaki, Mohd Khaizel, 27.

“Ketika tiba di rumah mangsa, anggota polis memecah pintu berikutan dikunci dari dalam. Sejurus pintu dibuka, polis menemui seorang lelaki berusia 62 tahun bersama isterinya berusia 53 tahun serta anak lelaki dan perempuan masing-masing berusia 27 dan 20 tahun dalam keadaan berulat. “Sejurus selepas penemuan mayat, polis menjalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada ia berkaitan kes rompakan atau sebaliknya, namun tiada bukti ditemui.

“Malah, keadaan rumah berkunci dari dalam selain tiada kesan ceroboh serta senjata ditemui ketika siasatan dijalankan,” katanya ketika dihubungi, semalam. Sarifuddin berkata, berikutan itu polis membuka kertas siasatan sebagai mati mengejut.

“Setakat ini, polis tidak boleh membuat kesimpulan mengenai kematian mangsa berikutan tiada unsur jenayah ditemui,” katanya.

You Might Also Like

3 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad