Sahabat Que 'Silent Readers'

WAJIB TAHU: BEZA Antara KEINGINAN & KEPERLUAN...

11/03/2012 12:16:00 am

(Cerita Abu Khubaisy kepada para muridnya)

Abdullah bin Umar, khalifah yang terkenal sebagai pembangun Bait al Maqdis, suatu hari terserang oleh suatu penyakit. Para pembantunya, sangat bimbang umur khalifah kerana penyakitnya itu. Ternyata Allah SWT belum berkenan memanggil Abdullah keRahmatullah. Khalifah beransur-ansur pulih. Setelah agak makin baik keadaannya, Abdullah berniat hendak makan ikan panggang. Khalifah kemudian menyatakan keinginannya itu kepada salah seorang sahabatnya. Pembantu yang setia itu, segera berusaha untuk memenuhi seleranya. Dia pergi mencari ikan dan setelah mendapatkannya segera dipanggangnyalah ikan tersebut. Abdullah bin Umar segera makan ikan panggang yang baru saja diturunkan dari panggangannya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Aromanya begitu sedap sehingga bertambah seleranya dan ingin segera memakannnya. Dalam keadaan yang siap santap itu, tiba-tiba muncul seorang musafir yang nampak sangat kelaparan. Serta merta Abdullah menyuruh pembantunya untuk segera mengangkat hidangan yang ada di hadapannya itu kepada sang musafir. Merasa jerih payahnya tidak dinikmati oleh Abdullah, pembantu itu mengeluh. Ia keberatan kalau makanan tersebut diberikan kepada musafir tadi.

" Tapi ini makanan yang dengan sengaja saya buatkan untuk tuan dan sesuai dengan pesanan tuan."

" Wahai, pembantuku ! Tahukah kamu bila aku memakan makanan ini, maka sebetulnya itu aku lakukan kerana aku suka. Kerana aku menyenanginya. Tetapi, bila musafir itu memakannya, maka itu ia lakukan kerana memang ia perlu. Jadi makanan itu lebih berharga bagi dia daripada untukku.
Jangan lupa, Allah SWT berfirman :

" Kalian sekali - kali tidaklah memperoleh kebajikan sehingga kalian menyedekahkan apa - apa yang kalian senangi ".
Published with Blogger-droid v2.0.9

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad