[SEDIH] Pesanan Terakhir Seorang Ayah Kepada Anaknya Di Facebook | MENANGIS BACA NI

[SEDIH] Pesanan Terakhir Seorang Ayah Kepada Anaknya Di Facebook | MENANGIS BACA NI | Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox.

pesan-ayah-kepada-anaknya-1000x595

Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya. 

Ditatap isinya, 

“Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak…

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.

Apapun. Maafkan abah atas curahan hati abah ini.

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya.”

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

sedihnya bila baca...

Anonymous said...

Assalamualaikum, saudara que ahmad., sedikit sebanyak saya amat terasa dengan cebisan ini sebab saya mempunyai 4 orang anak (3 lelaki & seorang perempuan), anak sulung saya (lelaki) berumur 28 tahun sudah berkerja sejurus lepas menerima diploma pada tahun 2010, anak kedua saya (25 thn) sejak menerima ijazah pada tahun 2012 belum mendapat kerja tetap sekadar berkerja sambilan sebagai juruteknik komputer sejak tahun 2012 itu, anak ketiga (perempuan) tahun ni akan menduduki SPM dan anak bungsu saya (lelaki) baru masuk tingkatan satu tahun 2014. Merujuk kepada 'facebook' ayah kepada anaknya diatas - saya rasa pengalaman yang hampir serupa dengan yang saya alami, mungkin cara pemikiran anak-anak zaman internet ni amat berbeza dengan zaman kami dibesarkan dulu. Anak-anak memang 'hampir' tak boleh ditegur, mereka akan menarik muka, kalau dimarah kita langsung tidak di sapa - kita ni lah yang muka tak malu menegur mereka dengan lawak bodoh dan sengal harap-harap kot mereka sudi senyum kat kita dan menjernihkan suasana.
Suatu ketika beberapa minggu yang lalu saya memarahi anak bungsu saya kerana sesuatu isu yang saya rasa amat tidak wajar berkaitan layanannya terhadap saya dan ibunya; kemungkinan ketika itu kesabaran saya punah kerana telah terlalu lama memendam rasa. Saya amat menyesal selepas itu, tapi ibunya memujuk saya dengan mengharapkan agar ini akan menyedarkan dia serta abang-abang dan kakaknya . Tetapi ternyata suasana menjadi bertambah buruk dan saya amat bersedih hingga hari ini - dia tak mahu bercakap dengan saya sekiranya saya tidak memulakan percakapan. Itu pun saya dilayan acuh tak acuh, semua yang melibatkan perbelanjaan akan diminta dari ibunya - saya tak kisah tentang itu sebab ibunya tidak berkerja maka wang belanja saya serahkan kepada ibu mereka. Kadang-kadang saya ingin menyewa rumah yang berhampiran dengan pejabat saya ( memandangkan rumah jarak dari rumah ke pejabat saya melebihi 60 km dan dalam usia 55 tahun ni untuk memandu sejauh itu dalam keadaan traffic yang melemaskan seringkali membuat tekanan darah dan jantung saya berkerja keras setiap kali berulang alik ke tempat kerja) tetapi isteri saya menentang idea ini kerana risaukan makan minum keempat-empat anak kami itu.
Saya mungkin boleh hidup 15 atau 20 tahun lagi sebagai bonus dari Allah mengharungi hidup ini tapi kesedihan ini mungkin akan mempercepatkan lagi pemergian saya. Cuma apa yang saya kesalkan ialah mungkin selama ini kaedah dan method saya mendidik anak-anak saya telah lapuk dan ketinggalan zaman dan bertentangan dengan naluri, persepsi dan ideologi pemikiran mereka. Namun selagi saya berdaya dan mampu berdoa samada selepas bersolat atau masa-masa lain doa yang khusus untuk mereka tetap saya minta pada Allah agar mereka dilindungi dan diberkati - tentang kesalahan mereka pada saya dan ibunya, kami (saya dan isteri) telah memaafkan dan mengampunkan segala kesalahan mereka yang lalu dan kesalahan mereka yang akan datang.

Anonymous said...

dunia diakhir zaman dah tersebut dlm quran dan hadis so ok atau ko terima je le bersabar

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts