[EKSKLUSIF] Manisnya Cinta Selepas Nikah | PERCAYALAH...

[EKSKLUSIF] Manisnya Cinta Selepas Nikah | PERCAYALAH... | Salam, Abe cuma kongsikan dengan korang semua artikel yang Abe ambil daripada 'Aku Penghibur'. Korang baca sendirlah ye :)


Hai semuanya, Alhamdulilah sekarang acik berada di Uitm menjalani kehidupan seorang student. 
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Tetapi di awal sem nie ada masa lagi untuk meluangkan bersama pembaca di blog ini. Petang tadi, acik berjumpa dengan seorang kawan acik yang dulunya kami pernah satu team semasa Kem Ikhlaskan diri,dia senior acik. Di situ acik kenal dengan dia dan kami juga saling berhubung melalui facebook dan email. Petang tadi dia berjumpa dengan acik untuk memperkenalkan suaminya kepada acik kerana dulu kami pernah berjanji siapa yang kawin dulu akan bawa untuk di perkenalkan. Dan Hilma ingin berkongsikan cerita kepada kamu

Acik : Alhamdulilah Hilma akhirnya kamu dapat apa yang kamu impikan selami ini dan sudahpun membina masjid yang agung. Bila berkahwin kepada tak jemput pon ??

Hilma : Alhamdulilah acik, sekarang Hilma rasa bahagia sangat, yelah umur Hilma pun bukan muda lagi , dah 25 tahun baru rasa kebahgiaan ini. Maaflah bukan tak jemput tapi Hilma buat majlis di terengganu dan buat secara biasa saje . Dan niat Hilma nak jemput acik di majlis perkahwinan kami di Johor nanti .. Tak datang siap yer..

Acik : Wahh Hilma nak tanya macam mane boleh berkenalan dengan abang Helmi nie ??sama cantik sama padan lah …

Hilmi : Ini semua jodoh ALLAH, dulukan Hilma selalu mengadu dan ceritakan masalah Hilma pada acik. Yelah dulu hilma akui Hilma terlalu cetek tentang ilmu agama. Dulu masa dengan Razif , kami bercinta dekat 5 tahun siap plan nak berkahwin dan siap fikir lagi bila nak kawin nak anak berapa.

Tapi itulah bila ALLAH katakan dia bukan Jodoh Hilma maka bukanlah dia. ALLAH tunjukkan penantian Hilma pada Razif hanyalah sia-sia saje sebab dia curang. Memang akui bila putus dengan Razif, Hilma rasa down dan tak percaya pada lelaki. Lelaki tu suma sama.. itu pandangan masa tu. Bertahun-tahun hilma diamkan diri dan tak mahu sebarang hubungan yang serius dengan lelaki. Hilma pilih untuk bersendirian ,memang penat bila nak menjawab pertanyaan orang ..tak ada pakwe ke ?? bila nak kawin ??? nak aku carikan jodoh ?? dan sebagainyalah ..rasa sangat membebankan. 

Pernah satu ketika Hilma menagis kerana tak tahan semua nie. Tapi hilma tak pernah putus asa dan tak jemu berdoa kepada ALLAH dan merintih pada ALLAH kerana hanya Dia dapat membantu kita. Hampir tiap-tiap malam Hilma buat solat taubat dan solat hajat agar Doa Hilma termakbul dan di dengari ALLAH. Biarlah lelaki yang selayaknya untuk Hilma yang ALLAH berikan.
Acik : So Hilma pernah kenal Abang Hilmi nie ?? Dan apa yang buatkan hilma rasa kuat untuk percaya pada jodoh ALLAH
http://i.imgur.com/jGRfq.jpg

Hilma : Memanglah dulu hilma rasa bila tak ada boyfriend kita akan jadi anak dara tak laku dan sebagainya. tapi hilma percaya setiap apa yang berlaku dalam diri ini adalah  dirancang oleh ALLAH dan di susun rapi kerna perancangan terbaik adalah ALLAH … Dia akan berikan sesuatu yang tak pernah kita jangkakan .Kalau acik nak tahu hilma tak pernah kenal dengan Hilmi.Kami pernah berjumpa pon sekali itu pon terserempak .Kebetulan Hilmi juga seperti Hilma kecewa dengan cinta dan tak percaya pada cinta. Dan Hilmi dapatkan maklumat Hilma dari kawan baik Hilma dan di terus masuk meminang, Dia kata, tak kisahlah kenal or tak janji mencuba dulu . Entahlah bila semasa merisik tu hati ini rasa tenang dan terima Hilmi dengan lapang dada…

Alhamdulilah Cinta Selepas Nikah bukan bermakna tiada cinta sebelum nikah. Cinta itu memang ada. Perasaan cinta itu memang wujud. cumanya kadangkala manusia berbeza tentang definasi cinta.Percayalah cinta selepas kawin , saya sudah mendapatkan ..anda bila lagi??

Allah berikan  hilmi pada Hilma seadanya dan selayaknya kami. Seronok sangat bila dia jadi imam dalam solat dan Alhamdulilah dia seperti apa yang hilma doa dan harapkan … Hilma bersyukur sangat acik..

http://i.imgur.com/DcPLz.jpg

Mesti ada yang bertanya macam mane kami yang sudah ada pakwe/wakwe nie ?? kena putuskan mereka untuk mencari cinta selepas nikah ??

Jadi, tidak salah untuk kita mencintai seseorang sebelum nikah, tapi jangan “bercinta” sebelum nikah. Kalau kita hendak mencintai seseorang sebelum nikah boleh, tapi “kawal” nafsu, kuatkan iman, tak perlu kita nak katakan/lafazkan cinta itu sebelum nikah. Ingatlah, Cinta itu Fitrah, jangan jadikan ianya fitnah.

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

vipmaster power said...

This Is What Women Really Want !!

http://mantopbro.blogspot.com

Siti Fathimah said...

Sesungguhnya bercinta selepas nikah adalah satu nikmat yang Allah kurniakan bagi mereka yang betul-betul menjaga ikhtilatnya sebelum kahwin. Semoga saya juga akan menerima nikmat tersebut. :)

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts