[PERINGATAN] 18 Kesalahan Bertudung Yang SERIUS | WAJIB BACA !!!

[PERINGATAN] 18 Kesalahan Bertudung Yang SERIUS | WAJIB BACA !!! | Kesalahan bertudung. 

kesalahan bertudung

  • Bilamana seseorang perempuan itu HANYA menganggap bahawa Aurat itu adalah memakai tudung sahaja. 
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

  • Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek. 
  • Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya. 
  • Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’. 
  • Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan/atau hujung rambutnya. 
  • Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. 
  • Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. 
  • Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. 
  • Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut. 
  • Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita. 
  • Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. 
  • Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya. 
  • Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan. 
  • Bertudung tapi memakai kasut bertumit tinggi yang menghasilkan bunyi apabila berjalan, jesteru menarik perhatian orang sekeliling. 
  • Bertudung itu hanya apabila memasuki kawasan masjid, menghadiri kenduri perkahwinan atau arwah. 
  • Bertudung hanya apabila hadirnya “lelaki yang bukan ahli keluarga”. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung, sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhu’ kita. Dengan itu, sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka. 
  • Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya (e.g. Facebook). 
  • Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[Surah Al-Ahzab : 59]

Aku perhati atau melihat dalam syurga , maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA. [ hadis Riwayat Bukhari ]
Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH tutuplah auratmu dengan sempurna !
sumber

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

Anonymous said...

pada kawan x salah kalau tazkirah berbentuk mcm ni tp pada pandangan kawan biar mereka pakai tudung macam mana mereka nak, jangan paksa, jangan perli dan jangan sakiti diri mereka. kawan takut mereka terus buka tudung lagi haru. pujilah dan tegur dengan bekhemah. hidayah itu milik ayah marilah kita buat tarbiyah mengikut sunah x payah nak berkeras2 kita bukan zaman jahiliyah dan rasulullah pun tarbiyah org dengan mula2 memuji org itu dan diikuti teguran yang manis

Anonymous said...

Aku rasakan tazkirah ini utk wanita yg dah lama pakai tudung tapi tk paham atau tk mengerti mcm mana cara pemakaiannyanya yg sebenar. Sebab tu kena belajar dan dgn adanya tazkirah ini mereka dapat terima akan kesalahan mereka. Terima kasihlah kpd admin. Dan bg yg baru pakai tudung tu jdikan ini sebagai panduan

Anonymous said...

alhamdulillah...kdg2 kita lupa aurat bukan sekadar bertudung...byk lg perlu diperbaiki..
tq admin

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts