[APA NAK JADI] Kerana Tak Hafal ABC | Budak 4 Tahun Lebam Dipukul Guru Tuisyen
2/11/2014 11:00:00 am
[APA NAK JADI] Kerana Tak Hafal ABC | Budak 4 Tahun Lebam Dipukul Guru Tuisyen | Akibat
 gagal menghafal A, B, C hingga Z dengan lancar apabila bacaan terhenti 
sekadar pada huruf D, seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun 
didakwa dipukul guru tuisyen sehingga luka dan lebam di beberapa anggota
 badan, kelmarin.

Dalam kejadian di pusat tuisyen di Sri Gombak, di sini, Issac Chan Yi
 Bing dikatakan turut dicakar selain dirotan guru wanita yang sarat 
mengandung itu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Ibunya, Ong Mei Li, 30, berkata akibat perbuatan guru itu belakang 
badan anak tunggalnya bercalar dan berdarah, selain lebam di tangan, 
telinga serta pipi.
Menurutnya, kecederaan Issac dikesan selepas kanak-kanak itu pulang 
daripada pusat tuisyen dalam keadaan menangis dan ketakutan kira-kira 
jam 7 malam.
“Sebaik saja dia pulang ke rumah, saya hairan mengapa Issac tidak 
mahu didukung seperti kebiasaan sedangkan dia seorang yang manja dan 
aktif.


 
 
 
 
 
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"