Monday, 17 December 2012

SAHABAT = Satu NOSTALGIA Yang BERHARGA


Dulu masa mula-mula kenal perghhh... Sanggup bersama naik motor dari KL ke sini merentas highway, apa-apa saja sering jer senang berbicara, pernah juga parking printer die kat bilik aku masa dulu-dulu, dulu-dulu tu dulu mana sangat? Tak lah bertahun sangat dalam lingkungan 2-3 tahun nie la. Apa yang berlaku sekarang? Selisih bahupun tak bertegur sapa sudah apa lagi? Duduk sebelah pum belum tentu lagi bercakap...memang pelik orang begini.

Susah cari kawan senang jarang-jarang ditinggalkan, apa yang berlaku aku pum tetap bingung. Apa yang dia nak sebenarnya, aku tak pernah pulak belasah dia, tak pernah pum tengking dia cuma aku berlalu dengan rendah diri sendiri tak menyatakan sepatah pun perkataan "kau penyebab aku berundur". Apa lagi? Tiada dendam tertanam dalam jiwa tiada hasad seperti lelaki lembut itu dan tiada apa-apa yang dibengkakkan dalam hati. Jadi dimana persahabatan itu bermula?
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Sunday, 16 December 2012

Kurnia SYAHID Itu HAK ALLAH SWT, Bukan Kuasa Kita...


Sabda Nabi s.a.w: “Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

(riwayat Muslim).

Published with Blogger-droid v2.0.9

Golongan AHLI NERAKA Tanpa SEDAR... Nauzubillah...


‎''Kebanyakkan ahli Neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.'' maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka :

''Mengapa terjadi sedemikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?''

Baginda RASULULLAH SAW menjawab: ''Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati SUAMI dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya''

(HR Muslim)

Published with Blogger-droid v2.0.9
Saturday, 15 December 2012

10 TIPS Penjagaan HandPhone (HP), Tablet & Seangkatan Dengannya...


1. Jangan menggoyang-goyangkan HP semasa signal lemah atau tiada. Hal ini akan membuat si HP pening & mual..

2. Jangan charge HP anda terlalu lama (setelah bateri sudah full)Hal ini akan membuat bateri anda bunting/ melembung. Jika itu terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawab & sanggup menikahinya..

3. Jangan terlalu sering bermain game di HP..Cubalah serius dengannya. Didunia ini tidak ada yg mahu dipermainkan..seperti anda juga..

4. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda. Jika ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit..

5. Cucilah HP anda seminggu sekali agar bersih dari noda, bau & virus.Bayangkan jika anda tidak mandi seminggu.. Begitu juga dengan HP anda..

6. Pakaikan baju / jaket yang tebal pada HP anda. Hal ini akan membuat HP anda berasa lebih nyaman dan selesa serta tahan masuk angin..

7. Jangan terlalu sering mengisi topup kredit yang murah (RM5).Hal ini akan membuat HP anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin tinggi harga dirinya..

8. Gunakan Facebook bersubsidi (0.facebook)..Hal ini akan menjimatkan kredit HP anda..

9. Jangan penuhi HP anda dengan sms dari skandal atau pasangan curang anda. Jika kantoi, maka akan melayanglah nyawa HP anda (mungkin nyawa anda juga turut melayang).

10. Jika anda sedang stress, lemparlah HP pada tempat yang empuk / lembut.Hal ini akan mengelakkan HP anda dari patah hati/tulang belakang..

SEMOGA BERMANFAAT KEPADA HP ANDA...Selamat Beramal! Hehheehehehe... Sengaja je Abe kongsikan TIPS Jahanam ni dengan korang untuk suka-suka, hehehehe

Published with Blogger-droid v2.0.9

Yang TERTUTUP Itu INDAH



Tutuplah auratmu sayang….
Litupilah setiap inci tubuhmu…
Agar jauh dari pandangan ajnabi..
Agar terjaga setiap batas auratmu…

Tutuplah auratmu sayang….
Labuhkanlah hijabmu menutupi dadamu…
Lebihkanlah inci dalam pakaianmu…
Agar bentuk tubuhmu tidak mampu diduga oleh kaum lawan jenismu…

Tutuplah auratmu sayang….
Janganlah jadikan tudungmu hanya sekadar perhiasan
Bahkan jadikanlah ia sebagai tuntutan…
Jua sebagai pertahanan…
Agar dirimu menjadi ikutan….

Tutuplah auratmu sayang….
Ingatlah, yang terlindung itu lebih berharga…
Yang terlindung itu lebih terjaga….
Yang terlinding itu lebih tinggi nilaiannya….
Yang terlindung itu menjadi impian setiap pujangga…

Tutuplah auratmu sayang…
Hanya itu yang mampu Que nasihatkan…
Buat dirimu yang bernama teman..
Agar sentiasa dalam rahmat Tuhan
Agar terlindung dari segala kejahatan…
Friday, 14 December 2012

Datuk K Cedera Parah, Kemalangan Di New Zealand? Siti Nurhaliza Batalkan Persembahan...



Suami penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dilapor telah mengalami kemalangan di New Zealand, hari ini.
Seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan, Datuk K mengalami kecederaan patah bahu, tangan dan kaki, namun keadaannya stabil.
Ketika ini, Siti masih berada di Jakarta sementara menunggu penerbangannya ke Kuala Lumpur sebelum berangkat ke New Zealand esok, bagi melihat keadaan suaminya.
Lantaran itu, Siti terpaksa membatalkan dua persembahan besar iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang dijadualkan berlangsung di Banjarmasin dan Jakarta sehingga 14 Disember ini.

Susulan KES DERA ANAK TIRI Di Klang, Selangor. AKSI DERA Di RAKAM Isteri MEKANIK KEJAM




SHAH ALAM – Seorang wanita yang dipercayai merupakan individu yang merakam perbuatan suaminya mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di sebuah rumah di Klang ditahan pukul 10 malam kelmarin di Taman Meru Indah, Klang.
Suri rumah berusia 20 tahun itu bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

HARIMAU MALAYA Tumpas Kepada GAJAH PERANG Di Piala Suzuki AFF 2012 (Malaysia 0-2 Thailand)



NORSHAHRUL (kanan) melepaskan tandukan ke gawang Thailand tetapi tandukannya itu berjaya diselamatkan penjaga gol lawan.

BANGKOK – Segala-galanya sudah berakhir buat Harimau Malaya apabila tumpas 0-2 kepada Thailand dalam aksi separuh akhir kedua kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Supachalasai, malam tadi. Kekalahan tersebut sekali gus mengecewakan harapan seluruh Rakyat Malaysia yang mengharapkan Harimau Malaya berjaya melangkah ke final. Impian Harimau Malaya untuk mengulangi 'magis' muncul juara dua tahun lalu hanya tinggal sejarah apabila Gajah Perang terlalu unggul di gelanggang sendiri, sekali gus menyaksikan Thailand mara ke final dengan kelebihan agregat 3-1.
Untuk rekod, kedua-dua pasukan sebelum ini terikat seri 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil Ahad lalu. Suka atau tidak, skuad negara yang tempang apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain gara-gara Mohamad Fadhli Shas diperintahkan keluar padang pada babak pertama juga seolah-olah satu petanda betapa aksi malam tadi bukan milik Malaysia. Thailand yang sekadar memerlukan keputusan seri tanpa jaringan untuk layak ke final sebaliknya bermula garang apabila kesilapan Aidil Zafuan Abdul Radzak untuk mengawal kemas bola nyaris dihukum Jakkapan Pornsai seawal minit ketiga, mujur penjaga gol negara, Farizal Marlias bijak mengawal keadaan.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Thursday, 13 December 2012

Mekanik Kejam DERA ANAK TIRI Di Klang, Selangor



RENTETAN gambar menunjukkan seorang lelaki begitu rakus mendera seorang kanak-kanak dengan mengangkat badan mangsa, menendang, memukul dengan senduk dan memaksanya berlutut dengan mengangkat tangan di sebuah rumah di Klang.

KLANG – Perbuatan kebinatangan seorang mekanik yang mendera anak tiri lelakinya berusia tiga tahun tanpa belas kasihan memakan diri apabila dia diberkas selepas aksi kejamnya itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook.
Suspek berusia 32 tahun tersebut diberkas pada pukul 8 malam kelmarin di rumahnya di Taman Mas, Kapar di sini iaitu tempat di mana kejadian dera itu berlaku. Dia diberkas apabila polis menerima laporan jirannya sejam selepas dia melihat rakaman tersebut.
baca lagi dan tonton VIDEO Penderaan, Klik TAJUK ENTRI ni
Wednesday, 12 December 2012

WANITA VIETNAM Sahkan Kemaluan PEROGOL Ada BEBOLA BESI?



MOHAMAD FADZLIE (kanan) dan Mohd. Khairiell Idzham berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Keterangan seorang wanita Vietnam mengatakan dia terpegang satu objek keras pada kemaluan lelaki yang merogolnya ketika sesi kawad cam dapat mengheret pemuda itu ke muka pengadilan sekali gus membuatkan tertuduh mengaku salah atas tuduhan tersebut.
Mohamad Fadzlie M. Rosdi, 20, mengaku yang dia ada memasang bebola besi atau ‘tayam’ pada kemaluannya ketika merogol mangsa di sebuah rumah urut di Setapak di sini pada pukul 1 pagi 25 November lalu. Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KISAH BENAR Ahli SUMO Yang Rajin SOLAT



Memiliki berat 'berlebih' tidak membuat pesumo asal Mesir, Ahmed Abdelrahman Shaalan, kesulitan untuk melaksanakan SOLAT. Sebaliknya, pemilik gelaran 'Ribut Pasir' ini tidak pernah meninggalkan solat lima waktu walaupun agenda latihan yang sangat padat. Tak hanya itu, Ahmed tidak pula makan daging babi dan 'sake', minuman beralkohol khas Jepun, seperti seorang pesumo lain. Dia berpegang teguh dengan keyakinan agamanya untuk tidak mengambil makanan dan minuman yang dilarang. Dengan latar belakang keyakinan yang jauh berbeza dengan pesumo lain, Ahmed tentu berada dalam satu persekitaran yang memaksanya bekerja keras menjaga keyakinannya agar tidak goyah.

"Alhamdulillah, saya tidak terjejas. Bahkan saya bekerja keras untuk tetap menjalankan ibadah puasa meski kebanyakan perlawanan sumo berlangsung di waktu petang" katanya.
baca lagi KISAH BENAR ini, Klik TAJUK ENTRI ni
Monday, 10 December 2012

30 Tahun BERJIHAD Akhirnya Menemui SYAHID Di Syria... Alhamdulillah...



Selepas menghabiskan tiga dekad dalam hidupnya terlibat dalam Jihad di Afghanistan, Bosnia dan Hezergovina serta Kashmir, Abdul Aziz Al-Jeghaiman,mujahid berasal dari Arab Saudi menemui syahid (insya Allah) di Idlib, Syria, pada awal tahun Islam(Muharram)akibat pengeboman besar-besaran oleh tentera rejim Syiah Bashar Assad.

Al-Jeghaiman, seorang pemuda bijak, pernah ditawarkan menjadi pembantu pengajar di Universiti King Faisal pada tahun 1980-an, tetapi dia lebih memilih untuk pergi ke Afghanistan untuk berjihad bersama para pemuda Saudi dan Arab yang lain.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

BANGSA YAHUDI Yang Pertama KAFIR Kepada RASULULLAH S.A.W



"Dan berimanlah kamu kepada apa yang Aku turunkan yang membenarkan apa yang ada padamu, dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kali kafir kepada-Nya dan janganlah kamu menjual ayat-ayat-Ku dengan harga murah, dan hanya kepada Akulah hendaklah kamu bertaqwa,"(AlBaqarah 41)

Dalam ayat ini Allah SWT berbicara kepada Bangsa Yahudi, sebagai bangsa yang telah sering kedatangan Nabi. Bangsa ini menerima kitab-kitab suci dari langit tetapi merupakan bangsa yang paling benci kepada orang-orang mu'min. Bangsa Yahudi diajak untuk menjadi orang pertama untuk beriman kepada Nabi Muhammad supaya bangsa-bangsa lain bersedia mengikuti jejaknya.

Kepada bangsa Yahudi Allah berfirman supaya mereka beriman kepada Al-Quran sebagai pelaksanaan memenuhi janji kepada Allah. Hal ini menunjukkan bahawa memenuhi janji kepada Allah dengan mengikuti arahan dengan beriman kepada Al-Quran dan Nabi Muhammad adalah suatu tindakan yang penting dari yang lain. Sebab langkah seperti ini merupakan asas yang pokok dan tujuan utama. 
baca lagi & lagi gambar, Klik TAJUK ENTRI ni
Sunday, 9 December 2012

KISAH BENAR Pengalaman FARAH ADEEBA & HELIZA HELMI Semasa Di Bumi GAZA...


Abe ambil Info ni daripada anak sedara Abe (Abe Nik NSX). Katanya:-

"TERSENTUH ambe bace cite pengalaman Farah Adeeba & Heliza mase di Gaza...and TERHARU rase bila ade non-muslim yg concern(ambe highlightkan merah tu).... :)

~Semoga semua umat islam dbumiMU ini sentiasa dlindungi Mu, Ya ALLAH..amin (^_^)
Saturday, 8 December 2012

Mengapa DOKTOR BEDAH Memakai Pakaian BERWARNA HIJAU? Ini Jawapannya...


Tahukah Anda ??

Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?

Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Friday, 7 December 2012

Pengertian Sahabat Pada Abe



Mereka gembira, Abe gembira. Mereka suka hati, Abe suka hati. Mereka seronok maka Abe juga akan seronok.

Andai mereka risau, Abe takut. Andai mereka gelisah, Abe risau. Saya bersyukur segalanya selesai. Kawan bukan untuk dipergunakan, tapi kawan untuk disayangi.

Kerana Abe tahu kawan yang bagus, sentiasa membangunkan diri kita. Kerana kawan yang bagus mampu memberi inspirasi, Kerana kawan yang bagus mampu mengubah kita jadi lebih baik.

Sayangi mereka kerana mereka membahagiakan kita. Tiada kawan, maka tiada orang angkat mayat kita. Biar apa terjadi, keluarga jangan dilupa.
Published with Blogger-droid v2.0.9
Thursday, 6 December 2012

Kini Baru Que SEDAR DIRI...



Sewajarnya manusia itu menghargai apa yang mereka miliki. Bersyukur pada anugerah dan nikmat yang telah Tuhan kurniakan pada setiap individu. Tetapi, sudah menjadi adat manusia, ingin rasa dihargai. Hingga terlupa untuk menghargai apa yang mereka miliki.

Namun, pernah korang terfikir.. saat kita ingin dihargai.. apa yang telah kita lakukan untuk menghargai?? Jangan hanya meminta, cubalah pula untuk memberi.. Kerana tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Abe tertarik dengan lirik lagu Jason Mraz ‘Life is Wonderful’.. Penuh dengan makna dan erti sebuah hidup..
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

JANGAN Di Paksa Sesebuah PERSAHABATAN... JANGAN SEDIH!!! BerSahabatlah TANPA Mengharapkan Balasan...


SeJUJURnya, Abe pun selalu rasa macam tu! Dipinggirkan kawan-kawan, tapi sebabnya mungkin Abe yang tak pandai bawa diri? Korang sedih tak korang mudah dilupakan? Jangan sedih, bukan hak kita untuk sentiasa diingati dan dikenang-kenang.

Ingat, kita boleh buat baik , tapi kita tak boleh paksa orang suka dan ingat kat kita. Kalau orang ingat dan suka kita, itu adalah salah satu kurniaan Allah juga. Berkawan, tapi jangan berharap. Kawanlah dengan siapa-siapa, tapi jangan selalu berharap mereka akan selalu ambil kisah tentang kita. Bimbang itu akan hanya melukai kita dan membuat kita terasa kecewa.

Bila kita letak pengharapan pada manusia, maka manusia selalunya akan hanya mengecewakan kita. Berkawanlah dengan ikhlas, berilah persahabatan, tanpa mengharapkan balasan. Abe tahu itu susah. Normallah kita manusia. Nak juga ada someone yang rapat, yang selalu peduli dan ambil kisah. But then, jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Tak semestinya bila orang lain ada ramai kawan rapat dan kawan yang selalu peduli dan ambil kisah, maka kita pun mahu benda yang sama.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Tuesday, 4 December 2012

KISAH BENAR Suami & Isteri (Part 2)


Kaunselor: Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal: Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor: Halimah pula?

Encik Zainal: Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor: Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Monday, 3 December 2012

KISAH BENAR Si Suami & Si Isteri...


ISTERI: abg ape kte mlm ni kte xpyh tdo sme2.. abg tdo lua, ayang tdo dlm blik

SUAMI: knpe syg..

ISTERI: ha.. ayang ade 1 prmainan, ayang catatkn smue kburukan abg sbyk mgkin dn abg pun catatkn tntg kburukan ayang sbyk mgkin! esok pg kte bace blik tntg ape yg kte dah tulis tu..

SUAMI: ok..mlm tu si isteri senaraikan tntg kburukan suami die smpai xtdo.. suami die di ruang tamu pun x tdo...hgga ke pg wktu sarapan,,

ISTERI: ha, mcm mne, spe nk mulakn dlu???

SUAMI: ayang dlu mulakn..
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Sunday, 2 December 2012

Berulang Ulang Melakukan DOSA & TAUBAT...


Diriwayatkan oleh Thabrani:

“Telah datang seorang laki-laki menghadap Rasulullah SAW lalu bertanya:

“Ya Rasulullah, salah seorang dari kami berdosa.

Bersabda Rasulullah: dituliskan dosanya.

Berkata orang itu: Lalu orang yang berdosa itu minta ampun atas dosa itu dan taubat.

Bersabda Rasulullah: Allah ampuni dosanya dan di beri taubat.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Saturday, 1 December 2012

JAUHI Couple, DEKATI Nikah


LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect sgt..!

PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?

LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa?????

PEREMPUAN : Kerana tiga sebab
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

TIPS Untuk Murah REZEKI...


Tips murah rezeki...

Aliran harta umpama air yang mengalir. Selagi air mengalir, selagi itulah ia bersih dan jernih. Jika ia bertakung, maka ia akan kotor, berkeladak dan akhirnya tersekat. 

Justeru mari sama2 kita alirkan harta kita dengan mengeluarkan zakat, sentiasa bersedekah dan berjihad ke jalan Allah. InsyaAllah dengan cara itu lebih banyak air (harta) akan mengalir dalam kehidupan kita.
Published with Blogger-droid v2.0.9
Friday, 30 November 2012

HAMAS Berjuang Untuk MATI, Askar Israel Pula TAKUT MATI.. Inilah Yang Terjadi...


CERITA SERAM SEMASA SERANGAN ROKET

Pekerja-pekerja Palestin di Tebing Barat telah menceritakan bagaimana mereka melihat suasana ketakutan dan gementar serta kerosakan yang besar berlaku ke atas bandar-bandar Israel(tanah jajahan). Pada waktu itu, mereka berada di tanah jajahan dan menyaksikan tentangan sengit dari roket-roket pejuang Palestin.
*Foto: Seorang perajurit wanita Israel meraung-raung selepas roket Palestin jatuh ke penempatan di tanah jajahan. Sumber lain menyebut, perajurit ini adalah dari kalangan tentera simpanan yang dikerahkan ke kawasan-kawasan bergolak.
Rejim zionis sengaja menyembunyikan kerugian dan kerosakan yang sebenar dialami mereka semasa serangan sengit meskipun roket-roket Palestin dapat tiba ke jarak 80 kilometer. Dalam hal ini, realiti sebenar telah disembunyikan oleh Badan Pemantau Tentera zionis serta media-media massa Israel turut dikenakan cengkaman yang ketat, namun sebahagian fakta sebenar tetap tersebar melalui jaringan sosial, youtube, dan sebahagian siaran televisyen satelit.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Gambar & Video BUDAK 5 TAHUN Yang Telah Tahu SEKOLAHKAN Tentera ISRAEL... Apakah TINDAKAN KITA?


SEMOGA ALLAH MEMBERKATI HIDUP MU
MUST SEE 
Thursday, 29 November 2012

Gambar CHRISTIANO RONALDO Mula Pakai KOPIAH?


Ronaldo pakai kopiah.?.. Seandainya benar....Semoga Allah membuka pintu hidayah kepada beliau yg telah byk membantu penduduk Gaza...
Saturday, 24 November 2012

KAMERA AES Terus KENA SELIMUT...


Kamera AES terus kena selimut....Lokasi berikutnya?

Lokasi : Teluk Intan - Bidor
Friday, 23 November 2012

Adakah TIANG KAMERA AES Terpaksa Di TINGGIKAN Selepas Ini?


Adakah tiang AES terpaksa ditinggikan selepas ini? Hehehehhehehe...

Lokasi: Jalan Persekutuan Tapah-Kampar berhampiran Temoh

Nampaknya KEMERA AES Ini Hampir TUMBANG Menyembah BUMI



Nampaknya kamera AES yang ini hampir tumbang menyembah bumi....
Thursday, 22 November 2012

HATI-HATI. Saman AES tidak mengenal "MANGSA"...


Hati-hati. Saman AES tidak mengenal "mangsa"...
Wednesday, 21 November 2012

KHAYAL DIULIT KASANOVA... Gadis TERPERANGKAP Dengan JANJI PALSU KASANOVA FACEBOOK...



IPOH: Gambar longgokan wang dan kereta mewah yang dipaparkan dalam laman sosial facebook (fb) sudah cukup menjadi ‘modal’ bagi seorang lelaki bagi mencairkan hati wanita kononnya untuk menjalin hubungan cinta sebelum menipu mangsa lebih RM60,000. Mangsa kasanova fb itu yang hanya mahu dikenali sebagai I Kuar, 24, berkata, lelaki berusia lewat 20-an terbabit dikenalinya awal tahun ini dan hanya berhubungan melalui Internet serta telefon tanpa berjumpa.
baca lagi & lagi gambar, Klik TAJUK ENTRI ni

Kamera AES Kekal ON, AES Yang Mudah Alih Pun ON Juga?


AES kekal ON, yang mudah alih pun ON juga...kata mereka, atas nama "mendidik"... Ye ke? Mampos Kerah kalu lagu ni, hurmmm...
Tuesday, 20 November 2012

YA ALLAH, Permudahkanlah Urusan KAMI... (KAU YANG QUE SAYANG)


Kau tersenyum
Que terpaku
Cahaya diwajahmu
Hanyalah untukNya

Sinaran matamu
Menusuk dikalbu Que
Tak mungkin Que melupakan
Sebegini penciptaan
Lalu hati pun berkata
YA ALLAH, Permudahkanlah Urusan KAMI..
TERIMA KASIH YA ALLAH

Satu masa nanti
Pasti kau temui
Tabahkanlah hati
Jangan lupakan ILAHI

Akan tiba bahagia
Tak mungkin sendirian
Terhurai dalam lagu berkumandang
Di buai dalam mimpi
Kau Que sayang

YA ALLAH, Permudahkanlah Urusan KAMI..
Segalanya untukMu....

Korban Serangan REJIM ZIONIS Meningkat 96 Orang


GENTING GAZA - Serangan udara tentera Israel yang masuk hari keenam semalam meragut 13 lagi nyawa warga Palestin menjadikan angka korban keseluruhan kini meningkat kepada 96 orang. Serangan itu berlaku ketika usaha gencatan senjata sedang giat dilakukan oleh para pemimpin antarabangsa bagi menamatkan kekejaman Zionis. Serangan yang dilancarkan ke atas wilayah Genting Gaza kali ini adalah yang terburuk dalam tempoh empat tahun.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KEMBAR HILANG Di Malam HARI?




CHE SOM (kiri) menunjukkan pakaian bayi yang telah dibeli oleh Norliana di Kampung Kelut, Jabi, Pokok Sena, Kedah semalam.


POKOK SENA – Penantian lima tahun seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu. Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin. Lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai hilang pada malam yang sama.

“Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang. “Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Monday, 19 November 2012

AWAS Helah BOMOH Auta, BOMOH PENIPU


SESETENGAH individu sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajat di hati dapat ditunaikan walaupun dengan cara menyekutukan Allah.



Manusia sering diperdayakan oleh persepsi. Kita selalu mengandaikan bahawa manusia yang mempunyai perwatakan baik seperti berkopiah, berjubah atau berimej kemas sebagai manusia yang boleh dipercayai. 

KES bomoh memanipulasi mangsa nampaknya bukanlah perkara baharu dalam masyarakat kita. Pesakit bukan sahaja adakalanya diberitahu punca penyakit yang tidak masuk akal, bahkan mereka perlu pula membayar kos rawatan yang tinggi. Lebih malang, ada bomoh yang telah mempergunakan pesakit, khususnya wanita sebagai objek memuaskan nafsu seksual mereka.

Ada pesakit yang dicabul dan ada pula menerima nasib lebih buruk termasuk dirogol. Walaupun berita seperti ini sering dilaporkan di media massa, ia seperti tidak memberikan peringatan atau kesan kepada ahli masyarakat agar lebih berhati-hati. Pesakit sering kali menjadi hamba seks bomoh, kononnya ia merupakan sebahagian daripada upacara membuang sial.
baca lagi, Klik TAJUK ENTRI ni
Sunday, 18 November 2012

MAYAT PELAJAR BerULAT Ditemui Dalam Kereta



PEKAN - Penduduk di sekitar Kampung Semangat di sini gempar apabila menemui mayat seorang lelaki yang telah berulat di dalam sebuah kereta di Kampung Semangat di sini hari ini. 

Mayat pelajar lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditemui kira-kira pukul 9 pagi ini dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil di tempat duduk pemandu oleh orang awam. Pada mayat itu, terselit sekeping nota tertulis dalam bahasa Inggeris 'for anyone who found me please call… this car is rented from…'.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Kenapa ORANG MELAYU Selalu KENA SANTAU? Ustaz Azhar Idrus ada mengulasnya...



KAEDAH PELINDUNG (pendinding diri)

Sentiasa menjaga solat dan amalan fardhu yang wajib dan melakukan yang sunat seperti solat sunat malam, berzikir, membaca Al Quran, dan sebagainya . Setiap amalan hendaklah membaca al quran dan surah-surah yang dibaca dan berzikir hendaklah diniatkan memohon kepada Allah ta'ala supaya dilindungi diri dan ahli keluarga dari segala bentuk kejahatan makhluk syaitan, jin, iblis, manusia dan sebagainya. Senantiasa mengamalkan dalam doa harian atau setiap lepas solat membaca surah Al fatihah, 3 Qul ( Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas), Ayatul Qursi, doa pengerak (bismillahiladzi la yadhurru ma asmihi syaiun fil ardhi ... sampai habis.  Melazimkan diri membaca ketika sebelum makan dan minum, sebelum  keluar rumah , lazimkan juga membaca 2 akhir ayat dari surah at taubah (ayat 128 dan 129) iaitu laqod ja'akum .... sampai habis., dan doa-doa yang lain.

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com