Saturday, 17 November 2012

MAYAT BAYI LELAKI Atas Katil


KLANG - Polis menangkap seorang jurujual selepas dipercayai cuba menyembunyi kelahiran bayi lelakinya yang sudah tidak bernyawa di sebuah rumah di Lorong Haji Salleh, Jalan Meru di sini semalam. Ibu muda berusia 24 tahun itu ditangkap pada pukul 5.45 petang apabila kakaknya yang berusia 27 tahun membuat laporan polis selepas terkejut menemui mayat seorang bayi diletakkan di atas katil di rumah sewa yang didiami bersama adiknya itu. Bayi itu dipercayai dilahirkan oleh suspek yang bekerja di sebuah kedai di Pekan Meru pada pukul 4 petang kelmarin. Semasa dilahirkan, bayi itu dipercayai sudah tidak bernyawa.

Suspek dipercayai membiarkan mayat anaknya di atas katil di dalam biliknya selepas dipercayai bimbang perkara itu diketahui keluarganya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

BAYI MAUT Disimbah ASID Akibat Serangan Cinta Hampa



KOTA KINABALU: Berang cintanya dihalang, seorang pemuda bertindak gila apabila menceroboh rumah keluarga teman wanitanya, lalu menyimbah sebaldi cuka getah ketika keluarga berkenaan tidur di ruang tamu, menyebabkan seorang bayi berusia enam bulan yang juga adik kekasihnya maut manakala kakak dan ibu bayi itu parah. Dalam kejadian di Kampung Gaur, Kota Belud, jam 5 pagi pada Rabu lalu, bayi berkenaan, Johrsin Hortelano, maut selepas enam jam dirawat di Hospital Kota Belud akibat melecur teruk di muka.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

EMPAT Sekeluarga MATI Berulat


BETONG: Misteri bau busuk yang dihidu seorang lelaki ketika mengunjungi rumah abangnya semalam, membawa kepada penemuan mayat empat beranak yang sudah berulat dipercayai meninggal dunia tiga hari sebelum itu di sebuah rumah di Kampung Lubuk Chepong, Pusa, di sini. Kejadian disedari lelaki berusia 43 tahun itu yang bertandang ke rumah abangnya di kampung berkenaan sebelum terhidu bau meloyakan, jam 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Sarifuddin Mustafa berkata, lelaki itu adik kepada seorang mangsa yang kemudian menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan. Beliau berkata, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong bergegas ke rumah mangsa sebelum menemui mayat empat beranak dalam keadaan berulat.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Friday, 16 November 2012

MAYAT BUDAK Putus DUA. Kepala Disyaki DIMAKAN BIAWAK



SANDAKAN: Kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan hilang pada 10 November lalu ketika menghadiri majlis perkahwinan ibu saudaranya di Kampung Garinono, Batu 25, dekat sini, ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila badannya terputus dua dan hampir reput dipercayai angkara binatang buas. Difahamkan, mayat mangsa, Haziq Hassan, ditemui jam 4 petang kelmarin, tiga kilometer dari rumah ibu saudaranya oleh seorang juruukur.
baca lagi & gambar lain, Klik TAJUK ENTRI ni

USTAZ POPULAR Naik Angin? Buat Perangai Selepas POPULAR?



KAJANG: Dia digelar ustaz selepas diangkat menerusi sebuah rancangan realiti TV berkonsepkan agama yang popular di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Namun perwatakan sebagai suami penyayang dan menantu yang paling disayangi ibu mentua kini berubah sekelip mata apabila dikatakan tergamak mengugut mahu melakukan sesuatu yang buruk terhadap ibu mentua sehingga wanita itu kini bersembunyi di tempat lain.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Thursday, 15 November 2012

WANITA KEJAM Pam Bayi Dalam Tandas Hotel


RAKAM...wanita  dipercayai mengepam bayi dalam mangkuk tandas.
RAKAM…wanita dipercayai mengepam bayi dalam mangkuk tandas.

GEORGETOWN: Seorang wanita bertindak di luar batasan apabila dipercayai mengepam bayi yang baru dilahirkannya ke dalam tandas di sebuah hotel di Jalan Macalister, di sini, kelmarin. Bagaimanapun, wanita terbabit tidak menyedari imejnya ketika berlegar-legar di kawasan hotel itu sebelum masuk ke tandas berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KERETA JATUH SUNGAI: 4 Maut


PENDANG – Empat individu yang tidak dikenali identitinya dikhuatiri lemas setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam Sungai Padang Kerbau, Titi Haji Idris dekat sini semalam. Kejadian membabitkan sebuah kereta Proton Saga Aeroback berwarna putih itu berlaku kira-kira pukul 1.30 petang kelmarin.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Cerita SITI MUSLIHA Selepas 17 Tahun


Photobucket
PADA 17 tahun yg lalu, Siti Musliha Mohd Mustapha telah menawan hati berjuta-juta rakyat Malaysia dengan kebolehannya menyanyi dan menghafal 30 juzuk al-Quran dengan hanya mendengarnya. Kepetahan budak perempuan itu berbicara dalam program Malaysia Hari Ini di TV3 pada tahun 1994 pula membuatkan orang terlupa seketika betapa dia mempunyai banyak kekurangan pada wajahnya.

Pada masa itu, Siti Musliha baru berusia 11 tahun. Setahun kemudian, dia merakamkan album Siti Musliha, diikuti album kedua pada tahun 1996, Mutiara Hati. Siti Musliha dilahirkan tidak sempurna. Anak kelahiran Kajang, Selangor itu tidak mempunyai batang hidung manakala salah satu lubang hidungnya terletak di atas kening.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Wednesday, 14 November 2012

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijriah



Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….
Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

2 Remaja Dalam ‘Pembunuhan Facebook’ Ditahan Di PUSAT JUVANA


AMSTERDAM: Mahkamah mengarahkan dua remaja ditahan dua tahun di pusat tahanan juvana dan perlu menjalani terapi selama tiga tahun kerana mengarahkan pembunuhan seorang remaja perempuan selepas mereka bergaduh di Facebook.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com