Monday, 3 December 2012

KISAH BENAR Si Suami & Si Isteri...


ISTERI: abg ape kte mlm ni kte xpyh tdo sme2.. abg tdo lua, ayang tdo dlm blik

SUAMI: knpe syg..

ISTERI: ha.. ayang ade 1 prmainan, ayang catatkn smue kburukan abg sbyk mgkin dn abg pun catatkn tntg kburukan ayang sbyk mgkin! esok pg kte bace blik tntg ape yg kte dah tulis tu..

SUAMI: ok..mlm tu si isteri senaraikan tntg kburukan suami die smpai xtdo.. suami die di ruang tamu pun x tdo...hgga ke pg wktu sarapan,,

ISTERI: ha, mcm mne, spe nk mulakn dlu???

SUAMI: ayang dlu mulakn..
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Sunday, 2 December 2012

Berulang Ulang Melakukan DOSA & TAUBAT...


Diriwayatkan oleh Thabrani:

“Telah datang seorang laki-laki menghadap Rasulullah SAW lalu bertanya:

“Ya Rasulullah, salah seorang dari kami berdosa.

Bersabda Rasulullah: dituliskan dosanya.

Berkata orang itu: Lalu orang yang berdosa itu minta ampun atas dosa itu dan taubat.

Bersabda Rasulullah: Allah ampuni dosanya dan di beri taubat.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Saturday, 1 December 2012

JAUHI Couple, DEKATI Nikah


LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect sgt..!

PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?

LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa?????

PEREMPUAN : Kerana tiga sebab
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

TIPS Untuk Murah REZEKI...


Tips murah rezeki...

Aliran harta umpama air yang mengalir. Selagi air mengalir, selagi itulah ia bersih dan jernih. Jika ia bertakung, maka ia akan kotor, berkeladak dan akhirnya tersekat. 

Justeru mari sama2 kita alirkan harta kita dengan mengeluarkan zakat, sentiasa bersedekah dan berjihad ke jalan Allah. InsyaAllah dengan cara itu lebih banyak air (harta) akan mengalir dalam kehidupan kita.
Published with Blogger-droid v2.0.9
Friday, 30 November 2012

HAMAS Berjuang Untuk MATI, Askar Israel Pula TAKUT MATI.. Inilah Yang Terjadi...


CERITA SERAM SEMASA SERANGAN ROKET

Pekerja-pekerja Palestin di Tebing Barat telah menceritakan bagaimana mereka melihat suasana ketakutan dan gementar serta kerosakan yang besar berlaku ke atas bandar-bandar Israel(tanah jajahan). Pada waktu itu, mereka berada di tanah jajahan dan menyaksikan tentangan sengit dari roket-roket pejuang Palestin.
*Foto: Seorang perajurit wanita Israel meraung-raung selepas roket Palestin jatuh ke penempatan di tanah jajahan. Sumber lain menyebut, perajurit ini adalah dari kalangan tentera simpanan yang dikerahkan ke kawasan-kawasan bergolak.
Rejim zionis sengaja menyembunyikan kerugian dan kerosakan yang sebenar dialami mereka semasa serangan sengit meskipun roket-roket Palestin dapat tiba ke jarak 80 kilometer. Dalam hal ini, realiti sebenar telah disembunyikan oleh Badan Pemantau Tentera zionis serta media-media massa Israel turut dikenakan cengkaman yang ketat, namun sebahagian fakta sebenar tetap tersebar melalui jaringan sosial, youtube, dan sebahagian siaran televisyen satelit.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Gambar & Video BUDAK 5 TAHUN Yang Telah Tahu SEKOLAHKAN Tentera ISRAEL... Apakah TINDAKAN KITA?


SEMOGA ALLAH MEMBERKATI HIDUP MU
MUST SEE 
Thursday, 29 November 2012

Gambar CHRISTIANO RONALDO Mula Pakai KOPIAH?


Ronaldo pakai kopiah.?.. Seandainya benar....Semoga Allah membuka pintu hidayah kepada beliau yg telah byk membantu penduduk Gaza...
Saturday, 24 November 2012

KAMERA AES Terus KENA SELIMUT...


Kamera AES terus kena selimut....Lokasi berikutnya?

Lokasi : Teluk Intan - Bidor
Friday, 23 November 2012

Adakah TIANG KAMERA AES Terpaksa Di TINGGIKAN Selepas Ini?


Adakah tiang AES terpaksa ditinggikan selepas ini? Hehehehhehehe...

Lokasi: Jalan Persekutuan Tapah-Kampar berhampiran Temoh

Nampaknya KEMERA AES Ini Hampir TUMBANG Menyembah BUMI



Nampaknya kamera AES yang ini hampir tumbang menyembah bumi....
Thursday, 22 November 2012

HATI-HATI. Saman AES tidak mengenal "MANGSA"...


Hati-hati. Saman AES tidak mengenal "mangsa"...
Wednesday, 21 November 2012

KHAYAL DIULIT KASANOVA... Gadis TERPERANGKAP Dengan JANJI PALSU KASANOVA FACEBOOK...



IPOH: Gambar longgokan wang dan kereta mewah yang dipaparkan dalam laman sosial facebook (fb) sudah cukup menjadi ‘modal’ bagi seorang lelaki bagi mencairkan hati wanita kononnya untuk menjalin hubungan cinta sebelum menipu mangsa lebih RM60,000. Mangsa kasanova fb itu yang hanya mahu dikenali sebagai I Kuar, 24, berkata, lelaki berusia lewat 20-an terbabit dikenalinya awal tahun ini dan hanya berhubungan melalui Internet serta telefon tanpa berjumpa.
baca lagi & lagi gambar, Klik TAJUK ENTRI ni

Kamera AES Kekal ON, AES Yang Mudah Alih Pun ON Juga?


AES kekal ON, yang mudah alih pun ON juga...kata mereka, atas nama "mendidik"... Ye ke? Mampos Kerah kalu lagu ni, hurmmm...
Tuesday, 20 November 2012

YA ALLAH, Permudahkanlah Urusan KAMI... (KAU YANG QUE SAYANG)


Kau tersenyum
Que terpaku
Cahaya diwajahmu
Hanyalah untukNya

Sinaran matamu
Menusuk dikalbu Que
Tak mungkin Que melupakan
Sebegini penciptaan
Lalu hati pun berkata
YA ALLAH, Permudahkanlah Urusan KAMI..
TERIMA KASIH YA ALLAH

Satu masa nanti
Pasti kau temui
Tabahkanlah hati
Jangan lupakan ILAHI

Akan tiba bahagia
Tak mungkin sendirian
Terhurai dalam lagu berkumandang
Di buai dalam mimpi
Kau Que sayang

YA ALLAH, Permudahkanlah Urusan KAMI..
Segalanya untukMu....

Korban Serangan REJIM ZIONIS Meningkat 96 Orang


GENTING GAZA - Serangan udara tentera Israel yang masuk hari keenam semalam meragut 13 lagi nyawa warga Palestin menjadikan angka korban keseluruhan kini meningkat kepada 96 orang. Serangan itu berlaku ketika usaha gencatan senjata sedang giat dilakukan oleh para pemimpin antarabangsa bagi menamatkan kekejaman Zionis. Serangan yang dilancarkan ke atas wilayah Genting Gaza kali ini adalah yang terburuk dalam tempoh empat tahun.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KEMBAR HILANG Di Malam HARI?




CHE SOM (kiri) menunjukkan pakaian bayi yang telah dibeli oleh Norliana di Kampung Kelut, Jabi, Pokok Sena, Kedah semalam.


POKOK SENA – Penantian lima tahun seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu. Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin. Lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai hilang pada malam yang sama.

“Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang. “Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Monday, 19 November 2012

AWAS Helah BOMOH Auta, BOMOH PENIPU


SESETENGAH individu sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajat di hati dapat ditunaikan walaupun dengan cara menyekutukan Allah.



Manusia sering diperdayakan oleh persepsi. Kita selalu mengandaikan bahawa manusia yang mempunyai perwatakan baik seperti berkopiah, berjubah atau berimej kemas sebagai manusia yang boleh dipercayai. 

KES bomoh memanipulasi mangsa nampaknya bukanlah perkara baharu dalam masyarakat kita. Pesakit bukan sahaja adakalanya diberitahu punca penyakit yang tidak masuk akal, bahkan mereka perlu pula membayar kos rawatan yang tinggi. Lebih malang, ada bomoh yang telah mempergunakan pesakit, khususnya wanita sebagai objek memuaskan nafsu seksual mereka.

Ada pesakit yang dicabul dan ada pula menerima nasib lebih buruk termasuk dirogol. Walaupun berita seperti ini sering dilaporkan di media massa, ia seperti tidak memberikan peringatan atau kesan kepada ahli masyarakat agar lebih berhati-hati. Pesakit sering kali menjadi hamba seks bomoh, kononnya ia merupakan sebahagian daripada upacara membuang sial.
baca lagi, Klik TAJUK ENTRI ni
Sunday, 18 November 2012

MAYAT PELAJAR BerULAT Ditemui Dalam Kereta



PEKAN - Penduduk di sekitar Kampung Semangat di sini gempar apabila menemui mayat seorang lelaki yang telah berulat di dalam sebuah kereta di Kampung Semangat di sini hari ini. 

Mayat pelajar lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditemui kira-kira pukul 9 pagi ini dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil di tempat duduk pemandu oleh orang awam. Pada mayat itu, terselit sekeping nota tertulis dalam bahasa Inggeris 'for anyone who found me please call… this car is rented from…'.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Kenapa ORANG MELAYU Selalu KENA SANTAU? Ustaz Azhar Idrus ada mengulasnya...



KAEDAH PELINDUNG (pendinding diri)

Sentiasa menjaga solat dan amalan fardhu yang wajib dan melakukan yang sunat seperti solat sunat malam, berzikir, membaca Al Quran, dan sebagainya . Setiap amalan hendaklah membaca al quran dan surah-surah yang dibaca dan berzikir hendaklah diniatkan memohon kepada Allah ta'ala supaya dilindungi diri dan ahli keluarga dari segala bentuk kejahatan makhluk syaitan, jin, iblis, manusia dan sebagainya. Senantiasa mengamalkan dalam doa harian atau setiap lepas solat membaca surah Al fatihah, 3 Qul ( Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas), Ayatul Qursi, doa pengerak (bismillahiladzi la yadhurru ma asmihi syaiun fil ardhi ... sampai habis.  Melazimkan diri membaca ketika sebelum makan dan minum, sebelum  keluar rumah , lazimkan juga membaca 2 akhir ayat dari surah at taubah (ayat 128 dan 129) iaitu laqod ja'akum .... sampai habis., dan doa-doa yang lain.
Saturday, 17 November 2012

MAYAT BAYI LELAKI Atas Katil


KLANG - Polis menangkap seorang jurujual selepas dipercayai cuba menyembunyi kelahiran bayi lelakinya yang sudah tidak bernyawa di sebuah rumah di Lorong Haji Salleh, Jalan Meru di sini semalam. Ibu muda berusia 24 tahun itu ditangkap pada pukul 5.45 petang apabila kakaknya yang berusia 27 tahun membuat laporan polis selepas terkejut menemui mayat seorang bayi diletakkan di atas katil di rumah sewa yang didiami bersama adiknya itu. Bayi itu dipercayai dilahirkan oleh suspek yang bekerja di sebuah kedai di Pekan Meru pada pukul 4 petang kelmarin. Semasa dilahirkan, bayi itu dipercayai sudah tidak bernyawa.

Suspek dipercayai membiarkan mayat anaknya di atas katil di dalam biliknya selepas dipercayai bimbang perkara itu diketahui keluarganya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

BAYI MAUT Disimbah ASID Akibat Serangan Cinta Hampa



KOTA KINABALU: Berang cintanya dihalang, seorang pemuda bertindak gila apabila menceroboh rumah keluarga teman wanitanya, lalu menyimbah sebaldi cuka getah ketika keluarga berkenaan tidur di ruang tamu, menyebabkan seorang bayi berusia enam bulan yang juga adik kekasihnya maut manakala kakak dan ibu bayi itu parah. Dalam kejadian di Kampung Gaur, Kota Belud, jam 5 pagi pada Rabu lalu, bayi berkenaan, Johrsin Hortelano, maut selepas enam jam dirawat di Hospital Kota Belud akibat melecur teruk di muka.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

EMPAT Sekeluarga MATI Berulat


BETONG: Misteri bau busuk yang dihidu seorang lelaki ketika mengunjungi rumah abangnya semalam, membawa kepada penemuan mayat empat beranak yang sudah berulat dipercayai meninggal dunia tiga hari sebelum itu di sebuah rumah di Kampung Lubuk Chepong, Pusa, di sini. Kejadian disedari lelaki berusia 43 tahun itu yang bertandang ke rumah abangnya di kampung berkenaan sebelum terhidu bau meloyakan, jam 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Sarifuddin Mustafa berkata, lelaki itu adik kepada seorang mangsa yang kemudian menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan. Beliau berkata, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong bergegas ke rumah mangsa sebelum menemui mayat empat beranak dalam keadaan berulat.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Friday, 16 November 2012

MAYAT BUDAK Putus DUA. Kepala Disyaki DIMAKAN BIAWAK



SANDAKAN: Kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan hilang pada 10 November lalu ketika menghadiri majlis perkahwinan ibu saudaranya di Kampung Garinono, Batu 25, dekat sini, ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila badannya terputus dua dan hampir reput dipercayai angkara binatang buas. Difahamkan, mayat mangsa, Haziq Hassan, ditemui jam 4 petang kelmarin, tiga kilometer dari rumah ibu saudaranya oleh seorang juruukur.
baca lagi & gambar lain, Klik TAJUK ENTRI ni

USTAZ POPULAR Naik Angin? Buat Perangai Selepas POPULAR?



KAJANG: Dia digelar ustaz selepas diangkat menerusi sebuah rancangan realiti TV berkonsepkan agama yang popular di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Namun perwatakan sebagai suami penyayang dan menantu yang paling disayangi ibu mentua kini berubah sekelip mata apabila dikatakan tergamak mengugut mahu melakukan sesuatu yang buruk terhadap ibu mentua sehingga wanita itu kini bersembunyi di tempat lain.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Thursday, 15 November 2012

WANITA KEJAM Pam Bayi Dalam Tandas Hotel


RAKAM...wanita  dipercayai mengepam bayi dalam mangkuk tandas.
RAKAM…wanita dipercayai mengepam bayi dalam mangkuk tandas.

GEORGETOWN: Seorang wanita bertindak di luar batasan apabila dipercayai mengepam bayi yang baru dilahirkannya ke dalam tandas di sebuah hotel di Jalan Macalister, di sini, kelmarin. Bagaimanapun, wanita terbabit tidak menyedari imejnya ketika berlegar-legar di kawasan hotel itu sebelum masuk ke tandas berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KERETA JATUH SUNGAI: 4 Maut


PENDANG – Empat individu yang tidak dikenali identitinya dikhuatiri lemas setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam Sungai Padang Kerbau, Titi Haji Idris dekat sini semalam. Kejadian membabitkan sebuah kereta Proton Saga Aeroback berwarna putih itu berlaku kira-kira pukul 1.30 petang kelmarin.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Cerita SITI MUSLIHA Selepas 17 Tahun


Photobucket
PADA 17 tahun yg lalu, Siti Musliha Mohd Mustapha telah menawan hati berjuta-juta rakyat Malaysia dengan kebolehannya menyanyi dan menghafal 30 juzuk al-Quran dengan hanya mendengarnya. Kepetahan budak perempuan itu berbicara dalam program Malaysia Hari Ini di TV3 pada tahun 1994 pula membuatkan orang terlupa seketika betapa dia mempunyai banyak kekurangan pada wajahnya.

Pada masa itu, Siti Musliha baru berusia 11 tahun. Setahun kemudian, dia merakamkan album Siti Musliha, diikuti album kedua pada tahun 1996, Mutiara Hati. Siti Musliha dilahirkan tidak sempurna. Anak kelahiran Kajang, Selangor itu tidak mempunyai batang hidung manakala salah satu lubang hidungnya terletak di atas kening.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Wednesday, 14 November 2012

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijriah



Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….
Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

2 Remaja Dalam ‘Pembunuhan Facebook’ Ditahan Di PUSAT JUVANA


AMSTERDAM: Mahkamah mengarahkan dua remaja ditahan dua tahun di pusat tahanan juvana dan perlu menjalani terapi selama tiga tahun kerana mengarahkan pembunuhan seorang remaja perempuan selepas mereka bergaduh di Facebook.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Saturday, 10 November 2012

KISAH TAUBAT: Pendeta Yang Insaf



Ibrahim Al Khawas ialah seorang wali Allah yang terkenal keramat dan dimakbulkan segala doanya oleh Allah. Beliau pernah menceritakan suatu peristiwa yang pernah dialaminya. Katanya, “Menurut kebiasaanku, aku keluar menziarahi Makkah tanpa kendaraan dan kafilah. Pada suatu waktu, tiba-tiba aku tersesat dan kemudian aku bertemu dengan seorang rahib Nasrani (Pendeta Kristian) “. Ketika dia melihatku dia pun berkata, “Wahai rahib Muslim, bolehkah aku bersahabat denganmu?”.


Ibrahim segera menjawab, “Ya, tidaklah aku akan menghalangi kehendakmu itu”. Maka berjalanlah Ibrahim bersama dengannya selama tiga hari tanpa meminta makanan sehingga rahib itu menyatakan rasa laparnya kepadaku, katanya, “Tidaklah aku ingin memberitahukan padamu bahwa aku telah menderita kelaparan. Karena itu berilah aku sesuatu makanan yang ada padamu”.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Friday, 9 November 2012

KISAH TAUBAT: Taubat Nabi Adam A.S.



Tahukah saudara semenjak Nabi Adam dikeluarkan dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit karena terlanjur malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.


Dari air mata Nabi Adam itulah Allah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon cengkeh. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, “Sedap sekali air ini”. Terdengar Nabi Adam oleh kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya karena perbuatan durhakanya kepada Allah. Hal ini membuat Nabi Adam semakin hebat menangis.


Akhirnya Allah menyampaikan wahyu kepada Nabi Adam “Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lezat dan lebih hebat dari air mata taubatmu itu”.

KISAH TAUBAT: Taubatnya Malik bin Dinar



Diriwayatkan dari Malik bin Dinar, dia pernah ditanya tentang sebab-sebab dia bertaubat, maka dia berkata: “Aku adalah seorang polisi dan aku sedang asyik menikmati khamr (arak), kemudian aku beli seorang budak perempuan dengan harga mahal, maka dia melahirkan seorang anak perempuan, aku pun menyayanginya. Ketika dia mulai bisa berjalan, cintaku bertambah padanya. Setiap kali aku meletakkan minuman keras dihadapanku anak itu datang padaku dan mengambilnya dan menuangkannya di bajuku, ketika umurnya menginjak dua tahun dia meninggal dunia, maka aku pun sangat sedih atas musibah ini.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KISAH TAUBAT: Allah Maha Pengampun



Di zaman Nabi Musa ada seorang fasik yang suka melakukan kejahatan. Penduduk negeri tersebut tidak mampu lagi mencegah perbuatannya, lalu mereka berdoa kepada Allah. Maka Allah mewahyukan kepada Nabi Musa supaya mengusir pemuda itu dari negerinya agar penduduknya tidak ditimpa bencana. Lalu keluarlah pemuda tersebut dari kampunganya dan sampai di suatu kawasan yang luas, dimana tidak seekor burung atau manusiapun hidup.


Selang beberapa hari pemuda itu jatuh sakit. Merintihlah ia seorang diri, lalu berkata: “Wahai Tuhanku, kalaulah ibuku, ayahku dan isteriku berada di sisiku sudah tentu mereka akan menangis melihat waktu akan memisahkan aku dengan mereka (mati). Andaikata anak-anakku ada di sisiku pasti mereka berkata: “Ya Allah, ampunilah ayah kami yang telah banyak melakukan kejahatan sehingga ia diusir dari kampungnya ke tanah lapang yang tidak berpenghuni dan keluar dari dunia menuju akhirat dalam keadaan putus asa dari segala sesuatu kecuali rahmatMu ya Allah”.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KISAH TAUBAT: Iblis Ingin Bertaubat



Dalam sebuah kitab diterangkan bahwa sesungguhnya Iblis telah berjumpa dengan Nabi Musa dengan berkata: “Wahai Musa, engkau adalah utusan Allah SWT dan Dia telah berkata denganmu secara langsung”. Kemudian Nabi Musa berkata: “Memang benar apa yang kau katakan, kamu ini siapa dan apa yang kamu inginkan dariku?”.


Lalu berkata Iblis: “Aku adalah Iblis, Wahai Musa aku mau kamu menolongku, katakan kepada Tuhanmu bahwa seorang makhlukNya ingin minta taubat kepadaNya”. Lalu Nabi Musa berdoa kepada Allah SWT dan menyampaikan apa yang diucapkan oleh Iblis, kemudian Allah SWT pun menurunkan wahyu yang kepada Nabi Musa: “Wahai Musa, katakan padanya bahwa sesungguhnya Aku berkenan menerima permohonannya, tetapi dengan syarat dia (Iblis) harus bersujud di kubur Adam, kalau dia mau bersujud, maka aku akan mengampuni segala dosanya”.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Thursday, 8 November 2012

Sekitar PraTonton Filem PONTIANAK vs ORANG MINYAK, Arahan Afdlin Shauki


Salam. Harini Abe berkesempatan menonton Filem TERBARU arahan Afdlin Shauki. Macam sedap woooooo, belum tengok lagi... Hehheehehehe

Sat lagi baru buleh masuk tonton... Tq Sifu, BenAshaari sebab pelawa Abe lagi kali ni... Kali ni gak sempat datang ngn KakiSembang & WanPanjang, kikikikikiki... Otai2 belaka tu... Ok ye, Abe tengok dulu, pasni Abe wat Review pasal Filem Pontianak vs Orang Minyak... Nantikan..... Tungguuuuuuuuu..............

Ops, lupa lak Abe nak kenalkan pelakonnya... Sorry.. Hehhehehe... Kalu korang nak tahu, Nabil ngn Johan berlakon wooooooooo..... Mesti BEST!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

KISAH TAUBAT: Malaikat Rahmat & Malaikat Azab



Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin menjumpai pendeta untuk meminta fatwa supaya dia dapat bertaubat dari dosanya. Ketika bertemu dengannya, dia pun menerangkan bahwa dia telah membunuh 99 orang dan bertanya padanya apakah dia masih mempunyai peluang untuk bertaubat. Pendeta dengan tegas mengatakan dia tidak bisa bertaubat karena dosanya terlalu banyak. Lelaki itu mejadi marah dan langsung membunuh pendeta itu, menjadikannya mangsa yang ke seratus.


Dia masih ingin bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama yang bisa membantunya. Akhirnya dia berjumpa dengan seorang ulama. Dia menceritakan bahwa dia telah membunuh seratus orang dan bertanya apakah Allah masih menerima taubatnya. Ulama itu menerangkan dia masih mempunyai harapan untuk bertaubat. Seterusnya dia menyuruh lelaki itu pergi ke sebuah negeri di mana terdapat sekumpulan ‘abid (orang beribadat). Apabila sampai di sana nanti, ulama itu menyuruhnya tinggal di sana dan beribadat bersama mereka. Ulama itu melarangnya pulang ke negeri asalnya yang penuh dengan kemaksiatan.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KISAH TAUBAT: Taubat Tukang Fitnah



Ada seorang tukang fitnah yang jatuh cinta kepada seorang gadis tetangganya. Suatu hari, keluarga gadis itu mengutusnya ke kampung lain untuk suatu keperluan. Mengetahui hal itu si tukang fitnah pun mengikutinya, lalu melontarkan bujuk rayunya kepada wanita itu.


Gadis itu berkata, “Jangan kau lakukan ini! Sebenarnya cintaku padamu melebihi cintamu kepada-ku, akan tetapi aku takut kepada Allah SWT”. Laki-laki itu berkata, “Kau takut pada Allah, sementara aku tidak takut kepadaNya?” Akhirnya laki-laki itu pulang dengan perasaan penuh tobat kepada Allah SWT. Dalam per-jalanannya ia didera rasa haus yang mencekik tenggorokannya. Dalam kondisi kritis itu tiba-tiba dia bertemu dengan utusan dari seorang nabi Bani Israil dan ditanya, “Mengapa kau ini?”.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Wednesday, 7 November 2012

KISAH TAUBAT: Paku Di Tiang



Beberapa waktu yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan seruan agama. Meskipun telah banyak berbuih ajakan dan nasihat, seruan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa, zakat dan lain-lain, dia tetap meninggalkannya. Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi rutinitasnya.


Suatu hari seorang ikhwah tersebut memanggil anaknya dan berkata, “Mat, kau ini sangat lalai dan terlalu banyak berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan tancapkan satu paku ke tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan, maka aku akan tancapkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini”. Ayahnya berbuat seperti mana yang dia janjikan, setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Balasan Bagi Orang YANG Melakukan ZINA



Setiap orang yang berzina itu akan dikenakan  seratus kali sebatan. Akan dikenakan 3 musibah di dunia dan 3 lagi di akhirat.
Di dunia:
  1. Dikurangkan oleh Allah S. W.T rezekinya yang halal.
  2. Dihilangkan keberkatan pada umurnya.
  3. Apabila keluar rohnya daripada jasad terlindung daripada pandangan Allah S.W.T. dan ditunjukkan kepadanya bayangan neraka dan malaikat Zabaniyah.
Di akhirat:
  1. Allah S.W.T memandangnya dengan pandangan yang murka.
  2. Mendapat seksaan yang amat berat.
  3. Akan diseksa dengan rantai api neraka dimana jika diturunkan ke bumi, hancurlah seluruh bumi.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

BUKTI KEPINCANGAN KAMERA AES: Had Laju 90 Km, Kena Saman 80 Km...


KUALA LUMPUR: 6 November: Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendedahkan kelemahan terbaru saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikeluarkan terutama di lokasi kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff berkata, kamera AES di lebuh raya tersebut keliru dan celaru apabila menangkap kelajuan 80 kilometer sejam (km/j) sedangkan had laju di situ adalah 90 kilometer sejam.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Tanda-Tanda MATI... 100 Hari Sebelum KeMATIAN Berdasarkan Al-Quran


100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu akan mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
baca lagi Klik  TAJUK ENTRI ni
Monday, 5 November 2012

MALAIKAT MAUT: TETAMU Yang KERAP Berkunjung


BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali.. Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. 

Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa. Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Sunday, 4 November 2012

Bantulah SAHABATMU, SeMampu KAMU... Andai Dia Di UJI...


Alkisah seekor tikus dan sahabat-sahabatnya...

Sang Tikus melihat daripada satu lubang tepi rumah untuk lihat petani dan isterinya sedang membuka satu bungkusan… “Apa makanan dalam kotak ini?” bayang tikus tersebut yang kelaparan. Sang Tikus terkejut melihat apa yang dikeluarkan petani dan isterinya berupa perangkap tikus!

Sang Tikus yang ketakutan balik ke kandang memberitahu kawan-kawannya, “Ada satu perangkap tikus dalam rumah Pak Ali! Ada satu perangkap tikus!”. 

Ayam yang sedang tidur, bangun dan menggaru dan menaikkan kepalanya lalu berkata, “Sang Tikus, ana tahu ini ialah masalah besar untuk enta, tapi ini tak ada kena mengena dengan ana… Ana tak kisah pun, jangan kacau tidur ana.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KENAPA 'Abe' DI UJI?


KENAPA ABE DI UJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya. Dia mengetahui orang2 yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA ABE TAK DAPAT APA YANG ABE IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." -Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS ABE MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG ABE DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....  -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA ABE BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

ABE DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12
Published with Blogger-droid v2.0.9

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com