Sahabat Que 'Silent Readers'

#PRAYFORMH370 | Doa Orang Yang Soleh Dan Doa Dari Ahli Keluarga - Kapten Norudin Abd. Majid

3/16/2014 02:30:00 am

#PRAYFORMH370 | Doa Orang Yang Soleh Dan Doa Dari Ahli Keluarga - Kapten Norudin Abd. Majid | Kata-kata Kapten Norudin ni masih lagi terngiang-ngiang di fikiran Abe sejak 4 hari lepas. Kehilangan MH370 sudah masuk hari ke 7, kita ketika ini dihujani pelbagai penjelasan dan ulasan daripada mereka yang pakar dalam dunia penerbangan pasca kehilangan pesawat MH370.

Semuanya menyentuh soal teknikal pesawat, operasi CARI DAN MENYELAMAT (SAR) dan sebagainya.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Namun bagi juruterbang pesawat 777-200 MAS, Kapten Norudin Abd. Majid, disebalik semua itu sebenarnya hanya ada DUA CARA untuk menemui pesawat tersebut.

Pertama, doa orang yang soleh dan kedua, doa dari ahli keluarga, Allahu Akbar, Kapten Norudin di temuramah dalam Buliten Utama di TV3 malam tadi, Kapten Norudin adalah orang yang bertanggungjawab dalam membawa balik pesawat MH370 semasa mula-mula di beli oleh MAS dahulu. 

Percayalah, anda tidak akan temui ulasan sebegini dari mana-mana pakar penerbangan Barat, semoga segala ikhtiar kita dalam mengesan di mana MH370 di beri petunjuk insyaallah. Credit mynewshub.my 

sumber

You Might Also Like

1 comments

  1. Betul....kembali padaNya....
    Allah Maha Mengasihani dan Memahami...amin.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad