[TERKINI MH370] #PRAYFORMH370 | Belum Ada Lagi Tanda Penemuan Pesawat MAS MH370

[TERKINI MH370] #PRAYFORMH370 | Belum Ada Lagi Tanda Penemuan Pesawat MAS MH370 | SEPANG - Belum ada lagi tanda penemuan pesawat, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada persidangan media, yang memaklumkan hanya sedikit saja maklumat tentang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilaporkan hilang.


Walaupun kawasan pencarian diperluaskan hingga meliputi ke Selat Melaka di sebalik kepercayaan bahawa pesawat itu mungkin berpatah balik namun tiada sebarang tanda pesawat MH370 berada di sana (Selat Melaka), kata beliau.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
"Kami masih menyiasat segala kemungkinan. Tumpuan utama sekarang ialah mencari pesawat yang hilang itu untuk mengetahui apa yang berlaku - itu yang lebih penting sekarang," kata beliau kepada beratus-ratus wartawan tempatan dan asing yang penuh sesak pada persidangan media itu. 

Menurut Azharuddin, operasi mencari kini menggembleng bantuan antarabangsa dari Vietnam, China, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, Thailand, Australia dan Filipina membabitkan sebanyak 34 pesawat dan 40 kapal.

Beliau berkata, DCA mengetuai operasi mencari dan menyelamat serta proses siasatan. - Bernama #PRAY4MH370 

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts