[INNALILLAH] Status Terakhir Gadis Dalam Facebook | Seakan Tahu Ajal Tiba Pada Hari Lahir (22/2/2014)

[INNALILLAH] Status Terakhir Gadis Dalam Facebook | Seakan Tahu Ajal Tiba Pada Hari Lahir (22/2/2014) | “Innalillahi wa inna ilaihi rajiun….dukacita dimaklumkan bahawa Adiba Yasmin Ahmad telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi pada jam 1.30 petang.

status-terakhir

Moga Allah menempatkannya di kalangan para solehin dan shuhada’.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Tolong doakan keampunan buat beliau dan mendapat rahmat dan belas ihsan Allah swt. Doakan juga segala amal solehnya diterima Allah swt.”

Bayangkan suatu hari nanti, waris saya akan menulis di ruang status begini. mungkin ramai yang akan menjenguk wall melihat status terakhir saya atau status apakah yg sering diupdate. mungkin jugak ramai yang akan text / call number saya. tapi antara yang sibuk bertanya kesahihannya, berapa pulak yang akan datang pada hari pengebumian saya atau sedekahkan Al-Fatihah ataupon bacakan Yasin untuk saya ?

Itulah antara satu status ucapan takziah kepada diri sendiri oleh seorang remaja di profil Facebook dengan nama Dieba Yazt Mien. Status itu ditulis pada 7 Februari 2014, 15 hari sebelum satu kemalangan berlaku di Kampung Perana, Langkawi  pada dua hari lepas, 22 Februari 2014 yang meragut nyawanya.


Apa yang lebih menyayat hati, 22hb Februari itu juga merupakan tarikh ulang tahun kelahiran beliau. Mungkin ia hanyalah satu kebetulan. Namun sehari sebelum kejadian itu juga, Adiba turut memuat naik status seakan-akan menduga hari itu merupakan hari terakhir beliau.

“esok nak have fun puas-2 ^_^ mana lah taw kod-2 esok malam last aku hidup :) dan aku senyum depan semua yang aku sayangg:)


Walaupun dalam status tersebut, beliau mengatakan hendak bergembira puas-puas. Tapi sebenarnya beliau bukanlah seorang gadis yang suka bersosial dan berhibur. Melalui komen rakan-rakan beliau mengatakan Adiba seorang budak yang baik dan maksud bergembira itu hanyalah bersama keluarga dan rakan sekolah.


Kisah ini pasti menyentuh hati setiap insan yang membacanya. Apapun ajal maut ditangan tuhan. Seperti apa yang tertulis dalam status beliau pada 7hb lepas, marilah kita doakan Allahyarham Adiba Yasmin Ahmad  ditempatkan dikalangan para solehin dan shuhada’ dan semoga beliau mendapat rahmat dan belas Ihsan Allah swt. Aminnnn. Al-Fatihah…

sumber

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

BUNDA a.k.a KN said...

Al-Fatihah, semoga Allah cucuri rahmat keatas roh arwah dan ditempatkan bersama mereka yang beriman...

Anonymous said...

Tak tau nak mati bila..tp minta Allah berikan Husnul Khatimah pada saya dan seluruh org2 beriman dan bertaqwa. Amiin.

Muhammad Taufiq said...

Al- Fatihah :'(

awksweetgitu.blogspot.com

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts