Sahabat Que 'Silent Readers'

[EKSKLUSIF] Kisah Benar Warga Asing Bergaji RM5,900 Sebulan Di Malaysia | PELIK TAPI BENAR

6/01/2014 03:25:00 pm

[EKSKLUSIF] Kisah Benar Warga Asing Bergaji RM5,900 Sebulan Di Malaysia | PELIK TAPI BENAR | Artikel di bawah adalah hasil penulisan dari Saiful Nang, cerita yang dikongsikan olehnya membuatkan kita terfikir seketika.

bangla

Baca cerita menarik di bawah:
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Zaheer atau lebih dikenali sebagai Saddam Hussein baru berumur 23 tahun. Datang ke Malaysia dengan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat potong rumput di sekitar Subang Jaya. Kerja beliau dari 8 pagi sehingga 2 petang setiap hari dan dibayar sebanyak RM1000 sebulan dengan cuti setiap hujung minggu.

Beliau menggunakan masa selepas 2 petang untuk memotong rumput dan berkebun di rumah-rumah sekitar USJ. Tiada harga tertentu ditetapkan tetapi purata setiap hari antara 2 petang hingga 7 malam beliau mampu untuk memotong rumput di 5 buah rumah bersaiz sederhana. Puratanya beliau dibayar sebanyak RM25 untuk sebuah rumah. Anggaran beliau memperolehi sekitar RM125 sehari (hari biasa) dan RM300 sehari untuk hari hujung minggu.


Anggaran pendapatan seminggu beliau RM625 (weekdays) + RM600 (weekend) = RM1225 seminggu (untuk kerja partime ini).

Anggaran pendapatan sampingan sebulan = RM4,900

Pendapatan kerja tetap sebulan = RM1000

Anggaran Pendapatan Sebulan RM5,900 

Dengan rumah berkongsi 10 orang, kenderaan hanya basikal dan beliau telah tinggal di Malaysia selama lebih 3 tahun. Saya rasa beliau mempunyai simpanan kewangan yang lebih banyak berbanding dengan kebanyakan graduan universiti ternama luar negara yang telah bekerja di Malaysia selama 3 tahun.

Fikirkannya…

Sumber: Saiful Nang via oh-meletop.blogspot.com

You Might Also Like

5 comments

  1. bila kita di tempat org hendak hidup kita akan survive, bila dinegara sendiri, bila rasa selesa survival utk hidup tu jadi macam acuh tak acuh..

    ReplyDelete
  2. Rakyat asing tidak di bebankan dengan permintaan mengarut kerajaan.. apa diheran warga asing fokus hanya wang.. nafsu.. tepi jalan bersepah bayar sahaja berapa rm yg ditawarkan.. makan apa yg ada.. hakikatnya mereka rajin berusaha berbanding rakyat tempatan khususnya MELAYU pemalas.. berpuak puak juga penyebabnya..

    ReplyDelete
  3. Apa yang peliknya, bila kita rajin. Samalah juga dengan anak Malaysia yang tinggal dinegara maju, mereka gigih untuk mencari rezeki.

    ReplyDelete
  4. betul jangan malas dan besar kepala

    ReplyDelete
  5. Kalau rajin..memang blh survive di negara ini..yg penting rajin dan jujur.

    Ada ramai lg rakyat malaysia yg rajin dan jujur termasuk seorang kenalan aku. Beliau begitu sabar cari rezeki kerja 7hari seminggu untuk pendapatan lebih..tetapi tahu tak apa kerajaan buat kat dia? cari jalan untuk kenakan tax kat dia..pastu siap denda lg. Skrg ni beliau dah demotivated. Nak tanya..warga asing kat atas tu dikenakan tax atau tidak? For sure takde kan? Inilah nasib yg menimpa rakyat yg rajin cari rezeki..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad