Sahabat Que 'Silent Readers'

Telefon Pintar GT MOBILE GT888 Di Malaysia | REVIEW GT MOBILE SMARTPHONES

2/23/2017 01:37:00 pm



Telefon Pintar GT MOBILE GT888 Di Malaysia | REVIEW GT MOBILE SMARTPHONES | Ikutkan pada hari ini, genaplah 3 minggu Abe menggunakan GT Mobile GT888 sebagai telefon pintar jenama GT Mobile keluaran Singapura ni.

Rezeki Abe lagi kali ni kerana telah dipilih untuk menjadi salah seorang dari 'Pioneer' untuk review produk terbaru daripada GT Mobile pula, Telefon Pintar GT Mobile GT888.

Jika disebut GT Mobile, pastinya ramai yang akan tertanya-tanya Telefon Pintar apakah ni? Ok, meh Abe bagi jawapannya.... Kali pertama masa Abe tengok design Telefon Pintar GT Mobile GT888 samasa pelancaran memang cun habis. Mesra pengguna sebab mudah dipegang, mudah dibawa. Tanggapan pertama Abe bila pertama kali Abe memiliki GT Mobile GT888 ni dan setelah menggunakannya, Abe dapati ia memiliki ciri-ciri istimewa peranti seperti:

  1. GT888 dipadankan dengan cip pemprosesan Mediatek MT6735P dengan kelajuan 1.00 GHz daripada 4 teras kelajuan. RAM sebesar 2Gb dan saiz storan sebesar 16Gb terbina dalam, dengan tambahan kad memori sehingga 64Gb. Cukup untuk pelbagai aplikasi media sosial, aplikasi dokumen, dan aplikasi hiburan lain.
  2. Kemampuan optik telefon ini menawarkan sebuah kamera 8MP (dengan tetapan sehingga 13MP) yang terbaik didunia, dengan fungsi pemfokusan gambar selaju 0.3 saat dan juga mampu merakamkan video pada resolusi 4K, dengan lensa OV8865 - iaitu lensa yang memberikan dedahan dalam keadaan gelap yang lebih tinggi.
  3. GT888 ini dilengkapi dengan bateri sebesar 2,550mAH. Yang mana berdasarkan pengalaman aku menggunakannya selama beberapa hari, boleh dikatakan ia mampu bertahan selama 1 hari penuh dengan bateri 100% dan panel di bahagian belakang peranti GT Mobile ini juga boleh dibuka dan memudahkan pengguna untuk menukar bateri tanpa peralatan khas sekiranya didapati bateri itu bermasalah.
  4. HotKnot – Membolehkan pertukaran data apabila skrin menyentuh peranti lain.Scheduled power on & off – Auto off mengikut masa yang ditetapkan.Zero shutter delay – 0.3 saat fokus dan rakam gambar.Off-Screen Gesture - (Fungsi ketika skrin terpadam)
  5. Saiz skrin 5.5 inci berdefinisi tinggi (Full HD 1280 x 720 pixels), ianya mempunyai kelebihan tambahan dimana jenis skrin yang digunakan adalah dari jenis IPS OGS (lebih nipis) serta menggunakan Corning® Gorilla® Glass 3 (tanah lasak)
  6. Dikeluarkan di Singapura dengan harga pengenalan SGD400 (+RM1300), telefon kelas pertengahan ini tidak kurang dengan pelbagai spesifikasi yang menarik dan berbaloi.
GT Mobile GT888 ini berkapasiti 16MB dalaman. Jangan risau, korang boleh jugak tambah 'memory card' kalau nak. Ada slot kad memori disediakan, memang ada punya, hehehhehe. 

VIDEO

Jom layan Video GT Mobile GT888 Smartphones jap (sumber: youtube) 



SMOOTH

Yang ni memang sangat penting kalau menggunakan smartphone. Masa nak surf internet boleh melayari dengan smooth ok. Nak tengok gambar-gambar kat gallery pun tak ada masalah sangkut-sangkut. Kira memang puas hati lah kalau guna GT Mobile GT888 nih. Abe harap GT Mobile GT888 akan bakal menjadi 'trend' di dalam pasaran Malaysia nanti. Berbaloi untuk di beli sebab kemampuannya sangat Bagus dan harganya memang sangat mampu milik.

Selama Abe menggunakan GT Mobile GT888 ni, memang sangat menarik. Mesra pengguna sangat. Masa nk slide pun smooth je tanpa de lekat-lekat. Walaupun harga jualannya dalam lingkungan mampu milik, tapi kualitinya ialas SUPERB, setanding SmartPhones yang lains. Serius Abe cakap ni. Jadi jika korang masih ragu-ragu untuk memilih GT Mobile GT888 sebagai smartphone korang Abe sarankan korang tak perlu risau bab slide ni.

Dari segi 'surfing internet' pula, GT888 dipadankan dengan cip pemprosesan Mediatek MT6735P dengan kelajuan 1.00 GHz daripada 4 teras kelajuan. RAM sebesar 2Gb dan saiz storan sebesar 16Gb terbina dalam, dengan tambahan kad memori sehingga 64Gb. Cukup untuk pelbagai aplikasi media sosial, aplikasi dokumen, dan aplikasi hiburan lain. Wow, mantap wa cakap lu...

KAMERA

Korang tengoklah ni, hasil yang Abe snap menggunakan GT Mobile GT888 ni, detail kan? Serius cantik. 


Apa yang paling Abe PALING suka mengenai GT Mobile GT888 ni sudah semestinya skrin yang besar dah kamera yang power. Skrin bersaiz besar ini membuatkan Abe seronok untuk melayari internet. Terutama sekali bila nak update blog dan juga surf internet serta layan video. Memang betul-betul puas hati. Selain kameranya yang power,  GT Mobile GT888 ni juga ringan ok. Jadi tak rasa berat pun dalam poket.

HARGA & BATERI 

GT Mobile GT888 dikeluarkan di Singapura dengan harga pengenalan SGD400 (+RM1300), Telefon kelas pertengahan ini tidak kurang dengan pelbagai spesifikasi yang menarik dan berbaloi. Kira murah sangatlah dengan spesifikasi yang ada pada Telefon Pintar GT Mobile GT888 ni. Satu lagi, bateri GT Mobile GT888 ni ni sangat tahan lama. Sesuai untuk siapa yang menggunakan data plan. Kira Abe memang betul-betul puas hatilah guna GT Mobile GT888 ni. 

GT888 ini dilengkapi dengan bateri sebesar 2,550mAH. Yang mana berdasarkan pengalaman aku menggunakannya selama beberapa hari, boleh dikatakan ia mampu bertahan selama 1 hari penuh dengan bateri 100% dan panel di bahagian belakang peranti GT Mobile ini juga boleh dibuka dan memudahkan pengguna untuk menukar bateri tanpa peralatan khas sekiranya didapati bateri itu bermasalah.

Di sini juga Abe kongsikan laman web untuk info yang lebih lanjut, korang boleh melayari laman web GT Mobile http://www.gtmobile.sg/


You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad