Sahabat Que 'Silent Readers'

Biodata Sultan Muhammad V Sultan Kelantan | Yang Dipertuan Agong YDPA Ke 15

2/19/2017 12:06:00 pm


Inilah satu-satunya raja dan Sultan yang mahu menukarkan istilah Daulat Tuanku kepada Allahu Akbar. Dengan harapan yang melafazkannya dapat pahala.Melihatkan gambar-gambar yang Berita Semasa kongsikan di bawah ini Sultan Muhammad V adalah sultan yang sangat-sangat berjiwa rakyat. 

Tidak menunjuk-nunjuk tetapi tingkah laku sahaja sudah melambangkan peribadi mulia baginda walaupun baginda memegang status tertinggi.Yang terkini Sultan Muhammad yang merupakan Sultan Kelantan akan menjadi Yang Dipertuan Agong seterusnya iaitu yang ke 15 mengantikkan Sultan Abdul Halim untuk 5 tahun berikutnya bermula 13 Disember 2016 lepas.

Butiran lengkap ada di bawah ini :

Nama Penuh Baru : Sultan Muhammad V
Nama Asal : Tengku Muhammad Faris Petra
Kedudukan : Sultan Kelantan dan Yang Dipertuan Agong YDPA ke 15
Tarikh Lahir : 6 Oktober 1969
Tempat lahir : Kota Bharu Kelantan
Umur : 47 tahun (Tahun 2016)
Nama Ayahanda : Sultan Ismail Petra
Nama Ibunda : Tengku Anis Tengku Abdul Hamid
Bekas Isteri : Tengku Zubaidah Tengku Norudin (bercerai)
Senarai Adinda :
  • Tengku Muhammad Faiz Petra
  • Tengku Muhammad Fakhry Petra
  • Tengku Amalin A’ishah Putri
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Warganegara : Malaysia
Sekolah Rendah : Sekolah Sultan Ismail I
Sekolah Menengah : Sekolah Antarabangsa Alice Smith, Kuala Lumpur
Pengajian Tinggi :
  • Oakham School Rutland, England
  • St. Cross College, Oxford (Kajian Diplomatik)
  • Oxford Centre (pengajian Islam)
Hobi :
  • ekspedisi kenderaan pacuan empat roda
  • kejohanan kuda lasak
  • sukan memanah
  • boling
  • memelihara haiwan kesayangan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad