Sahabat Que 'Silent Readers'

Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia | GT Group Malaysia - Perkenalkan Aplikasi GT Dollar

2/03/2017 01:11:00 pm


Pada 16 Januari 2017 lepas semasa Malaysia FinTech Ecosystem Conference di Sime Darby, Bukit Kiara, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia dari GT Group Malaysia. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Y.B Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia. Dalam majlis tu juga diperkenalkan applikasi mudah alih GT Dollar yang bertindak sebagai satu platform mudah alih E-Dagang terbesar di Malaysia yang membolehkan pengguna dan penjual berinteraksi dengan lebih mudah dan teratur.



Apa itu aplikasi GT Dollar? Ia lebih kurang macam e-wallet lah, dan kalau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh muat turun aplikasi ini di Google Play Store untuk telefon pintar Android, ataupun di Apple Store untuk gadget jenama Apple. 


GT Dollar adalah aplikasi yang membolehkan korang berbelanja tanpa menggunakan tunai dimana e-wallet ini akan memainkan peranan dalam setiap urusan antara pembeli dan juga peniaga. 
Lebih menarik lagi kerana terdapat juga potongan harga khas diberikan kepada pengguna GT Dollar yang berbelanja menggunakan applikasi ini. Semakin hari ahli GT Kredit Alliance akan semakin bertambah dan produk yang ditawarkan melalui aplikasi ini juga akan semakin banyak dan menarik.

Antara produk yang ditawarkan melalui GT Dollar adalah food, travel, gift, beauty, entertainment dan banyak lagi!


Syarikat GT Group Of Companies juga mempunyai beberapa produk lain seperti GT MobileGT Wonder Boy dan GT Smart Watch. Apa yang lebih menarik perhatian aku adalah GT Wonder Boy yang merupakan robot pintar yang sangat comel yang boleh berkomunikasi secara dua hala dan dapat dijadikan teman. Menariknya lagi sebab robot ni boleh jadi personal assistant korang untuk manage jadual harian, boleh menghiburkan sebab boleh menyanyi dan menari, boleh juga jadi personal photographer dan sebagai translator apabila bercuti ke luar negara. Banyak lagi fungsi menarik tentang GT Wonder Boy ni selain yang aku sebutkan tadi.


GT Smart Watch pula adalah jam pintar teknologi baru dimana dapat membantu ibu bapa memantau anak melalui smart phone. Sebagai contoh, ibu bapa boleh manage jadual dan buat peringatan kepada anak melalui applikasi di smartphone terus kepada pemakai jam juga dapat memantau pergerakan anak. Sekiranya anak keluar dari zone yang ditetapkan, warning akan diberikan untuk memaklumkan kepada ibubapa.


Dan banyak lagi fungsi dan aplikasi yang menarik lagi dari GT Group ini yang akan berada di pasaran e-dagang Malaysia kelak!

You Might Also Like

1 comments

  1. Kalu gaji kecik, duit tarak, kalu ijazah gaji 1K, kalu 1mdb dah cilok....aplikasi ni tak ada pekdah langsung. Nambah hutang dan beban ada la sbb kita jadi senang belanja tanpa kawalan.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad