Sahabat Que 'Silent Readers'

Cara Kira Zakat Pendapatan | Lembaga Zakat Selangor

2/20/2017 02:24:00 pm


Gaji / Pendapatan

Gaji ialah bayaran yang dibuat atau diterima oleh seseorang sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan dan perkhidmatan profesional.

Kaedah pengiraan Zakat Pendapatan

Iaitu pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Kiranya sama atau melebihi nisab maka dikeluarkan zakatnya 2.5%.

Keperluan asas sebenar pada tahun semasa :

1. Saraan-saraan hidup yang diperlukan bagi :
a. Sara diri – RM 9,000.00
b. Isteri – RM 3,000.00 x Bilangan isteri
c. Anak – RM 1,000.00 x Bilangan anak
d. Mereka yang dibawah tanggungannya.
2. Perubatan
3. Pendidikan

Contoh pengiraan
A. Pendapatan

GajiRM 36,000.00
ElaunRM 6,200.00
BonusRM 4,000.00
Jumlah pendapatan SetahunRM 46, 200.00
B.Perbelanjaan
Penolakan
Saraan diriRM 9,000.00
IsteriRM 3,000.00
Anak RM 1,000.00 x 4 orangRM 4,000.00
Saraan ibu dan bapa RM200.00 x 12 bulanRM 2,400.00
Perubatan anak RM200.00 x 12 bulanRM 2,400.00
Jumlah penolakan setahunRM 20,800.00
Pendapatan (A) – Perbelanjaan (B)RM 25,400.00
Zakat = RM 25,400.00 x 2.5%RM 635.00 (setahun)
*RM 53.00 (sebulan)

* Bayaran zakat pendapatan juga boleh dibuat tanpa membuat tolakan daripada tolakan-tolakan yang dibenarkan di atas.
SYARAT WAJIB ZAKAT

Pertama – Islam
Zakat diwajibkan ke atas orang Islam sahaja.
Orang bukan islam tidak diwajibkan zakat.

Kedua – Merdeka
Zakat diwajibkan keatas orang Islam yang merdeka.
Hamba tidak wajib mengeluarkan zakat.

Ketiga – Sempurna Milik
Harta yang dimiliki dan kuasai sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka
dan bebas untuk menggunakannya.

Keempat – Cukup Nisab
Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta
untuk dikeluarkan zakat. Kekurangan daripada kadar tersebut menggugurkan kewajipan berzakat.

Kelima – Sempurna Haul
Harta yang telah cukup nisab hendaklah berada dalam pemilikan dan simpanan
selama setahun iaitu pusingan 12 bulan tahun Hijrah (354 hari)

PERINCIAN KATEGORI PENDAPATAN

* Hasil Pengajian & Upah Tahunan
Gaji & Elaun & Bonus
Ganjaran, Gratuiti dan Keuntungan ESOS (Skim Pilihan Saham Pekerja)
** Hasil Bebas & Profesional Tahunan : Hasil Bersih (selepas tolakan kos yang terlibat dalam tahan haul)

Perkhidmatan Konsultansi Profesional
Komisyen dan Residual Income
Royalti & Honorarium
Hasil Projek Bermusim
Hasil Tunai Sekali-sekala seperti Hasil Pembiayaan Semula Aset atau Hasil Jualan Aset Tetap atau Pinjaman Bank yang Tiada Tujuan dan lain-lain

*** Hasil al-Mustaghallat Tahunan : Hasil Bersih (selepas tolakan kos yang terlibat dalam tahun haul)

Hasil Sewaan Tanah / Bangunan / Kenderaan / pengangkutan
Hasil Pertanian kekal seperti getah, kelapa sawit, durian dan sebagainya yang pokok dan tapaknya tidak dijual

Hasil Perusahan dan Ternakan yang aset tetapanya atau induk betinanya tidak dijual


Kalkulator Kiraan Zakat Pendapatan

Sumber : Lembaga Zakat Selangor Dan Majlis Agama Islam Johor

You Might Also Like

2 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad