Telefon Pintar BenQ F5 Di Malaysia | REVIEW BENQ SMARTPHONES

Telefon Pintar BenQ F5 Di Malaysia | REVIEW BENQ SMARTPHONES | Ikutkan pada hari ini, genaplah seminggu Abe menggunakan BenQ F5 sebagai telefon pintar jenama BenQ. Sebelum ini, Abe telah gunakan Telefon Pintar juga daripada jenama BenQ iaitu model BenQ T3 yang telah Abe menangi masa Majlis Pelancaran BenQ Smartphones tak lama dulu.

Thanks #BenQF5 #BenQMalaysia
Rezeki Abe lagi kali ni kerana telah dipilih untuk menjadi salah seorang dari 'Pioneer' untuk review produk terbaru daripada BenQ pula, Telefon Pintar BenQ F5.


baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Jika disebut BenQ, pastinya ramai yang akan terfikir yang BenQ mesti akan dikaitan dengan alat-alat elektronik seperti komputer, perkakasan rumah mahupun Laptop. Begitu juga Abe, perkara pertama yang terbayang dalam kotak fikiran Abe bila dengar BenQ ni sudah semestinya laptop. Maklumlah sebelum BenQ keluarkan smartphone sendiri BenQ terlebih dahulu dengan jayanya memasuki pasaran dengan Alatan Elektrik yang lain.

Kredit: Vernon Chan. Majlis Pelancaran BenQ F5 & BenQ T3
Kali pertama masa Abe tengok design Telefon Pintar BenQ samasa pelancaran [KLIK SINI] memang cun habis. Mesra pengguna sebab mudah dipegang, mudah dibawa. Tanggapan pertama Abe bila pertama kali Abe memiliki BenQ F5 ni dan setelah menggunakannya, Abe dapati ia memiliki ciri-ciri istimewa peranti seperti:
  1. Cip 4G LTE berkelajuan tinggi (Cat4) - pengguna boleh menikmati muat turun berkelajuan tinggi sehingga 150Mbps!
  2. Mod Ultra Sensitiviti 4x dengan kamera belakang 13 megapiksel
  3. Cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon yang pantas
  4. Lindungan dari pancaran cahaya biru
  5. Android 4.4 KitKat
  6. Harga yang berpatutan (RM699 untuk BenQ F5, RM499 untuk BenQ T3)
BenQ F5 ini berkapasiti 16MB dalaman. Jangan risau, korang boleh jugak tambah 'memory card' kalau nak. Ada slot kad memori disediakan, memang ada punya, hehehhehe. 

VIDEO
Jom layan Video BenQ F5 4G LTE Smartphones jap (sumber: youtube) 

SMOOTH
Yang ni memang sangat penting kalau menggunakan smartphone. Masa nak surf internet boleh melayari dengan smooth ok. Nak tengok gambar-gambar kat gallery pun tak ada masalah sangkut-sangkut. Kira memang puas hati lah kalau guna BenQ F5 nih. Abe harap BenQ SmartPhones akan bakal menjadi 'trend' di dalam pasaran Malaysia nanti. Berbaloi untuk di beli sebab kemampuannya sangat Bagus dan harganya memang sangat mampu milik.

Selama Abe menggunakan BenQ F5 ni, memang sangat menarik. Mesra pengguna sangat. Masa nk slide pun smooth je tanpa de lekat-lekat. Walaupun harga jualannya dalam lingkungan mampu milik, tapi kualitinya ialas SUPERB, setanding SmartPhones yang berharga RM1k ke atas. Serius Abe cakap ni. Jadi jika korang masih ragu-ragu untuk memilih BenQ sebagai smartphone korang Abe sarankan korang tak perlu risau bab slide ni.
rekabentuk yang amat menawan & sofistikated (kredit: BenQ)
Dari segi 'surfing internet' pula, dengan menggunakan Cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon yang pantas iaitu Cip 4G LTE berkelajuan tinggi (Cat4) - Abe telah menikmati muat turun berkelajuan tinggi sehingga 150Mbps!. Wow, mantap wa cakap lu...

KAMERA
Korang tengoklah ni, hasil yang Abe snap menggunakan BenQ F5 ni, detail kan? Serius cantik. Detail sangat.
detail kan? cantik sungguh mod 'autofokus' kamera BenQ F5 ni. Mod kamera belakang 13MP
gambar yang di ambil menggunakan BenQ F5 mod Panorama
Apa yang paling Abe PALING suka mengenai BenQ F5 ni sudah semestinya skrin yang besar dah kamera yang power. Skrin bersaiz besar ini membuatkan Abe seronok untuk melayari internet. Terutama sekali bila nak update blog dan juga surf internet serta layan video. Memang betul-betul puas hati. Selain kameranya yang power,  BenQ F5 ni juga ringan ok. Jadi tak rasa berat pun dalam poket.

ni pulak Abe snap menggunakan mod kamera depan BenQ F5 ni. cantik jugak kan... amat sesuai bagi korang yang suka ber'selfie'
'Close-Up' Anakanda Tengku Ean Rifqee Tengku Ahmad Hafiz @eanrifqee #EanRifqee menggunakan Telefon Pintar #BenQ untuk #BenQFunMoments. Cantikkan gambar ni, kualiti kamera Mod Ultra Sensitiviti 4x dengan kamera belakang 8 megapiksel. Nampak semua bulu roma & misai Anakanda, hehehehe

HARGA & BATERI 
Harga BenQ SmartPhones di Malaysia ialah RM699 untuk BenQ F5 manakala RM499 untuk BenQ T3. Kira murah sangatlah dengan spesifikasi yang ada pada Telefon Pintar BenQ ni. Satu lagi, bateri BenQ F5 ni ni sangat tahan lama. Sesuai untuk siapa yang menggunakan data plan. Kira Abe memang betul-betul puas hatilah guna BenQ F5 ni.

Di sini juga Abe kongsikan laman web http://smartphone.benq.com.my dan laman Facebook BenQ http://facebook.com/BenQMalaysia. Jangan lupa hashtag #BenQFunMoments untuk korang menang BenQ Smartphones dari 1-20 Disember 2014 ni.. Cepat-cepat join tau :)

 PS: Special thanks to Vernon Chan, BenQ Malaysia & Ben Ashaari (KBBA)

Artikel Menarik Lainnya



6 comments:

luqman zakaria said...

detail betul gmbr..cian Rifqee jadi mangsa untuk gmbr close up..haha

Maria Firdz said...

Tak mahal mana.. sesuai la kan..bg yg budget rendah tpi kualiti setanding dgn smartphone mahal.., terbaik...

Mister bookie said...

Prediksi Togel

Berita Unik

Film Bokep

Info Situs Judi Terpercaya

Sheila Adziz said...

not bad gak... thanks for review... akak mmg duk cari smartphone dh hampir sebulan guna hp biasa.... hikhik...

lokman amirul said...

boleh beli ni

Elih Japahar said...

Boleh tahan...harga pun mampu milik

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts