Sahabat Que 'Silent Readers'

Bawa Pulang Panggung Wayang Ke Dalam Rumah Anda Dengan BenQ Home Cinema | Projektor BenQ W1070+ & W1080ST+

1/08/2015 09:34:00 am

Bawa Pulang Panggung Wayang Ke Dalam Rumah Anda Dengan BenQ Home Cinema | Projektor BenQ W1070+ & W1080ST+ | Abe memang gemar untuk menonton Wayang. Boleh dikatakan setiap kali ada filem baru yang menjengah Pawagam, Abe adalah antara orang yang akan pergi untuk menonton. Pendek kata, feel untuk menonton akan terasa lebih sikit bila dapat menonton Wayang pada skrin yang besar ini berbanding menonton pada TV.



Bawa Pulang Panggung Wayang Ke Dalam Rumah Anda Dengan BenQ Home Cinema? Mustahil kan bunyinya? Iyalah, tak logik kalau sekaligus kita nak fikir. Betul kan?
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Baru-baru ini Abe telah berkesempatan untuk ketahui inovasi projektor terkini dari BenQ iaitu BenQ Home Cinema W1070+ dan W1080ST+. Menariknya disini adalah ia sesuai untuk kegunaan dirumah walau seluas mana ruang tamu korang. Korang boleh set segala fungsi jarak dan warna mengikut keselesaan mata anda. 


BenQ Home Cinema

Pembekal dan peneraju produk digital gaya hidup dan projektor DLP global, BenQ memperkenalkan dua model baru dalam barisan projektor video rumahnya: W1070+ dan W1080ST+. Berikutan kejayaan syarikat tersebut dengan model semasa, pelancaran dua model baru generasi projektor video rumah ini disasarkan untuk menaikkan penguasaan pasaran BenQ kepada 12.6%* di dunia.
BenQ Home Cinema
Dari kiri Grace Yang, Product Marketing Manager of BenQ Asia Pacific Corporation; Chaw Foo Hong, General Manager of BenQ Malaysia; Eason Lu, Product Marketing Manager,BenQ Asia Pacific Corporation dan Jin Lim a.k.a YouTube sensation JinnyBoy, bersama BenQ W1070+ dan W1080ST+ Home Video Projectors.
“Kami lihat permintaan kukuh pasaran yang meningkat untuk projektor rumah HD Penuh. Sekarang, dengan penguasaan pasaran di seluruh dunia bagi segmen projektor 1080p,* kami mensasarkan untuk memenuhi permintaan dengan banyak lagi model baru yang akan masuk,” kata Chaw Foo Hong, Pengurus Besar BenQ Malaysia di majlis perlancaran projektor. “W1070+ dan W1080ST+ disasarkan kepada golongan ibu bapa usia muda yang mencari keseronokan dan cara mudah untuk berkongsi masa keluarga berkualiti dengan anak-anak mereka. Generasi baru projektor video rumah ini adalah  apa yang kami usahakan hasil kerja keras untuk menawarkan penyelesaian wayang rumah paling mudah kepada keluarga muda.” Demonstrasi projektor yang baru ini diadakan di ruang tamu, bilik panggung wayang serta bilik permainan, dalam sebuah “suasana rumah” yang disediakan khas untuk perlancaran produk ini.
BenQ Home Cinema  W1080ST+
BenQ Home Cinema W1080ST+ RM 4,299
BenQ Home Cinema W1070+
BenQ Home Cinema W1070+ RM 3,999
Yang PALING MENARIKNYA, projektor video rumah W1070+ dan W1080ST+ didatangkan dengan pakej hiburan rumah penuh. Ia mengandungi kualiti imej dengan gred wayang, prestasi audio yang menakjubkan dan mudah dipasang, kedua-duanya boleh menukar mana- mana bilik kepada wayang rumah dengan pantas yang boleh dinikmati seisi keluarga.

Warna Wayang Realiti untuk Pengalaman Tontonan yang Menakjubkan 
Untuk pengalaman wayang yang benar-benar menakjubkan, BenQ melengkapkan W1070+ dan W1080ST+ dengan prestasi gambar “Cinema Color Reality”. Warna yang autentik dan hidup ini dijana dengan simulasi gamut REC. 709 dan penambahbaikan enam kali kelajuan, enam segmen warna RGB dan teknologi BrilliantColorTM. Tiada perincian yang akan terlepas dari mata anda dengan warna mendalam, warna hitam sejati dengan kontras asli yang tinggi yang akan meningkatkan kecerahan hasil 2200 ANSI lumen, DLP DarkChip3TM dan DMD. Kedua-dua W1070+ dan W1080ST+ dibina untuk menyokong projeksi 3D Full HD untuk memberi keajaiban ketika menikmati hiburan di rumah. Tambahan pula, ia disokong dengan pensijilan profesional ISFccc® daripada Imaging Science Foundation. Jadi anda mempunyai prestasi warna projektor yang memenuhi ciri custom untuk ruang anda. 

Prestasi Audio yang Menggerakkan Anda 
Selain hebat dalam prestai visual, projektor video rumah baru ini dibina berdasarkan pembesar suara 10W resonan chamber yang disesuaikan untuk mengikut jenis tontonan filem kegemaran, video atau muzik dengan kualiti audio yang sangat jelas dan ton bass mendalam. Terdapat juga empat preset mod audio dan tetapan equalizer yang ada untuk mengoptimumkan mana- mana muzik yang dipilih.


BenQ Home Cinema

Projektor Mesra Pengguna yang Mudah Dipasang dan Digunakan 
Menetapkan projektor video rumah ini sangat mudah untuk sesiapa saja. Kedua-dua W1070+ dan W1080ST+ dilengkapkan dengan keupayaan sokongan ‘off-center’ untuk menempatkan projektor. Ia membenarkan  projektor diletakkan secara fleksibel di meja sisi berbanding meja kopi, yang boleh digunakan untuk meletakkan popcorn dan minuman. Untuk menetapkan projektor buat kali pertama, anda hanya perlu mengikut set-up wizard, yang akan memberi tunjuk ajar bagi proses setup dengan arahan berbentuk visual yang jelas dan rekaan mudah difahami.



Nikmat Wayang 100” Pada Jarak Dekat 
W1080ST+ dibangunkan dengan teknologi dekat BenQ untuk menawarkan nikmat menonton wayang 100” pada jarak 1.5 meter, sementara W1070+ boleh menyediakan skrin 100” pada jarak 2.5 meter. Dilengkapi dengan keupayaan pancaran projektor jarak dekat, W1080ST+ sesuai untuk ruang yang kecil dan keupayaan permainan berasaskan pergerakan (motion-gesture) yang boleh ditempatkan berhampiran dengan skrin untuk mengelakkan bayang-bayang.



Dari Mudah Alih ke Hiburan Skrin Besar 
W1070+ dan W1080ST+ telah sedia dengan MHL untuk memaksimumkan hiburan mudah alih. Dengan kabel MHL atau dongle MHL pihak ketiga, anda boleh strim kandungan digital ke dalam peralatan pintar yang menyokong MHL dan kemudiannya dipancarkan ke skrin besar secara ‘plug and play’.


3D HD Penuh; Cinema Color Reality; Teknologi Short-throw Technology; Side Projection, Pembesar Suara 10W Chamber. Tawaran khas untuk projektor video rumah juga kini didapati. Kedua-dua W1080ST+ dan W1070+ membolehkan anda memperoleh 2 pasang cermin mata 3D BenQ secara percuma. Tawaran khas ini sah di Malaysia menerusi rakan kongsi BenQ.



GAMBAR-GAMBAR MENARIK SEKITAR MAJLIS PELANCARAN




Jom sama-sama kita jadikan RUMAH kita semua menjadi sebuah panggung wayang. Jom gantikan TV LCD di rumah kita dengan video projektor rumah BenQ Home Cinema yang boleh memberikan kita nikmat tontonan sehingga 300-inci saiz paparan, WOW. Dan untuk pengetahuan korang juga, KOS sebuah #BenQHomeCinema projektor HANYA sama kos jika korang beli sebuah TV LCD. Menarik bukan? Dari fungsi yang disediakan oleh BenQ dan harga yang amat berdaya saing serta mampu milik, Abe akan sedaya boleh mula start menabung untuk pastikan Abe akan bawa pulang set #BenQHomeCinema ke dalam rumah Abe. Doakan Abe yer :)
 
JOM LAWATI:
www.BenQ.com.my
 #BenQHomeCinema

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad