Sahabat Que 'Silent Readers'

[EKSKLUSIF] Drama SELUDUP Bersiaran Bermula 4 Disember 2014 | SELUDUP, JENAYAH TERSEMBUNYI

12/07/2014 05:30:00 pm

[EKSKLUSIF] Drama SELUDUP Bersiaran Bermula 4 Disember 2014 | SELUDUP, JENAYAH TERSEMBUNYI | Khamis lepas Abe tak lepaskan peluang untuk tengok Episod Pertama Drama Seludup lakonan Jehan Miskin, Syafie Naswip, Pekin Ibrahim, Tiz Zakyah, Raja Ilya dan banyak lagi pelakon-pelakon hebat. Drama ini berkonsepkan aksi dan romantik ni dikuatkan dengan barisan pelakon hebat.


Drama SELUDUP ini akan bersiaran pada setiap hari Khamis bermula 4 Disember 2014 jam 9.30 malam di Astro Prima (Chanel 105) manakala siaran ulangan pada setiap Sabtu jam 6.00 petang di Astro Maya HD (Chanel 135). 
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Nah Abe kongsikan dengan korang semua sedikit sinopsis cerita Drama SELUDUP ni. Cerita SELUDUP ni mengisahkan Amran (Pekin) yang merupakan nelayan dan usahawan berjaya di sebuah perkampungan nelayan. Amran mengesan terdapat aktiviti penyeludupan rokok, minuman keras dan manusia yang menggunakan bot-bot nelayan di kampungnya yang telah diupah oleh sekumpulan penyeludup diketuai oleh Tam (Nam Ron) dan dibantu oleh adiknya Rina (Raja Ilya). Amran tekad nak banteras aktiviti penyeludupan ni sebelum lebih ramai lagi penduduk kampung yang terlibat.
Selain daripada memaparkan aksi dan kisah percintaan romantik, terdapat mesej yang jelas telah disampaikan melalui drama ni iaitu pasal penyeludupan yang mungkin kita semua tak sedar yang penyeludupan telah makin menjadi barah dan tak terkawal di Malaysia. Abe nak ucapkan jutaan Tahniah Jehan Miskin iaitu selaku pelakon, penerbit dan juga pengarah drama ni atas usaha Mastermind Group dalam menghasilkan drama yang ada mesej berat macam ni. bak kata Lan Careno, "nampak la yang diorang memang study dan buat research dulu pasal penyeludupan ni sebelum dapat menghasilkan drama macam ni"

Banyak aksi dalam drama ni dan kisah percintaan antara Amran dan Yasmin (Tiz Zaqyah) buatkan drama ni lebih menarik. Abe nak cerita lebih pun, nanti tak suspen lah bila korang dah tahu jalan cerita keseluruhan kan? hehehhe... So, untuk lebih mendebarkan jantung korang, korang kena tengok dan tonton sendiri Drama ni yer... Ingat, korang kena 'SAVE'kan waktu siaran pada kalendar WAJIB TONTON korang yer... Ingat, setiap Khamis jam 930 malam.


Baru-baru ni geng-geng Abe, Kelab Blogger Ben Ashaari berkesempatan untuk ke Tayangan Perdana drama SELUDUP ni. Memang jeles tak terhingga sebab Abe tak berkesempatan untuk join sama masa Preview tempoh hari. Ni Abe pinjam kongsikan antara babak-babak menarik semasa Preview tu. Tq Marqis Careno, Abe pinjam gambar hang yer... Muahsss... Jom layan gambar di sekitar Preview SELUDUP

Lan Careno, Pemilik Blog www.marqiscareno.blogspot.com
Geng Kelab Blogger Ben Ashaari
Sekalung tahniah buat Astro dan Mastermind Group Sdn. Bhd. kerana berjaya hasilkan drama berkualiti SELUDUP ini. Untuk dapatkan maklumat yang lebih tentang Drama SELUDUP ni, bolehlah klik di pautan di bawah ni yer...

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad