Sahabat Que 'Silent Readers'

FOOTPRINTS QUE II: Lava Grill Burger... Alang-Alang Makan, Biar PUAS

12/14/2014 08:14:00 pm


FOOTPRINTS QUE II: Lava Grill Burger... | Alang-Alang Makan, Biar PUAS | Walaupun Dinner semalam dah berlalu, tapi dalam perut seksi Abe ni masih lagi ada 'burger' yang melekat, hehehhehhe..


Korang nak tahu tak, semalam Abe & The Gang dah makan kat LAVA GRILL BURGER di Serdang... 
lagi gambar menarik & 'review Lava Grill Burger', Klik TAJUK ENTRI ni

Sebelum Abe melalot panjang, Abe nak ucap Terima Kasih kat Mamu Razman (Tokey Lava Grill Burger) sebab pelawa kami menikmati Burger Bakar dengan tema 'Alang-alang Makan, BIAR PUAS'... Tq jugak dekat Mentor Abe "Ben Ashaari" sebab buka ruang untuk kami sama2 'melahap' (ganas bebenor bunyinyer, hehhehehe) di Lava Grill Burger... Senang je nak cari lokasi Lava Grill ni, nak korang tengok je alamat penuh yang Abe bagi kat bawah ni... Siap ngan koordinat GPS lagi, huhuhuhu.


1st skali sampai, Abe terus 'snap' Banner Lava Grill ni... Pastu Abe gi lak 'snap' tempat bakar burger diorang... Hurmmmmmmmmm, tak tahan telan air liur duk situ, terus Abe blah gi ke meja... Bersabar tunggu Hidangan tiba :P
Jeng3x, dah sampai... ape lagi, makan...... serangggggggg....... Bab kata Yanty, makan dengan penuh 'keghairahan'. ye ke? hurmmm...

kalu korang nak tahu, yang 'best'nya kat sini, sume hidangan adalah hasil 'handmade' oleh Mamu Razman sendiri. Pendek kata, up to toe 'handmade' tu yang SPECIAL tu.... 

Kalau nak cari gerai Lava Grill Burger ni, leh je call Mamu. Nak tempah? Tengok je kat nombor2 kat  Banner atas ni, coll awal2 kalu nak order, nanti kang abissssssssssss... Ops, sebelum Abe lupa, ni FanPage Lava Grill di Facebook, korang terjah la ye... http://www.facebook.com/LavaGrillBurger


*Abg Mamu, sila Jemput lagi yeeeeeeee.... Abe ni kalu bab makan, memang No 1, almaklumlah "Perot Seksi"


Published with Blogger-droid v2.0.9

You Might Also Like

7 comments

  1. entry macam ni baru best!

    ReplyDelete
  2. Que Achmad dulu coming soonnnnnn

    ReplyDelete
  3. ouhh..abe Que ke yg dok dlm foto abg Ben, patut cam kenal jerr...huhu...mcm sedap ja burger tu...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum admin Abe Que, terliur saya dibuatnya bila tengok gambar burger bakar dgn sos meleleh tu. Btw, saya mahu minta tolong admin buangkan link blog saya http://www.nukeufo89.com dan kemudian add balik link blog saya semula dalam senarai bloglist admin sebab link blog saya masih belum terupdate sampai sekarang dalam senarai bloglist admin walaupun sudah 2-3 entri terbaru sudah saya update dalam blog saya. Masalah ni berlaku disebabkan sebelum ini saya baru pindahkan kesemua isi blog saya ke dalam akaun blogger yang baru. Kerjasama admin amatlah saya hargai. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. jauhnya nak pergi pun..huhu

    ReplyDelete
  6. boleh terjah juga ni, dekat ja ngan umah di bangi. Lagipun tempat makan yg suka lepak masa study di upm dlu

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad