Sahabat Que 'Silent Readers'

Pelancaran Telefon Pintar BenQ | BenQ F5 Dan BenQ T3 4G LTE Di Malaysia

12/11/2014 04:17:00 pm

Pelancaran Telefon Pintar BenQ | BenQ F5 Dan BenQ T3 4G LTE Di Malaysia | Dengan RASMINYA, Abe dapat hadir ke Majlis Pelancaran Rasmi 2 varian telefon pintar daripada BenQ.
BenQ F5 LTE Smartphone
Model tersebut terdapat dalam 2 varian iaitu BenQ F5 dan model BenQ T3. Kedua-duanya didatangkan dengan fungsi 4G LTE dan dijual dengan harga yang berpatutan, sangat mampu milik.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Gambar yang Abe paparkan di atas ni adalah model BenQ F5 manakala model BenQ T3 pula adalah seperti gambar di bawah. 
BenQ T3 Smartphone
Untuk makluman, pada dua bulan lepas, BenQ telahpun melancarkan model-model telefon pintar ini di China dan Taiwan.

140923-benq-F5-T3-malaysia-launch
Dibina dengan fungsi 4G LTE, BenQ F5 akan dijual pada harga HANYA RM699.00 manakala BenQ T3 pula akan dijual pada harga HANYA RM499.00. Murahkan? Berbaloi-baloi untuk wang korang semua. Siap dengan fungsi 4G LTE tu... 

Kedua-dua Telefon Pintar BenQ ini dikuasakan dengan 1.2GHz Qualcomm Snapdragon 400 quad-core processor, Perbezaan antara BenQ F5 dan benQ T3 ialah dimana BenQ F5 dibina dengan 2GB RAM dan 16GB bernilai storan dalaman manakala BenQ T3 pula didatangkan dengan 1GB RAM dan 4GB storan dalaman. 

kredit: Vernon Chan
kredit: Vernon Chan

Di samping itu, BenQ F5 juga telah dilengkapi dengan 13-megapixel Sony Exmor sensor pada kamera F2.2 belakang dan 2-megapixel kamera depan manakala BenQ T3 mempunyai resolusi yang lebih rendah belakang dan kamera depan dengan masing-masing 8-megapixel dan 0.3-megapixel sensor. Walau bagaimanapun, kedua-dua model lakukan menjalankan 4x Mod Ultra Sensitif yang direka untuk menangkap gambar dalam persekitaran cahaya rendah.

Untuk maklumat lebih mengenai kedua-dua varian telefon pintar BenQ ini, korang bolehlah terus merujuk ke website: www.benq.com.my. 

gambar: carian google 

You Might Also Like

2 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad