Sahabat Que 'Silent Readers'

[EKSKLUSIF] Petua Menghalau Lipas Di Rumah | PETUA DAN TIPS BERGUNA

9/24/2014 09:00:00 am

[EKSKLUSIF] Petua Menghalau Lipas Di Rumah | PETUA DAN TIPS BERGUNA | Lipas merupakan serangga yang di katakan ramai yang tidak mengemarinya. Jom ketahui petua halau lipas dari rumah anda.

petua-menghalau-lipas

Lipas, salah satu binatang yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Tahukan anda, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.

Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin dan anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta mencari tempat baru.

Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka. Anda ingin tahu petua untuk menghalau lipas di dapur atau ruang tamu anda. Jom ketahuinya!
  • Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.
  • Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
  • Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.
  • Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
  • Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.
  • Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

You Might Also Like

26 comments

  1. Nice sharing... kat rumah mmg ada lipas tp xde la byk sgt...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Ada kucing dlm rumah tak ada cicak.

      Delete
    2. Sy x minat bela kucing. Ada petua lain x selain dr ini?

      Delete
    3. Ustaz ckap Selalu baca Quran utk halau cicak

      Delete
    4. Klau kerap damalkan baca Quran sgala bentuk gangguan merbahaya susah nk dtg & hinggap. Lipas pun ada gunanya utk berada d tangki septik tp yg berada dlm umh x byk mn pun!

      Delete
  3. Adusss geli la pulak tgk lipas2 tuu ..jap nak tutup dulu baru leh baca hehehe .geliiiiiiii !!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. banyak jugak cara die..boleh buat dengan benda2 yang sedia ade kat dapur jer..hehe

    ReplyDelete
  5. Kipas lipas ada?

    ReplyDelete
  6. Pernah terlihat sabun dimakan dek lipas. Mungkin tidak berkesan apabila lipas sudah lapar agaknya. Akan dicuba petua lain yang dikongsikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh try jg..Tp kurang menjadi guna sabun ni.

      Delete
  7. Saya nak cuba!!!! Lipas byk... dh bnteras tp tnggal cucu cicit dia... huhu tq 4 info

    ReplyDelete
  8. Nk try la... tkot lipas...huhu

    ReplyDelete
  9. Byk jugak ya cara menghalau/menghapus lipas. trima kasih utk semua tips ni. boleh cuba. Ada tak petua menghalau cicak?

    ReplyDelete
  10. Rumah saya pun byk cicak,kalau ade petua mohon share...

    ReplyDelete
  11. dh cuba dgn daun pandan okey....sy nak petua halau cicak...tolonggg geli arrr cicak tu

    ReplyDelete
  12. Ibu saya guna kulit telur utk halau cicak. Dia letak di atas almari atau tingkap, memang berkesan.

    ReplyDelete
  13. antara cara2 di atas siapa pernah try dan berjaya.....

    ReplyDelete
  14. Petua halau pijat..ad tak?

    ReplyDelete
  15. Petua halau tikus... tlg share. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba tabur lada hitam kt tpt tikus/cencurut suka dduk....insyaallah bkesan

      Delete
  16. Pkai ubat gegat je..tabur je kt mne2..aslkn jgn tabur kt dlm peti sejuk..

    ReplyDelete
  17. nak petua halau kelawar

    ReplyDelete
  18. Takut guna lemon lipas tu buat teh wo ais lemon lak nnt..hahaha ������

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad