[TIPS BERGUNA] Tips Untuk Menaikkan Seri Pengantin | MESTI BACA !!!

[TIPS BERGUNA] Tips Untuk Menaikkan Seri Pengantin | MESTI BACA !!! | KALA bersanding di pelaminan indah, pastinya semua mata memberi tumpuan.


(Petikan Blog NotaHati)
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Bukan saja terpesona pada busana indah berjahit labuci dan jemeki, juga pada pelamin mewah dengan hiasan moden. 

Menjelang tiga bulan sebelum tarikh perkahwinan walau sesibuk mana sekalipun tugasan di pejabat, wanita yang akan bergelar ratu sehari seharusnya meluangkan masa memberi kemanjaan serta belaian pada tubuh dengan mengunjungi pusat kecantikan yang menyediakan rawatan khusus untuk bakal pengantin. 

Mana-mana pengantin perempuan untuk kelihatan menarik dan jelita di hari perkahwinan mereka.

Samada melalui teknik andaman dan solekan yang betul mahu pun dengan berpakaian pengantin yang indah dan menawan, semuanya akan diambil-kira oleh mana-mana raja sehari bagi memastikan dirinya menjadi tarikan utama di hari berbahagia tersebut.

Masih terdapat amalan petua orang-orang lama bagi menaikkan seri wajah pengantin di hari bersejarah tersebut. Caranya cukup mudah dan ringkas. 

44 hari sebelum tarikh perkahwinan 

Amalkan diri dengan memakan sekuntum bunga mawar, kelopak demi kelopak setiap hari. Di mulakan dengan segelas air putih dan kalimah bismillah serta selawat ke atas Nabi, anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari sehinggalah menjelang hari bersejarah anda. Walaupun bunga mawar agak mahal, tetapi hasilnya adalah berbaloi. Cubalah! 

30 hari sebelum hari perkahwinan 

Daun sirih mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Ambil segenggam daun sirih yang agak besar saiznya dan rebuskan ia di dalam air putih buat beberapa minit sehingga warna air agak berubah kehijauan. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah anda setiap hari.

Biarkan di muka seketika, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Ia mampu mengelakkan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka sekaligus menaikkan seri wajah. Air rebusan ini juga berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser” yang sangat baik. Cubalah.

Selain itu, amalkan petua-petua tersebut berserta amalan-amalan moden yang lain. Pastikan anda memulakan perawatan wajah di salun-salun kecantikan selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan anda.

Ia akan menunjukkan hasil yang sangat memuaskan. Pastikan juga anda memilih warna baju persandingan yang bersesuaian dengan wajah anda bagi menaikkan seri wajah anda.

Semoga tips yang diberikan sebanyak sedikit dijadikan panduan kepada bakal-bakal pengantin.

Paling penting, senyuman mempelai yang tentunya menjadi perhatian tetamu. Sebagai raja sehari, setiap wanita mahukan kesempurnaan pada hari bahagia mereka bukan saja dari segi luaran, namun kecantikan dalaman yang menjadi keutamaan. Sekadar ini perkongsian yang diberikan. Jika ada tips lain yang boleh dikongsikan bolehlah komen dibawah.

Lebih banyak bahan menarik di NotaHati (Klik)

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

perkongsian yang menarik abe...

SuZiE said...

tips yg sangat menarik.. boleh tambah ilmu walaupun saya dah berkahwin.. :-)

jemput datang ke SEIKHLAS MEMORI

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts