[MESTI BACA] Tanda-tanda Seorang Perempuan Itu Meminati Anda | INFO YANG MENARIK

[MESTI BACA] Tanda-tanda Seorang Perempuan Itu Meminati Anda | INFO YANG MENARIK | 1)”Dia Tidak Senang Duduk” Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya.

gambar hiasan
Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana ‘pintu’nya telah terbuka untuk anda.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan ‘Maaf!’, itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera. 

2) “Tunjuk Minat” 

 Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda. 

3) “Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya” 

 Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: ‘Ini aku punya’, dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu. 

4) “Dia Men’jual’ Dirinya” 

Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki. 

5) “Bersikap Terbuka” 

 Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan.WOW! 

6) “Membayangi Anda” 

 Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak ‘lemas’ lagi. 

7) “Anda Diajak Ke Tempat Lain…” 

 Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya. 

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

Akif Imtiyaz said...

Hehehe betul jugak tu Abe ...Nice sharing .....

Ilman Fadhly said...

I love you cute

Ilman Fadhly said...

cute

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts