[EKSKLUSIF] Tanda Amalan Diterima Allah SWT | MESTI BACA

[EKSKLUSIF] Tanda Amalan Diterima Allah SWT | MESTI BACA | Adakah kita berasa yakin terhadap amalan kita terhadap Allah SWT. Adakah kita yakin amalan kita diterima oleh Allah? Ketahui apakah tanda amalan kita diterima oleh Allah SWT.


Kita mesti tertanya-tanya adakah amalan kita ini diterima oleh Allah SWT ataupun tidak.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Namun ketahuilah begitu besar rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat manusia di dunia ini, sehingga tidak ada satu makhluk pun yang mampu menghitung besarnya rahmat Allah tersebut. Rahmat Allah yang luas itu diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya tidak kira kepada orang yang beriman ataupun kepada orang ingkar.

Dalam beribadah kepada Allah seseorang akan merasakan nikmat kedamaian dalam jiwanya jika ibadahnya diterima oleh Allah. Hati mereka menjadi tenteram bahkan segala ativiti harian yang dilakukannya diserahkan kepada ketentuan dan takdir Allah, setelah itu apapun ganjaran yang diterimanya diterima dengan perasaan redha.

Jika perasaan redha dan sabar telah menyatu dalam kehidupan dan keperibadian seseorang maka ini suatu bukti bahawa amalan yang dilakukannya itu diterima oleh Allah. Tetapi jika mereka tergolong orang yang taat mengerjakan ibadah,namun pada masa yang sama masih melakukan pekerjaan mungkar dan terkutuk, sehingga tidak meninggalkan bekas dalam hati dan kehidupannya. ini membuktikan bahawa amalannya tidak diterima oleh Allah.

Contoh lain, umpamanya dalam ibadah solat dengan tegas Allah jelaskan “bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”. Namun dalam praktiknya ramai orang mengerjakan solat tetapi pada masa yang sama melakukan kemungkaran, ini suatu bukti bahawa tanda-tanda amalan solatnya tidak diterima oleh Allah. Kerana ibadah solatnya tidak memenuhi ketentuan yang telah digariskan oleh Allah SWT tadi. 

Begitu juga dalam ibadah haji, jika seseorang setelah kembalinya daripada tanah suci memiliki keperibadian yang mulia dan berubah dari kurang baik kepada yang lebih baik, ini membuktikan bahawa hajinya tergolong haji yang mabrur ertinya hajinya diterima oleh Allah. Tetapi ada juga sekembalinya dari tanah suci keperibdiannya lebih jahil daripada sebelumnya, ini membuktikan bahawa hajinya adalah haji mardud ertinya amalannya ditolak oleh Allah SWT.

Puncak dari diterimanya amalan seseorang itu adalah hati mereka menjadi aman dan tenteram dengan mengingat Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram”. (Ar ra’d ayat 28) Wallahu A’lam.

sumber: melayukini.net

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts