Sahabat Que 'Silent Readers'

[UNIK] Cara Unik Jutawan Russia Melepaskan Diri Dari Jalan Sesak | PELIK TAPI BENAR

11/28/2014 09:00:00 am

[UNIK] Cara Unik Jutawan Russia Melepaskan Diri Dari Jalan Sesak | PELIK TAPI BENAR | Dengan sumber kewangan serta kuasa wang yang menjadi raja, jutawan-jutawan di Rusia menggunakan segala cara ‘kreatif’ yang ada untuk melepaskan diri dari jalan raya yang sesak seperti di bandaraya Moscow, Russia ini untuk bergerak ke sesuatu tempat dan pulang dengan mudah dan cepat.


Orang-orang kaya di Russia ini mempunyai satu cara unik untuk melepaskan diri dari kesesakan jalanraya yang teruk dengan menyewa teksi yang menyerupai sebuah ambulan untuk bergerak ke sesuatu tempat dengan cepat dengan bayaran yang agak mahal..!
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Cara haram teksi ambulan tersebut beroperasi mula kecoh selepas pihak polis mendapat laporan tentang kenderaan seperti ambulan yang mempunyai siren dengan hiasan dalaman mewah bergerak laju tetapi bukan membawa pesakit ke hospital sebaliknya membawa orang-orang kaya di Russia kemana-mana tempat yang dikehendaki serendah RM 320 per jam..! haha..

Hiasan dalaman ‘ambulan’ tersebut seperti sebuah limousin mewah dengan ‘seat’ selesa untuk mengangkut orang-orang kaya ujar seorang pegawai polis kepada harian Izvestiya..Di dalam ambulan tersebut tidak mempunyai anggota paramedik tetapi yang ada hanyalah beberapa orang yang menolak untuk ditanya identiti mereka ketika ditahan.

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad