[PELIK TAPI BENAR] Gadis Ini Makan Nugget Ayam SAHAJA | Sejak Umur 2 Tahun

[PELIK TAPI BENAR] Gadis Ini Makan Nugget Ayam SAHAJA | Sejak Umur 2 Tahun | BIRMINGHAM: Seorang remaja diberi amaran bahawa kegemarannya terhadap nugget ayam boleh membunuh kerana dia sebenarnya tidak mengambil apa-apa makanan sejak berusia dua tahun.


Doktor mula menyedari kecenderungan pemakanan bermasalah Stacey Irvine itu selepas dia tiba-tiba pengsan dan dikejarkan ke hospital kerana sukar bernafas.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Pekerja kilang, Stacey, 17, tidak menyentuh sebarang sayur-sayuran atau buah-buahan sejak 15 tahun lalu.

Tabiat pemakanannya itu menyebabkan dia mengalami anemia (kekurangan darah) dan bengkak salur darah pada lidahnya. Semalam, Stacey dilaporkan semakin pulih di rumah selepas doktor memberikannya sejumlah vitamin dan beberapa suntikan ketika dirawat di hospital.

Bagaimanapun, Stacey tetap berdegil dan enggan mengubah pilihan makanannya, malah tetap hanya mahu mengambil nuget daging ayam sebagai hidangan.

Berasal dari Castle Vale, Stacey berkata, kini dia mula sedar betapa tabiat pemakanannya yang hanya mengambil nuget ayam goreng membahayakan kesihatannya.

“Selain nuget ayam goreng McDonald’s yang memang makanan kegemaran, saya juga menggemari hidangan sama disediakan restoran makanan segera lain atau yang dijual di pasar raya.

“Hidangan sebenar saya setiap hari hanya nuget ayam goreng,” katanya.

Sementara itu, ibu Stacey, Evonne, 39, berkata dia sendiri sukar memujuk anaknya berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan nasihat dan menyelesaikan masalah berkenaan. “Saya kini benar-benar tidak mampu melakukan apa-apa lagi.

“Saya cuma mampu berdoa supaya Stacey dapat diselamatkan sebelum terlambat,” katanya. – TH

sumber: hmetro.com.my

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

Nazlee Ismail PCL said...

susah nak mengajak anak makan sayur, selalunya ayam , ayam dan ayam sahaja... dilema ibubapa zaman sekarang nih.

Akif Imtiyaz said...

Huhuhu takkanla nak makan nugget tu jer sepa njang hidup alahai macam2 hal,,Bila dah sakit susah juga tuu ..Takde khasiat makanan terbaik akan memudaratkan kesihatan..

Anonymous said...

Idea yang bernas untuk menentang kenaikan harga petrol. Sila ke:

http://manjongmari.blogspot.com/2014/10/jom-kita-semua-lawan-kenaikan-harga.html

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts