Sahabat Que 'Silent Readers'

[FAKTA] Ayam Juga Mengalami Kitaran Haid? | MESTI BACA !!!

10/11/2014 09:00:00 am

[FAKTA] Ayam Juga Mengalami Kitaran Haid? | MESTI BACA !!! | China – Ayam sedang mengalami kitaran haid, itu penjelasan tidak munasabah yang diberikan oleh sebuah syarikat pembekal telur ayam selepas seorang pengguna mengadu telur yang dibekalkan itu mengandungi tompokan darah.


Pengguna itu, Bai telah membuat aduan kepada jabatan pengguna bahawa putih telur itu dikesan mengandungi tompokan darah.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Telur-telur tersebut dibelinya di sebuah pasar raya.

Apabila aduan dikemukakan kepada pasar raya berkenaan, Bai telah dimaklumkan bahawa adalah normal bagi putih telur mengandungi tompokan darah kerana ia dihasilkan oleh ayam yang diberi makan serangga.
Sebab itulah, kata jurucakap pasar raya tersebut, telur itu dilabel sebagai `telur serangga’.

Namun Bai mendapat jawapan paling mengejutkan daripada syarikat yang membekalkan telur berkenaan, Rensun bahawa telur itu dihasilkan oleh ayam yang sedang mengalami haid.

Bagaimanapun penjelasan Rensun itu tidak diterima oleh jabatan pengguna.

Sementara itu, seorang penyelidik di Universiti Pertanian Beijing, Ji Haifeng menerangkan ayam tidak boleh mengalami haid sebaliknya keadaan itu berlaku disebabkan binatang itu dipercayai mengalami jangkitan virus.

Haifeng turut memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak makan telur itu.

You Might Also Like

2 comments

  1. Haaa... memang penah tgk dlm telur ada tompokan darah...

    ReplyDelete
  2. tapi baru2 ni telur yang saya beli jenama nutriplus ada sebijik bukan tompakkan dan.. berselerak darah. terus spoil mood nak makan.. terus tukar LTK omega plus...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad