Sahabat Que 'Silent Readers'

[EKSKLUSIF] Ayam Ini Menyerupai Seperti Penguin | PELIK TAPI BENAR

10/07/2014 09:00:00 am

[EKSKLUSIF] Ayam Ini Menyerupai Seperti Penguin | PELIK TAPI BENAR | Seekor ayam yang diberi nama Mumble mempunyai bentuk fizikal yang pelik.



Ayam yang dianggap unik ini berasal dari China dan pergerakkannya menyerupai seperti seekor penguin.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Secara normalnya kia melihat bentuk fizikal ayam adalah berkaki dua dan berjalan mengikut apa yang kita lihat. Namun terdapatseekor ayam yang menunjukkan sedikit kelainan berbanding ayam yang lain di sebuah ladang. Ayam yang dimaksudkan ini adalam ayam betina yang dikenali sebagai Mumble bukan sahaja memiliki sayap yang kecil saiznya dari sayap seekor ayam yang normal tetapi menyerupai spesis burung di air seperti seekor penguin.

Dia tidak pernah mencuba untuk terbang seperti ayam lain di kandang tetapi memilih untuk berlenggang-lenggok dari sisi ke sisi bermain di tepi air. Walaupun bentuk fizikalnya tidak sesempurna ayam lain. Kelainan itulah yang telah menyelamatkan hidupnya, kerana pemilik ayam ini tidak dipilih sebagai bahan mentah untuk dimasak. 

Krisis identiti ayam ini telah membuatkannya terkenal Jiangsu, di China timur. Dia dimiliki oleh seorang petani bernama Lu Xi di sana. Media tempatan menggelarkannya Ayam Mumble mengambil watak utama dalam filem animasi Happy Feet, iaitu seekor Pinguin yang tidak pandai menyanyi tetapi pandai menari. 

Kata En. Xi “Dia hanya memiliki sayap kecil yang menonjol keluar ketika ia berjalan, meskipun ia tidak pernah terbang.

“Saya tidak melihat filem tetapi saya suka nama itu, walaupun burung saya tidak pandai menari dan saya juga  tidak fikir ia boleh berenang dengan baik.  “Tapi dia seharusnya bersyukur. Kami sekeluarga mempertahankannya dari dimasak di dalam periuk”.

sumber

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad