[PENTING] Ketahui 5 Jenis Makanan Yang Perlu Dijauhkan Dari Kanak-Kanak | WAJIB BACA !!!
7/23/2014 02:00:00 pm
[PENTING] Ketahui 5 Jenis Makanan Yang Perlu Dijauhkan Dari Kanak-Kanak | WAJIB BACA !!! | Setiap ibubapa menginginkan anak mereka membesar dengan sihat.

Salah 
satu faktor anak-anak membesar dengan sihat adalah pemakanan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Namun, 
kini terdapat pelbagai jenis makanan yang tidak sihat lebih-lebih lagi 
jenis makanan segera atau Instant Food / Fast Food 
Golongan dewasa tentulah faham yang makanan sihat itu terdiri 
daripada bahan-bahan segar seperti ayam, ikan, salad dan sayuran hijau. 
Buah-buahan segar pula digunakan sebagai pencuci mulut atau pembuka 
selera. Keadaan berlaku sebaliknya kepada kanak-kanak. Mereka menganggap
 makanan sedemikian sebagai jijk, membosankan, hambar dan lebih teruk ia
 dianggap sebagai racun !
Keadaan inilah yang menyebabkan kanak-kanak berperang dengan makanan 
dan isu ini adalah sangat mengecewakan. Namun adalah penting terutamanya
 ibu bapa menjadi contoh terbaik menggalakkan pemakanan sihat. Yakinlah,
 bahawa suatu hari nanti, anak anda akan berterima kasih kepada anda 
kerana menyuapkannya dengan makanan yang sihat.
Saban hari, terlalu banyak makanan yang nampak lazat tetapi pada 
hakikatnya makanan tersebut mengandungi nilai pemakanan yang kecil 
berbanding pengawet, gula dan lemak yang digunakan.
Tetapi, bagaimana anda boleh tahu makanan yang boleh dielakkan ?
Untuk membantu anda membuat keputusan, terdapat 5 senarai makanan 
yang perlu dielakkan tetapi lazim diberi kepada kanak-kanak di Malaysia 
sama ada bersarapan, makan tengahari, makan malam atau makanan ringan.

Periksa kandungan gula dalam bijirin semasa sarapan pagi 
1. Bijirin untuk sarapan pagi. 
Tidak dinafikan, apabila tiba waktu bersarapan, bijirin menjadi salah
 satu pilihan ibubapa di Malaysia untuk anak-anak bersarapan. Setiap 
hari kita dimomokkan di televisyen dengan iklan-iklan bijirin yang 
dimakan bersama susu dan sebagainya. Bijirin sememangnya mensasarkan 
kanak-kanak kerana golongan itu mudah dipengaruhi. Ditambah pula dengan 
pembungkusan yang menarik dan berwarna-warni. Hakikatnya, kuantiti gula 
yang digunakan amatlah melebihi keperluan bagi seorang kanak-kanak.

Jauhi burger dan daging proses yang lain 
2. Daging proses 
Ya, daging proses memang cepat untuk disediakan. Cuma keluarkan dari 
peti sejuk, dinyahbeku kemudian goreng dan siap untuk dimakan. Namun 
tidak kita perasan bahawa makanan ini sebenarnya ibarat span menyerap 
minyak masak yang digunakan semasa menggoreng ditambah lagi dengan 
pengawet digunakan. Ini akan meningkatkan lagi risiko sakit jantung dan 
lebih teruk lagi kanser. Kesannya tidaklah drastik tetapi jangka masa 
panjang.

“French Fries” tidak bagus untuk kesihatan 
3. Kentang Goreng 
Tiada cara lain mengelakkan makanan ini sekiranya memang sudah 
tersenarai dalam makanan mingguan anak-anak anda. Namun masalah sebenar 
adalah apabila member anak-anak kentang goreng setiap kali makan. 
Kentang goreng tidak menyediakan nilai nutrisi kepada anak-anak, 
sebaliknya kandungan lemak dan garam yang amat tinggi!

Makan pizza kerana malas masak tidak sepatutnya berlaku 
4. Pizza 
Dibandar, khususnya Kuala Lumpur, makanan segera seperti pizza ini 
tidak asing lagi. Ibubapa yang penat seharian bekerja memlilih untuk 
menghubungi pizza dan menunggu ianya sampai di depan rumah. Namun ia 
sememangnya tidak sihat kerana pengawet disamping lemak dan kalori yang 
tinggi.

Kurangkan pemakanan keropok dan makanan bergoreng 
5. Snek Ringan / Keropok. 
Kebanyakan makanan jenis ini dihasilkan dengan tepung yang diproses 
kemudian ditambah pengawet, pewarna, perasa sintetik dan minyak yang 
boleh menyebabkan tahap kolestrol yang tinggi. Oleh hal yang demikian, 
amatlah tidak digalakkan sama sekali untuk memberi anak-anak anda 
memakan snek seperti ini
Kesimpulannya, sekiranya anda memahami cadangan sebenar, adalah 
dijamin anak anda akan berasa dan menikmati hidup yang lebih sihat pada 
masa akan datang.


1 comments
Perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"