Sahabat Que 'Silent Readers'

[EKSKLUSIF] Gurauan Bersahaja 'TERAKHIR' Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar | [AL FATIHAH] DATUK SHARIFAH AINI DALAM KENANGAN

7/05/2014 08:36:00 pm

[EKSKLUSIF] Gurauan Bersahaja 'TERAKHIR' Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar | [AL FATIHAH] DATUK SHARIFAH AINI DALAM KENANGAN | “Minggu depan kita jumpa lagi ramai-ramai.” Gurauan bersahaja Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, ketika rakan artis yang melawat beliau di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya minggu lalu rupa-rupanya menjadi petanda terakhir beliau pergi menghadap Ilahi.
Artis veteran yang juga rakan karib biduanita negara itu, Mohd Nasir Abd Wahab atau lebih dikenali sebagai Nassier Wahab berkata, beliau bersama beberapa rakan artis yang lain dijemput secara khas oleh Sharifah Aini untuk datang melawat beliau di hospital.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
“Saya sempat bersama beliau selama hampir dua jam. Selama berada di sampingnya, arwah menunjukkan tanda-tanda positif seperti bergurau dan bersemangat untuk kembali sihat supaya dapat menyertai rakan artis yang lain untuk sama-sama mengadakan persembahan.
"Pada ketika itu, saya tidak sangka itu adalah pertemuan terakhir saya dengan arwah. Banyak kata-kata tersirat arwah ketika berbual dengan saya dan rakan-rakan yang lain. Paling tidak dilupakan arwah ada cakap, dia redha dengan sakit yang dialami. Ini mungkin ujian daripada Allah untuk kurangkan dosa-dosanya. Itu paling menyentuh jiwa saya,” katanya ketika ditemui BH Online di pekarangan Masjid At-Taqwa, TTDI di sini, sebentar tadi.
Nassier berkata, pemergian penyanyi yang terkenal dengan lagu Seri Dewi Malam itu dianggap pemergian terbesar dalam industri seni tanah air selepas pemergian Saloma.
“Arwah seorang yang tabah, kuat semangat dan kelakar. Beliau pernah berkata, hidup ini adalah seni. Bila saya lihat beliau, saya tanamkan dalam hati saya, setiap anak seni perlu tabah seperti beliau yang berdepan pelbagai rencah sebagai seorang anak seni.
"Kita sebagai adik yang menganggap beliau sebagai kakak, harus menjadikan beliau sebagai pedoman untuk kita teruskan hidup dalam dunia seni ini,” katanya.
Nassier menambah, beliau sangat beruntung kerana menjadi antara insan terawal yang dapat meratapi wajah anak didik Datuk Ahmad Nawab sebelum Hospital Pakar Damansara menutup wajahnya dengan kain putih.
“Sejurus menerima panggilan daripada waris keluarga arwah, saya bergegas ke hospital dan sempat menyedekahkan bacaan surah Yasin kepada jenazah,” katanya
sumber

You Might Also Like

2 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad