[TERGEMPAR] Bayi Seberat 4.2kg Terkeluar Dari Kandungan Setelah Ibunya Digilis Lori | SUBHANALLAH
5/29/2014 10:31:00 pm
[TERGEMPAR] Bayi Seberat 4.2kg Terkeluar Dari Kandungan Setelah Ibunya Digilis Lori | SUBHANALLAH | Xiamen: Seorang saksi satu kemalangan ngeri membabitkan pasangan 
suami isteri melihat bayi yang berada dalam kandungan ibunya itu 
tercampak keluar selepas motosikal pasangan itu dilanggar lori.

Wang Zhau, 40, yang sarat mengandung dalam perjalanan ke hospital 
bersama suaminya Mao, 42, apabila motosikal mereka dirempuh lori.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Saksi berkata lori itu kemudian menggilis wanita berkenaan 
menyebabkan bayi yang berada dalam kandungannya terkeluar dan tercampak 
sejauh tiga meter.
XIAO hanya mengalami cedera ringan selepas tercampak keluar dari kandungan dalam kemalangan yang meragut nyawa ibu bapanya.
Pasangan berkenaan mati di tempat kejadian namun bayi mereka selamat dan dibawa ke hospital di wilayah Fujian China.
Bayi yang diberi nama Xiao Zhao oleh kakitangan hopital itu hanya calar-balar.
Jurucakap polis, Chan Chien berkata: “Ada saksi yang berkata wanita 
itu sempat melahirkan anaknya sebelum mati selepas dilanggar lori 
berkenaan manakala yang lain berkata, impak daripada perlanggaran itu 
menyebabkan bayi seberat 4.2 kilogram itu terkeluar dari rahim ibunya 
dan tercampak sejauh tiga meter.

Wanita itu sepatutnya dimasukkan ke bilik bersalin pada jam 8.30 pagi
 waktu tempatan dan suaminya membuat keputusan untuk tidak menunggu 
ambulans.

Dia menghantar isterinya ke hospital menaiki motosikal.
Kemalangan berlaku ketika mereka tiba di simpang antara Maqing Lu dan Jiaosong Lu” kata Chan.

Polis mengesahkan mereka menahan pemandu lori berusia 45 tahun itu untuk membantu siasatan.
Kejadian yang menggemparkan yang menimpa bayi malang itu menjadi 
tajuk utama akhbar di China dan Badan Kebajikan Xiamen menyumbangkan 
5,000 yuan (RM 2,658) untuk penjagaan bayi terbabit.
Orang ramai yang mengetahui berita itu turut melawatnya di hospital 
dengan membawa pelbagai hadiah untuk bayi berkenaan. – Agensi


 
 
 
 
 
3 comments
alahai.. tersentuh hati mama baca berita ni.. sob.. sob..
ReplyDeletesetiap hari ada saja cerita dari negara China ni... macam2 berlaku kepada mereka...... kesian dengan mereka...
ReplyDeletesungguh kejadian yang luar biasa
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"