Sahabat Que 'Silent Readers'

[PENDEDAHAN] Gambar Selfie Rakam Imej Hantu | IMEJ EKSKLUSIF DI RAKAM

5/22/2014 11:43:00 am

[PENDEDAHAN] Gambar Selfie Rakam Imej Hantu | IMEJ EKSKLUSIF DI RAKAM | Selfie atau mengambil gambar sendiri kini menjadi kegemaran semua orang tanpa mengira usia, di seluruh dunia.

Gambar Selfie Rakam Imej Hantu

Tapi siapa sangka, trend ini turut diikut oleh ‘makhluk lain‘. Tak percaya?
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Saksikan gambar di bawah dan penerangannya:

Gambar Selfie Rakam Imej Hantu! [2]

Beberapa bulan lalu sepupu kepada kawan saya membeli sebuah telefon bimbit baru. Satu hari selepas balik kerja dia meletakkan telefon tersebut di atas meja lalu mula menonton televisyen. Anaknya datang lalu meminta untuk bermain dengan telefon bimbit tersebut. Dia membenarkan dengan syarat jangan menelefon sesiapa atau membuka mesej.

Sekitar 11.20 malam dia mula berasa mengantuk lalu ke bilik anaknya untuk memeriksa, dan anaknya tiada di situ.

Rupa-rupanya si anak tertidur dalam biliknya dengan telefon masih di tangan. Dia mula memeriksa jika ada perubahan dilakukan anaknya pada telefon bimbit. Didapati, hanya perubahan kecil dilakukan seperti menukar gambar latar. Seterusnya dia membuka bahagian ‘Pictures’ dan mula memadam gambar-gambar yang diambil. Hinggalah apabila tiba di gambar terakhir, dia tersentak…

Gambar itu menunjukkan anaknya sedang tidur di atas katil tetapi diambil oleh ‘orang lain’. Separuh daripada wajah pengambil dapat dilihat dan menyerupai wajah perempuan tua!

Seram tak?

Kewujudan makhluk selain manusia memang sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Tapi sama ada gambar dan cerita di atas benar, Wallahu’alam.

You Might Also Like

1 comments

  1. alahhhh....apa yang nak diseramkan.....depa pun teringin jugak nak ber'selfie'....ingat kita saja yang nak.....sportinglah sikit.....

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad