Sahabat Que 'Silent Readers'

[EKSKLUSIF] Peranan Suami Semasa Isteri DALAM PANTANG | WAJIB BACA !!!

5/29/2014 01:26:00 pm

[EKSKLUSIF] Peranan Suami Semasa Isteri DALAM PANTANG | WAJIB BACA !!! | Bila dalam pantang, mental kena kuat. Kalau tak kuat boleh jadi macam2 penyakit. So untuk elak dari jadi sesuatu yang tak diingini, si suami perlulah memainkan peranan penting. Bagi support pada isteri 100%.


Ingat senang ka nak bersalin, Abe saksikan sendiri woooooo masa sambut Anakanda Putera, Tengku Ean Rifqee.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni


Nak melalui moment-moment masa berpantang, nak kena jaga jahitan dekat miss V lagi. Malam-malam nak bangun tukar pampers baby lagi. Mana nak susukan baby tiap 2jam. Kena tahan sembelit lagi. Pada Abe, sangat mencabar bila dah jadi ibu ni bila Abe tengok Bonda EanRifqee buat semua tu.

Kalau tanya lah Abe, konfem jawapan Abe buat masa sekarang memang serik nak bagi Wife Abe pregnant dan bersalin lagi.

Suami-suami yang bijak pandai sekalian, hahaha. Jangan rasa bila kita dah hantar isteri balik kampung untuk pantang, tanggungjawan kita dah settle..


Jangan buat-buat sibuk kerja sampai nak call isteri sehari 5kali pun xboleh. Tahukah anda para suami bahawa isteri anda sangat memerlukan sokongan anda. Suami adalah kekuatan isteri.

Kalau boleh, jangan la call or msg hanya nak tanya pasal baby saja, takut nanti terkilan hati isteri. Call dan msg tanya la pasal kesihatan isteri juga. Tanya macamana jahitan dekat miss V tue, ok ka dak. Bagi kata-kata semangat.

Contoh : "I xberenti doa untk u syg.. hope jahitan u ok.. u kena selalu keringkan bahagian tu ok. jgn lupa mint nurse check..kalau sakit ka,or ada xkena jgn lupa bgtau I.."

Ha tu contoh la yg Abe boleh bagi..

Bahagian jahitan tue paling susah nak jaga sebenarnya. Isteri xboleh nak lasak-lasak, tapi terpaksa lasak juga. Yala..nak kena bangun tukar pampers baby, nak kena duduk susu baby, tempat jahitan tu sangat sensitif mudah nak tertetas..

Bila tertetas, nak kena p jahit balik..sakit wooooohh!

So suami ringan-ringan mulut tanya psal jahitan tu. Nak tolong tengok untuk isteri xboleh sebab jauhkan. Jangan lupa,tiap kali call buat la lawak-lawak bodoh sikit bagi isteri gelak, jangan la call buat serius, jangan call seminit.


Call sembang lama-lama sikit, bagi isteri rasa seronok. Sebab dalam pantang ni serius akan rasa macam pelik sikit. Dah la nak berak sembelit, nak kena jaga jahitan tue. Tido xcukup. Kalau suami call seminit, cakap serius-serius..pastu just call sebab nak tanya psal baby ja.. kesian isteri. Mesti rasa tersisih. Ye dak Cik Puan Nur Asmawani?

Last but not least, suami selalu -selalu la kalau boleh hari-hari msg cakap rindu isteri, sayang isteri. Tak sabar nak tunggu isteri balik rumah. Ayat-ayat tu boleh buat hati isteri berbunga-bunga. Isteri akan rasa dihargai. Rasa berbaloi kesusahan yang dia rasa untuk lahirkan zuriat berbaloi. Bukan kena duit pun nak buat isteri rasa diperlukan.

BeBen, Tqvm. Selamat berpantang pada yang berpantang macam Bonda EanRifqee di kampung  :)




I LOVE U SAYANG. LOVE EanRifqee JUGAK...

You Might Also Like

2 comments

  1. uishh.. jahitan tu yang kene jaga elok2 tu.. suami2 jaga isteri berpantang anda betul2..

    ReplyDelete
  2. betul betul tu bro..itu dah menjadi kewajiban pada setiap org lelaki terutama SUAMI nie,sebab apabila dah diijab kabulkan segala tanggung jawab tu terletak dibahu suami termasuk waktu berpantang.SUAMI kena ingat bukan sekadar tgh syiok jer pastu buat buat tak tau...lepas isteri beranak jer hantar kat kampong.KENAPA BOLEH BERLAKU PERKARA SEBEGITU???????/.APAKAH ALASAN YG DIBERIKAN.........saya rasa tak patut SUAMI buat perkara tersebut SUSAH SAMA SUSAH,SYIOK SAMA SYIOK,SENANG SAMA SENANG.pengalaman saya yg dah mempunyai anak dari 1 hingga 4 semuanya buat sendiri sehingga abis pantang,memasak khas utk org yg berpantang,membasuh,menjaga & mandikan anak,bercukur ,sediakan mandian org yg berpantang,dll,tapi sy tak hantar anak & isteri balik kampong,sy pedulikan apa org nak ckp.alasan yg sy selalu berikan"KESIAN KAT ORG TUA KAT KG,DULU DEPA DAH SUSAH PAYAH JAGA KITA,TAKKANLAH SEKARANG NIE NAK SUSAHKAN DEPA LAGI,LAGI PUN INI DAH TANGGUNG JAWAB SAYA".apa apa pun kenangan tu sukar dicari ganti,memang best walaupun penat tapi MEMANG BESTTTTTTTTT LERRR......kalau boleh nak tambah lagi anak hehehhehehe.....baruler ikatan antara isteri & anak bertambah erat.........errmmmmmm bayangkan sewaktu nak cukur kepala anak perghhhhhhh memang besttt oooo rugiii siapa tak buattt..pastu buat pula rakaman dan tunjuk kat anak anak bila diorg dah besar.........ermmm memang keluar air mataaa,terharu dgn apa yg keluar dari mulut anak "SAYA SAYANG ABAH........."...........

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad