[PEMBONGKARAN] 5 Taktik Penipuan Penjualan Kenderaan Di Mudah.My | PERLU DIBERI PERHATIAN !!!

[PEMBONGKARAN] 5 Taktik Penipuan Penjualan Kenderaan Di Mudah.My | PERLU DIBERI PERHATIAN !!! | Berhati-hati kalau nak beli kenderaan di Mudah.my.

5taktik

Jangan mudah terpengaruh dengan harga murah kerana itu kadang-kadang perangkap. Ini antara masalah yang pernah berlaku pada mereka yang telah menjadi mangsa atau hampir menjadi mangsa penipu/seller yang bermasalah di Mudah.my.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Aduan telah dihantar tetapi tiada sebarang penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak Mudah.my. Di bawah ini, My Media sertakan antara taktik-taktik yang pernah terjadi mangsa-mangsa penipuan di Mudah.my.

Seller tak letak contact number, agar mangsa tertarik dengan harga yang murah. Contact via emel then yang reply emel itu dalam bahasa inggeris yang penerangannya panjang lebar dan akhir kata si penipu itu mahu mangsa deposit duit dalam akaun dia.

Kereta/Motor tak ada Road Tax/Insurance tetapi dirahsiakan oleh seller. Biasanya seller penipu ini akan cuba alih perhatian mangsa apabila ditanya lebih-lebih tentang Road Tax/Insurance ini. Bila mangsa sudah setuju nak beli, semasa datang nak ambil kereta/motor itu, baru seller akan beritahu perkara sebenar. Walaupun mangsa sempat lagi batalkan perjanjian jualbeli tetapi mangsa dah banyak membuang masa, lebih-lebih lagi kalau area tempat kereta/motor yang nak beli itu jauh. Buang masa orang, buat aniaya orang.

Kereta/Motor yang Road Tax/Insurance cukup sempurna, Geran Pula Yang Bermasalah. Bukan nama seller tetapi masih nama owner lama. Timbul masalah di sini kalau nak tukar nama kena cari owner lama. Kebiasaannya seller akan cakap”Takpe bang, asal roadtax/insurance hidup boleh bawa ke mana-mana..” Tetapi apa pula jaminannya jika mangsa dituduh mencuri kenderaan tu? Seller seperti ini selalunya akan ‘tarik’ mangsa untuk pergi view kereta/motor mereka. Bila mangsa dah pergi tengok baru seller beritahu hal sebenar.

Seller yang memang kaki penipu, iklankan kenderaan cantik tetapi bila pergi tengok, test drive semua ok. Bila dah setuju nak ambil, jam itu juga dia ada alasan macam-macam dan janji esok atau lusa baru boleh mangsa ambil kereta/motor itu. Sebenarnya dia nak tukar sparepart then lepas je mangsa buat payment, ambil kereta/motor, mangsa bawa balik ada masalah pula. Bila mangsa call no telefon seller tadi, tak dapat dihubungi. Seller beli satu simcard khas untuk tujuan penipuan ini. Duit dah dapat tukar simcard, mangsa nak pergi claim balik dah tak boleh sebab deal bukan di rumah seller.

Seller yang kaki test market, iklankan motor/kereta nak jual, bila orang dah datang tengok/nak beli, dah alasan macam-macam tak jadi jual, mak tak bagi jual, bini tak bagi jual, arwah nenek tak bagi jual, nak bincang dengan family la, itu la, ini la, ni jenis manusia yang suka buang masa orang. Ada juga jenis nak tunggu offer lagi baik, dah berbulan baru cakap balik comform nak jual. Bila mangsa dah beli yang lain tak nak beli yang dia, macam nak marah mangsa pula. Time orang nak beli, tak nak jual, bila mangsa dah tak nak beli baru contact mangsa balik cakap nak jual, sengal punya orang.

Ada pengalaman ‘hitam/pahit’ di Mudah.my? Kongsikan di sini untuk dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang lain agar tidak tertipu oleh seller yang tidak bertanggungjawab. Tidak dinafikan Mudah.my memang adalah seller yang genuine, tetapi di kalangan mereka terselit seller tak guna ini.

Artikel Menarik Lainnya



17 comments:

azstory said...

Kalau nak beli kereta kat mudah.my n nak g tengok kereta, bawa kawan yang pandai dalam hal2 kereta, kalau takde kawan boleh je upah mekanik yg kita percaya utk tengok kereta tu..

Anonymous said...

hati hati dengan harga..di iklan kan harga lain, bila datang ke kedai untuk test drive di beritahu harga lain pula.

kamalarif said...

Terima kasih atas maklumat ia sgt berguna,kenyataan ini mmg benar itulah yg diamalkan oleh seller yg mementingkan keuntungan mereka tiada kesedaran sivik tak tau dosa pahala,hanya fikir wang semata mata,

kamalarif said...

Terima kasih atas maklumat ia sgt berguna,kenyataan ini mmg benar itulah yg diamalkan oleh seller yg mementingkan keuntungan mereka tiada kesedaran sivik tak tau dosa pahala,hanya fikir wang semata mata,

akubiomed said...

Disebabkan seorang dua buat perkara tidak elok beri kesan tempias kepada yang sebenar-benar untuk berniaga.

pkrcabangtambun said...

Aku pun dh terkena dahh..kt Kuala Kgsar. Tgok iklan kereta ok cantik. Tp bila sampai nk tgok kereta buruk sgat Rupa2 penjual tu lletak gambar kereta yg lain nmpak cantik padahal kereta buruk.

Anonymous said...

Aku pernah nak beli satu Waja yg owner dia dah migrate ke UK. Aku pun dgn semangatnya emel...Ada org jawab...Waja tu nak jual..tp kalau aku nak..kena bayar utk proses tukar nama..bila Tanya proses dengan PUSPAKOM dan JPJ dah kantoi..Nampak sgt ni negro punya keje.
Aku pun jual kereta kat Mudah....yg pembeli pun boleh tahan, siap bwk mekanik. Bila tunjuk je semua bil....beribu dah keluar nak cantikkan kereta tu...br senyap.
Aku takde nk corner2..kalau eksiden..betul keter aku kena langgar bumper..tp kos repair je dah RM1800.00. Kalau buyer tak suka dan tak yakin...dia dgn mekanik tu boleh blah.

ANUAR said...

bukan setakat kereta sahaja,banyak benda lain yg di iklan kan,pembeli sering kena tipu.

Anonymous said...

Aku cadangkan agar setiap kereta yang nak diiklankan di mudah.my paparkan no plate (registration no) kereta tu! jangan hitamkan no platenya....

Mohd Sairo said...

ada penjual penipu minta masuk duit booking. dia cakap ramai org nk dtg tengok, klu betul2 nak dia suh boking dulu. bila dah bank in. tel xangkat.byk dah buyer terpedaya.. satu kereta tu dia boleh beribu2 duit boking org yg terpedaya.. dah repot polis tp polis xdpt buat apa2... jd berhati-hatilah..

Malaysiabaru said...

Server engine mudah ni server curi, programming curi, database curi, jadi pencuri bertemu pencuri

Masz Health Boutique said...

Pengalaman saya terkena dengan agen sewa rumah. Letak harga murah. Tapi nak deposit masuk dulu. Nasib baik bertegas jugak pegi dulu ke lokasi. Rupanya rumah x wujud. Nasib baik orng tempatan tahu pasal agen ni..menyusahkan orang..

zu sakti said...

saya dah terkena. dulu masa nak jual kereta dalam mudah.com tetiba ja ada email masuk cakap setuju dengan harga, then minta akaun number nak bank in deposit. lepas tu suruh send kereta ke tehran. suruh dia call hp saya x nak pulak. at last sy bo layan email tu.

Anonymous said...

dengan segala macam penipuan yang ada saya rasa ada baiknya kita beli kereta daripada kawan-kawan, saudara mara atau orang-orang yang kita kenal atau paling baik beli dari kedai je.., memang di akhir-akhir ni semakin ramai orang yang tak jujur dalam kehidupan mereka (termasuk diri kita sendiri - yang kadang-kadang terpaksa berlakon untuk mengelak sesuatu yang memberi kesan lebih buruk daripada berlaku - semoga Allah ampunkan kita ) cuma sekiranya tidak menzalimi atau menyusahkan sesiapa mungkin kita boleh terima, tapi dalam isu membeli kereta ni saya rasa pembeli perlu mendapat nilai yang sepatutnya setiap ringgit yang dikeluarkan . Bagi golongan yang ' agak kekurangan ' dalam soal kewangan seperti saya ni pasti akan terkilan sekiranya kereta (yang bukan lagi item kemewahan tetapi keperluan) tak seperti yang diharapkan sebab kita mengumpul wang sedikit demi sedikit dengan berjimat cermat untuk mendapatkan sebuah kereta untuk keperluan keluarga tapi akhirnya kereta yang dibeli sering mengalami masalah dan menyusahkan kita.

ina salina said...

Saya ada nak jual kereta dalam mudah.my..petang tadi saya dapt 3 buyer..ada yg keja laut,kerja kapten askar malaysia.nak beli untuk anak kt arab la.kat suami di myanmar la..betul ke semua nie?dia mintak no acc utk bnk in duit.boleh ke saya bg?tolong bg pendapat?

Anonymous said...

Beware ! Scammer mudah.my 010 5272235

Anonymous said...

Scammer on 28/09/2015
Maybank Account 164221520439
Beware...active on mudah.my..last modus operandi try to sell 1 Suzuki Vitara with low price - Rm5k which normal price of this car is above Rm10k

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts