[PENDEDAHAN] Benarkah Holy Water Jadikan Umat Islam Murtad? | [EKSKLUSIF] INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU

[PENDEDAHAN] Benarkah Holy Water Jadikan Umat Islam Murtad? | [EKSKLUSIF] INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU | Dulu, saya selalu terdengar cerita air mineral yang dikatakan holy water. 

holywater

Umat Islam yang meminum air tersebut akan murtad dan tidak mampu mengucap. Dikatakan air tersebut diberikan percuma oleh orang kristian.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Benarkah cerita ini? Dimana buktinya? Ikuti kupasan artikel dibawah:
_ _ _ _ _ _ _ _  _ _  _

Taip sahaja di internet berkenaan Holy water dan peranannya dalam memurtadkan orang Islam maka pasti anda akan menemui banyak sekali artikel mengenainya. Holy water itu kononnya merupakan air jampi yang amat hebat di mana sekali anda terminumnya, nescaya tidak dapat mengucap dan menjadi murtad.

Jika bernasib baik, anda mungkin dapat mengucap kembali setelah minum air dari tujuh buah kolah masjid. Mengapa hebat sangat air ini? Ada yang mengatakan ia dibancuh khas dari Indonesia oleh Paderi Kristian yang berstatus tinggi. Sesetengah dari mereka pula mendakwa Holy water dibuat di Vatican City oleh Pope Kristian.

Fenomena Holy Water ini cukup menakutkan orang Islam. Tambahan pula, ramai penceramah yang menjaja kisah Holy water ini dalam ceramah-ceramah mereka di masjid-masjid. Kata mereka juga, Holy water bercampur dengan janin yang digugurkan  hasil dari persetubuhan haram paderi lelaki dan wanita.

Subhanallah! Itu merupakan satu fitnah terbesar sekali yang dibuat oleh orang Islam terhadap sahabat kita orang Kristian. Mungkin, disebabkan kerana kurangnya ilmu maka kisah mengenaiHoly water ini terus di forward melalui email dan diletakkan di blog-blog peribadi mahupun laman sesawang sosial. Ingatlah teguran dari Allah dalam al-Quran 

“Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil Haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.” [Q5:2] 

Sebenarnya, Holy water hanyalah merupakan air pili biasa yang dibacakan sedikit doa dan diletakkan di luar gereja. Apabila penganut Kristian beraliran Katholik ingin masuk ke dalam gereja. Mereka akan mengambil sedikit Holy water ini untuk membuat simbolik lambang salib pada badan mereka. Perbuatan ini merupakan ablution ataupun berwudhuk bagi orang Kristian.Holy water tidak pernah dibuat sebagai minuman. Orang Kristian sendiri tidak meminumnya, hanya sekadar digunakan untuk “berwudhuk”.

Cuba fikirkan, jika benarlah ia begitu berkuasa, mengapa tidak sahaja dicampurkan terus ke sumber-sumber air utama penduduk dunia agar mereka semua terus murtad. Dan akhirnya, ingatlah bahawa dengan mempercayai Holy water mempunyai kuasa, maka anda telah berlaku syirik. Jika benarpun ada kes terpencil yang berlaku, maka ia hanyalah kebetulan dan tidak lain dan tidak bukan melainkan tipu daya Syaitan yang amat lemah. 

“…dan tiadalah bagiku (Syaitan) sebarang alasan dan kuasa pengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan aku tetapi salahkan diri kamu sendiri…” [Q14:22] 

Semoga artikel ini memberi pencerahan pada kita semua untuk tidak lagi mempercayai cerita karut ini dan seterusnya berhenti ‘forward’ fitnah terhadap saudara kita yang beragama Kristian.
Artikel ini disiarkan di blog iluvislam.com di sini. 

Artikel Menarik Lainnya



4 comments:

Anonymous said...

TERIMA KASIH DI ATAS PENCERAHAN INI...RUPANYA...INILAH DIDKAN UMPORNO SELAMA INI AGAR ORGISLAM (MELAYU AMNYA) AGR TERUS MEMUSUHI KAUM DAN AGAMA LAIN SUPAYA TRUS MENYOKONG UMPORNO Kangkung

Anonymous said...

Kalau agama pun tidak lah holy, mana datang holy water. Jesus is not God. pegang itu dah cukup. Wake up everybody. Kristian pun tahu akan status sebenar tetapi sebab wang ringgit, harta dsbnya terbabit maka paderi2 besar diam saja. Setuju 100 percent dengan tulisan diatas.

Capt Lalok said...

terima kasih perkongsian ini,saya juga berfikiran sebegitu sebelum membaca artikel ini

Anonymous said...

org bodoh yg berfikiran sempit saja yg menganggap holy water itu memurtadkan org islam. .kaji dgn terperinci dahulu sblum memberi tanggapan buruk terhadap sesuatu perkara terutama sekali berkaitan dgn agama ....itu isu yg sensitif

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts