[PANAS] Pesawat Belum Jumpa Tapi... | Buku Kehilangan MH370 Dah Siap
4/22/2014 09:55:00 am
[PANAS] Pesawat Belum Jumpa Tapi... | Buku Kehilangan MH370 Dah Siap | BELUM 
pun lokasi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ataupun kotak hitamnya 
ditemui, buku berkaitan mengenai kejadian itu sudah pun siap untuk 
diterbitkan dan dikesan dipamerkan di satu program Pesta Buku di London.
![]()  | 
| Buku yang berada dalam pesta buku London karangan Nigel Cawthorne | 
Menurut laporan laman web The Rakyat Post, buku itu ditulis oleh penulis fiksyen dan wartawan Nigel Cawthorne. Buku itu dijadualkan akan dilancarkan pada 15 Mei depan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Gambar buku terbitan Blake Publishing berkenaan kini tersebar di 
laman sosial di seluruh dunia. Ketika pasukan penyiasat dari pelbagai 
negara sedang cuba mencari jawapan kepada misteri kehilangan pesawat itu
 pada 8 Mac lepas, peminat buku antarabangsa kini tertanya-tanya apakah 
kandungan utama di dalam buku tulisan Cawthorne itu.
Menurut butiran penulisnya, beliau turut pernah menyumbangkan karya 
tulisannya kepada syarikat penerbitan Britain antaranya The Guardian, 
The Daily Telegraph dan The Daily Mail.
Cawthorne turut dikenali dengan beberapa buah buku berkaitan seks 
antaranya Sex Lives Of The Pope, Sex Lives Of The Famous Lesbians dan 
Sex Lives Of The Roman Emperors.
Dia turut pernah menulis buku bertajuk Antics Of Old England dan Sex 
Secret Of Old England. Menurut laman web pendaftaran buku United 
Kingdom, buku MH370, The Mystery itu diterbitkan dengan ketebalan 288 mukasurat. 
“Penulis dan wartawan berpengalaman Nigel Cawthorne telah membuat 
penyelidikan kejadian MH370 dengan menyeluruh dan terperinci, bakal 
mendedahkan penjelasan di sebalik misteri yang membuatkan seluruh dunia 
tertanya-tanya,” menurut sinopsis buku itu. 
Pesawat itu hilang dari radar pada 8 Mac lepas ketika dalam 
penerbangan ke Beijing, China dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 
(KLIA). Pada hari kejadian, pesawat itu membawa bersama 227  penumpang 
dan 12 anak kapal.



0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"