Sahabat Que 'Silent Readers'

[PENDEDAHAN] 3 Kamera Intip Dalam Tandas Perkerja Wanita | Kejadian Di Hospital Bentong

4/07/2014 10:34:00 am

[PENDEDAHAN] 3 Kamera Intip Dalam Tandas Perkerja Wanita | Kejadian Di Hospital BentongBentong: Tiga kamera tersembunyi yang ditemui di tandas kakitangan wanita Hospital Bentong di sini, baru-baru ini, berkemungkinan besar dipasang oleh orang dalam atau petugas hospital itu sendiri.

camera dalam tandas staf hospital bentong

Ia berikutan tandas yang terletak di bahagian kecemasan itu hanya boleh digunakan kakitangan hospital.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Orang awam tidak dibenar menggunakannya bagi mengelakkan kesesakan.

camera dalam tandas staf hospital bentong - 1

“Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak kami akan mengambil tindakan tegas,” katanya, ketika dihubungi.

Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus mengundang pelbagai persoalan masyarakat seterusnya menjadi perbualan hangat di laman sosial.

Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau jenayah, MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat naik seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun Facebooknya.

P/s: sedar lah yang dunia ni sementara kenapa lah ade orang tergamak nak buat macam gini

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad