Sahabat Que 'Silent Readers'

[PANAS] Pelajar Ditawarkan Kerja Gaji RM6000 Layan VIP 4 Kali Sebulan

11/08/2020 09:00:00 am


















Kecoh di laman sosial apabila seorang pelajar perempuan yang akan menjalani peperiksaan SPM ditawarkan satu pekerjaan untuk separuh masa oleh seorang lelaki yang menjanjikan akan mendapat pulangan hasil yang banyak dengan melayan golongan VIP.

Menurut Mimie Mieza, individu berkenaan yang dikenali sebagai Azlan itu telah menghubunginya menerusi Facebook Messenger dan menawarkan kerja dengan pendapatan sebanyak RM6000 sebulan dan hanya perlu berkerja selama 4 kali dalam sebulan.

Melalui perkongsian remaja berkenaan yang mendedahkan perbualannya dengan lelaki berkenaan, Mimie pada mulanya menyangkakan individu terbabit menawarkan kerja biasa. Tetapi secara tiba-tiba lelaki itu mengatakan bahawa Mimie perlu melayani pelanggan dari golongan VIP yang mahukan perkhidmatan badan.

Lelaki itu juga menyatakan setiap seorang pelanggan yang dilayani oleh Mimie akan dibayar sebanyak RM1500 kepadanya dan lokasi untuk melakukan aktiviti terkutuk itu dikatakan di sebuah hotel pada setiap waktu malan pada hari cuti dalam jangka masa selama 2 hingga 3 jam.

Mimie mula mengesyaki niat sebenar lelaki berkenaan dan beliau dengan segera mempermainkannya dan berpura-pura mengatakan bahawa kerja yang ditawarkan itu adalah berkaitan dengan aktiviti mengurut atau mencabut uban.

Lelaki yang bernama Azlan itu menegaskan bahawa pelanggannya bukan dari golongan tua sebaliknya mereka yang dari kalangan VIP yang berumur bawah 30 tahun yang mana pelayan perlu melayani kehendak nafsu pelanggannya itu.

Melalui perbualan yang dikongsikan itu Azlan dilihat seperti mensasarkan mangsanya dari golongan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di Johor.

Perbualan antara Mimie dan Azlan tamat juga akhirnya selepas Mimie menunjukkan gambar daripada Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mungkin telah menakutkan lelaki berkenaan sehingga beliau turut menyahaktifkan Facebook miliknya.

Orang ramai terutamanya wanita dan remaja perlu berhati-hati dan tidak terpedaya dengan sebarang tawaran walaupun mendapat pulangan yang lumayan kerana perkara sebegini akan merosakkan masa depan anda sendiri dan akan membinasakan kehidupan anda. Segeralah laporkan perkara sebegini kepada pihak polis jika ia berlaku kepada anda.

SUMBER: KOLEKSIVIRAL

You Might Also Like

5 comments

  1. Allahuakbarrrrr dunia akhir zaman,risaunya nak didik dan lindungi anak pompuan huhuuu

    ReplyDelete
  2. Gila punya kerja.. Bijak girl tu.. Kihkihkih

    ReplyDelete
  3. lawak.. mcmni pon ada ke

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad