Sahabat Que 'Silent Readers'

Restoran Jepun Muslim Halal | Konichiwa Cafe Bandar Baru Bangi

3/08/2017 01:35:00 pm


Sabtu lepas Abe sekeluarga dapat merasa ke Konichiwa Cafe Bandar Baru Bangi. Satu-satunya Restoran Jepun Muslim di BBB ni. One And Only tau. Sebut saja restoran Jepun, tanggapan pertama yg datang dalam kepala kita semua ialah status HALAL. Kan?

Seperti yang semua tahu makanan Jepun terutama sushi ni menggunakan mirin atau sake sebagai bahan dalam pembuatannya untuk tahan lama. Ramuan ini sebenarnya diragui status Halalnya sb ianya mengandungi Alkohol. Tapi kat Konichiwa Cafe ni, mirin atau sake ni telah digantikan dengan cuka. So, tak perlu ragu lagi. Dekat Konichiwa Cafe ni, selain menu utama makanan Jepun, ada juga pilihan makanan selera melayu dan western versi Malaysia, yang semuanya 'secret resepi' Chef di sini. Korang tak perlu ragu tentang status halal kerana semua bahan yang di gunakan juga di bekalkan oleh pembekal yang mempunyai status halal.

Untuk makluman korang, Konichiwa Cafe ni baru beroperasi sebulan lebih ini di miliki oleh 100% bumiputera orang melayu kita dan pekerja semua melayu dan Islam. Dari pemilik,chef dan pelayan semua melayu Islam. 

Jom kita tengok menu yang ada :
Assorted Sushi (RM3.90-RM8.90/pcs)
Pelbagai pilihan sushi yang ada untuk korang cuba dengan harga yang berpatutan dan dari bahan yang halal dan segar. 

Tokyo Drift - RM23.90
Konichiwa Fried Rice (RM16.90)
Cheese Tori Karage (RM10.90)
Okonomiyaki (RM15.90)
Saba Bento Set RM22.90
Ni pulak menu tempatan:
Mee Kari Bonda - RM15.90
Mee Udang Serai (RM15.90)
Menu western:

Khas dibuat homemade fries dan dihidangkan dengan potato salad, jagung manis dan sos yang sedap. 

Grilled Chicken Chop (RM16.90)
Antara minuman special yang di hidangkan masa Abe ke sini:
Konichiwa Kopi O Floats RM7.90, Chocolate Banana RM10.90, Kopi Goyang HOT RM5.90
Abe share untuk korang semua video demo masakan teppanyaki dari Chef Jeff

video video

Puas hati sangat Abe sekeluaarga makan kat sini, harga berpatutan dan suasana restoran yang tenteram. Jika Korang tanya Abe, totally Abe akan cakap 'Konichiwa Cafe is recommended'

Ni detail KONICHIWA CAFE, BANGI

Facebook: Konichiwa Cafe
Instagram: @konichiwacafe

Alamat: 
Jalan 6/7b, Seksyen 1,
 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Nombor telefon: +60 12-200 2090

Masa Operasi:
Selasa-Khamis dari 12 tengahari - 10 malam
Jumaat dari 2 petang - 11 malam
Sabtu & Ahad dari 12 tengahari - 11 malam

You Might Also Like

4 comments

  1. tak pernah makan makanan jepun.. sedap ek?

    ReplyDelete
  2. yeahh memang recommended sangat! tak puas mkn sushi ritu...jom repeat lagi abe! :)

    ReplyDelete
  3. Food seems to be delicious. Will try it!

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad