Sahabat Que 'Silent Readers'

SILIBUS KURIKULUM DI SEVEN SKIES INTERNATIONAL (SSI)

11/30/2016 10:00:00 am

SILIBUS KURIKULUM DI SEVEN SKIES INTERNATIONAL (SSI)

Assalamualaikum... Tentu korang semua masih ingat lagi tentang Seven Skies International (SSI) yang Abe pernah tulis bulan lepas? Ingat tak? Pasal sekolah antarabangsa tu, yang Abe ada bawa Si Putera Abe, Tengku Ean Rifqee menjengah ke sana... Ingat dah kan? Alhamdulillah... Ni Abe tempek pulak LINK apa yang Abe tulis untuk korang jika korang nak ‘refresh’ semula... (KLIKSINI)

Kali ni pulak, Abe nak menulis berkenaan dengan Kurikulum Pembelajaran (silibus) yang diguna pakai di Seven Skies International (SSI) yang mana pada Abe, ianya sangat menarik dan sangat ‘universal’.

Abe ‘refresh’kan semula secara ringkas mengenai Seven Skies International (SSI). Seven Skies International (SSI) adalah projek yang dipelopori oleh Mercy Mission iaitu sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan. Tujuan murni utama mereka ialah untuk membantu ummah sejagat. Seven Skies International (SSI) menggunakan sukatan pelajaran Cambridge dan Kurikulum Antarabangsa sebagai asas untuk kajian Islam di Seven Skies International (SSI). Seven Skies International (SSI) juga menyediakan modul untuk pembangunan karakter dan pendidikan moral untuk pelajar secara umum. Kelebihan Seven Skies International (SSI) adalah dari segi kurikulumnya yang menggabungkan  silibus Cambridge dan pengajian Islam yang intensif. Walaupun Seven Skies International (SSI) menggunakan silibus Cambridge, ia tidak mengenepikan pengajian Islam dalam pembelajaran. Dengan berteraskan prinsip “Allah in the heart, the world in the hands” SSI memastikan pelajar-pelajarnya berjaya dalam kedua-dua bidang akademik dan moral.

Info menarik untuk korang semua, Seven Skies International (SSI) menjadi pusat persiapan bagi ‘Cambridge International Exam’. IGCSE (International General Certificate for Secondary Education) yang merupakan peperiksaan bagi setiap pelajar di Grade 10 (sama taraf seperti Sijil Pelajaran Malaysia - SPM) untuk menempatkan diri setiap pelajar Seven Skies International (SSI) ke Grade 11 iaitu A Level. Seven Skies International (SSI) juga turut menyediakan silibus bagi pelajar yang ingin mengambil A-Level di institusi mereka.


Seven Skies International (SSI) mempersiapkan pelajar untuk IGCSE dari Grade 1 hingga ke Grade 11. Fokus atau penekanan yang lebih kepada silibus ‘Cambridge’ diberikan seawal Grade 7 sebelum peperiksaan sebenar di jalankan di Grade 10 atau Grade 11 demi memastikan setiap pelajar bersedia secara mental dan spiritual.

Apa yang Abe perhatikan semasa Abe ke Seven Skies International (SSI) tempohari, setiap pelajar di Seven Skies International (SSI) sangat berdisiplin, sangat tertib dan yang paling membuatkan Abe teruja, semua pelajarnya di asuh dan di bentuk dengan sifat terpuji mengikut Sunnah Rasulullah... Subhanallah...


Sepanjang lawatan singkat Abe ke sana, Abe dapat lihat interaksi antara pelajar dan guru mereka sangat luarbiasa. Mana taknya, Abe difahamkan pada setiap awal pagi, 15 minit diperuntukkan untuk sesi interaksi antara guru dengan pelajar. Mereka akan berbincang tentang kerja rumah (homework), perbincangan tentang topik Islam sejagat dan membaca doa bersama-sama.


Bab ni Abe suka kerana pada pendekatan seumpama ini amat penting untuk memastikan guru mengenali setiap pelajar, prestasi dalam pelajaran dan sekaligus akan dapat ‘create trust and respect’ dalam diri semua orang. Kalau korang nak tahu, di Seven Skies International (SSI), nisbah guru kepada pelajar ialah 1:18. Ini berujuan untuk pembelajaran yang lebih kondusif.


Di Seven Skies International (SSI) juga, makan tengahari disediakan untuk semua pelajar bagi memastikan setiap pelajar mendapat nutrisi yang mencukupi untuk perkembangan otak yang sihat.

Seven Skies International (SSI) juga mempraktikkan peruntukan khas 10 waktu setiap minggu untuk pengajian Al-Quran. Pelajar dididik sejak kecil untuk bukan sahaja menghafaz Al-Quran malah memahaminya. Secara amnya, pelajar boleh menghafaz keseluruhan Al-Quran dalam masa 6 – 8 tahun mengikut silibus yang ditetapkan oleh SSI. Jika pelajar-pelajar ingin mengambil kelas tambahan dalam hafazan Al-Quran, Seven Skies International (SSI) ada menyediakan kelas khas yang dilaksanakan oleh Andalus Institute, sebuah institut di bawah naungan syarikat induknya, Mercy Mission.



Kelas tambahan oleh Andalus Institute dijalankan di Seven Skies International (SSI) sebanyak 3 kali seminggu untuk membantu pelajar-pelajar dalam hafazan dan pemahaman Al-Quran. Andalus Institute adalah institut bagi Pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab. Ia bukan sahaja untuk pelajar tetapi terbuka untuk semua lapisan umur. Untuk maklumat lanjut mengenai Andalus Institute, korang boleh klik pautan ini, http://andalus.mercymission.my/

Subhanallah, sebagai seorang bapa kepada zuriat Abe, Abe amat teruja dengan semua silibus kurikulum yang di praktikkan di Seven Skies International (SSI) ni, terutamanya bila ada penekanan terus kepada Al-Quran.  Penerapan Islam penting untuk diterapkan dalan diri anak-anak sejak mereka masih kecil. Dan Abe juga pasti yang korang semua juga bersependapat dengan Abe. Setiap ibubapa mengimpikan untuk memberikan pendidikan dan sekolah yang baik untuk anak-anak mereka.

Info lain mengenai Seven Skies International (SSI), sila ke pautan yang Abe bagi kat bawah ini:

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad