KL Tower Mini Zoo | Destinasi Pilihan Keluarga Musim Cuti Sekolah


KL Tower Mini Zoo | Destinasi Pilihan Keluarga Musim Cuti Sekolah | Sebelum ni Abe pernah je sampai ke KL Tower. Yer lah, ala-ala melawat gittew, hahhahahha. Kita ni kena jugaklah tengok apa yang menarik di KL, kena jugak melawat. Tak gittew? At least, bila orang kampung tanya, ko penah pegi ke KL Tower?, bolehlah Abe jawab, 'YER", hahahahaha. Kali terakhir Abe datang sini ialah pada tahun 2002, hahahhahha. Lama sudaaaaa...


Nak dijadikan cerita, 13 November lepas, sekali lagi Abe berkesempatan datang sini. Tapi kali ni, Abe bukan melawat KL Tower tau. Tapi Abe ke KL Tower Mini Zoo yang terletak di kawasan yang sama. Baru lagi dibuka untuk orang ramai tapi sambutannya, subhanallah, luarbiasa. Sentiasa penuh dengan pengunjung. Yerlah kan, mana nak cari dah lokasi yang menarik ala-ala gini kat dalam Bandar Kuala Lumpur. Berkebetulan pulak geng blogger Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9), buat mini gathering kat sini. Kami sempat beramah mesra tau....


Seawal jam 930, kami semua dah berkumpul di Pintu Masuk beli tiket KL Tower Mini Zoo ni. Apa lagi, Abe gunakanlah masa ni untuk chit chat sesama Geng KBBA. Abe bawak sekali cinta hati, Si Permaisuri & Jantung Hati Abe, Si Putera Ean Rifqee... Dorang bukan main teruja tau... Terima Kasih Abg Ben Ashaari, Terima Kasih Team KBBA & terutama sekali Terima Kasih kepada pengurusan KL Tower Mini Zoo di atas penajaan lokasi gathering kami kali ini.


Kalau korang datang ke KL Tower Mini Zoo ni, korang waze je KL Tower. Korang akan masuk di pintu masuk yang sama. Kat dalam ni ada banyak parking lot, Abe nasihatkan korang datang lah awal pagi sikit, baru korang akan boleh pusing-pusing lama sikit. Kadar bayaran parking kat KL Tower ni ialah RM4 untuk sejam pertama.


Sebelum korang masuk pintu masuk utama, korang terlebih dulu akan disambut oleh 2 ekor 'Parrot' tau. Mereka berdua sangat jinak & banyak cakap, hehehehehe... Dan korang seterusnya akan dapat melihat mereka-mereka di bawah ni. Abe taknak cerita lebih, cuma Abe nak kongsikan gambar je. Korang tenhgoklah sendiri... Layannn...


Si Ean Rifqee juga dapat bagi makan pada kura-kura dan 'guinei pig' tau. Eksited sangat dia...


Seterusnya kami berjalan lagi, jalan dan terus berjalan.... Jumpa macam-macam jenis haiwan kat dalam ni. 


Korang akan dapat ketenangan kat dalam tu tau, sebab suasana kat dalam KL Tower Mini Zoo ni redup je. Seredup macam korang berjalan di bawah dimbunan pohon kat dalam hutan sebenar.


Dan yang TERAKHIR, Abe sempat jugaklah buat kejutan untuk Si Permaisuri Hati Abe. Maaf yer Abg Ben, semua ni xdirancang, hanya kebetulan. Maaf sebab tak sempat bagitahu awal pada Abg Ben. Neway, terima kasih kepada semua Geng KBBA sebab sporting bantu Abe buat surprise ni kat isteri Abe. Tq Sis SS untuk video ni tau. Kebetulan tau, tarikh 13 November 2016 ni jatuh pada tarikh hari lahit isteri Abe... Tq jugak pd Abam Korie untuk kek yang Kiyut & Sedap ni...


Ringkasnya, Abe sekeluarga suka kat KL Tower Mini Zoo ni. Memang sesuai dan 'recomended' untuk korang bawak anak-anak korang datang sini, terutamanya pada musim cuti sekolah. Nah, Abe kongsikan sikit detail harga tiket & detail mengenai KL Tower Mini Zoo... 





Harga Tiket KL Tower Mini Zoo


Dewasa : RM32Kanak-kanak : RM27(Budak bawah 90cm percuma)


Mini pakej (1dewasa + 1kanak-kanak) : RM50Family pakej (2dewasa + 2kanak-kanak) : RM98


Waktu dibuka : 10pagi - 9malam (isnin-ahad) 

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

Nadia Johari said...

memag best..enjoy sebb pegang haiwan

anazarin dotcom said...

Bestkan pergi sini

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts