Sahabat Que 'Silent Readers'

Tips Membeli Rumah Oleh Mohd Aslam | WAJIB BACA !!!

7/30/2016 02:39:00 pm



Tips membeli rumah until diduduki

Disclaimer: Tips ini mungkin berbeza bagi setiap orang.

Ramai mengeluh, harga rumah semakin mahal. Lagi-lagi rumah landed. Ramai yang jika diberi pilihan nak duduk rumah teres. Senang katanya, tak perlu panjat tangga/lif.

Ada betulnya.

Lain orang, lain caranya. Tapi bagaimana nak membeli jika harga rumah landed dan rumah apartment juga mahal? Rumah adalah satu keperluan asasi manusia. Membesar dalam rumah, semua perihal kita buat dirumah. Tak kan nak tidur dalam kereta kan?

Sebab tu jika anda diberi pilihan, belilah rumah dahulu. Jika kenderaan sangat diperlukan untuk anda mencari rezeki, pergi kerja. Belilah dibawah kemampuan sendiri. Bagaimana nak tahu bawah kemampuan? Jika layak beli Honda City, kena tahan sikit nafsu tu, belilah Myvi sahaja dulu ataupun Viva. Percayalah, kereta saban tahun akan upgrade dari segi teknologi, design dan pelbagai lagi. Tak rugi kalau tak beli kereta mahal sekarang pun, sebab nanti anda juga yang pening kepala nak renew roadtax/insurans, isi minyak, tol lagi, jem lagi dan pelbagai lagi.

Tips membeli rumah untuk diduduki mudah dari saya.

Buat permulaan mereka yang bekerja contohnya di Cheras, cari rumah sekitar tempat kerja sahaja. Ikut kiraan kemampuan kita. Cari rumah yang agak murah tak kisah flat atau apartment. Jumpa?

Check market value dengan bank/valuer. Jika anda serius boleh terus beli setelah kiraan komitmen dibuat, usha kawasan sekitar dan lihat kemudahan berdekatan.

Anda bujang?…

Duduk rumah yang dibeli dan bilik lain disewakan dengan rakan sekerja (lebih baik) dan pastikan buatlah agreement bertulis apa yang DO/DONT.

Anda berkeluarga?..

Tinggal sahaja dirumah yang dibeli agar jimat kos minyak, tol dan seumpamnya buat sementara waktu. Simpan/labur duit gaji atau duit extra income yang ada untuk tujuan membeli rumah yang lebih besar. Ini cerita bab lain ya. Jika rumah dekat dengan tempat kerja, stress dijalanraya dapat dikurangkan. Masa yang ada tu boleh ditumpukan pada kerja lebih masa atau buat partime apa yang anda minat.

Bagaimana mengira kemampuan pinjaman anda?

Debt Service Ratio berbeza setiap bank. Cara kiraan Debt Service Ratio adalah begini.

Komitmen / Pendapatan x 100 = DSR anda.

DSR yang anda dapat adalah jumlah maksimum komitmen yang anda boleh buat setiap bulan.

Contoh : Gaji BERSIH RM3500. Komitmen bulanan sedia ada ( Hutang ) cuma ada RM1000.

RM1000 / RM3500 x 100 = 28%.

Setiap bank % DSR nya berbeza.

Apapun komitmen anda buat mestilah dibuat kira-kira dahulu. Jangan asal mampu bayar je beli, kalau boleh belilah asset yang boleh menjana pendapatan seawal kerjaya. Sekurang-kurangnya JUMLAH PENDAPATAN anda dapat dinaikkan hasil dari pendapatan asset yang dibeli. ( contoh rumah sewa ).

Ok paham tak?

Tolong la SHARE, panjang ni aku tulis.

Sumber: FB Mohd Aslam

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad