Sahabat Que 'Silent Readers'

[EKSKLUSIF] Tips Cantik Dan Menawan Seperti Wanita Arab | MESTI BACA !!!

8/25/2014 09:24:00 am

[EKSKLUSIF] Tips Cantik Dan Menawan Seperti Wanita Arab | MESTI BACA !!! | Budaya dan kepercayaan membuat sebahagian besar wanita Arab tidak memperlihatkan kecantikan mereka.


Tetapi jangan salah sangka, kecantikan para wanita Arab salah satu yang dianggap eksotik dari seluruh bangsa di seluruh dunia.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Apa rahsia mereka? Menurut kajian yang dilakukan Clinique La Prairie di Switzerland, wanita Arab mempunyai kulit tersihat dan termuda berbanding wanita dari dunia lain. Ini beberapa sebabnya .

1. Kulit sihat sesuai tradisi berpakaian, wanita Arab berjaya melindungi kulit dari kerosakan. Mereka juga tidak memberi perhatian lebih pada proses pencoklatan kulit, kerana umumnya warna kulit wanita di kawasan ini berwarna kecoklatan. Bagi mereka, lebih baik tinggal dalam rumah ketika matahari bersinar terik berbanding beraktiviti.

2. Berpakaian sopan dan tudung, Sebahagian besar wanita Arab menggunakan hijab dan tudung dengan alasan agama, sebahagian lagi kerana alasan budaya. Cara ini terbukti berkesan melindungi kulit dari kekeringan akibat hawa panas dan sinar matahari.

3. Penjagaan kulit datang dari kalangan ekonomi yang paling kaya di dunia, para wanita Arab merupakan pelanggan yang bijak dalam memilih kosmetik. Bagi mereka, kualiti produk rawatan sangat menentukan meskipun harus mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar. Wanita Arab tidak melindungi kecantikan kulit dengan prosedur seperti botox, laser, dan derma fillers .

4. Makanan-makanan di dunia Arab cenderung diproses dari bahan-bahan segar dan lebih alami daripada sebahagian besar dunia Barat. Peringkat wanita bekerja yang sedikit turut berpengaruh pada stres yang dialami wanita Arab. Umumnya, wanita Arab menjalani kehidupan dengan lebih santai, mereka mempunyai banyak teman dan cuba makan dengan perlahan. Inilah faktor lain kerutan dan penuaan lebih lambat dirasakan oleh para wanita Arab.

You Might Also Like

6 comments

  1. tak sama kat malaysia nie kan..semua makanan dah ada bahan pengawet,kurang nak makan makanan2 yang fresh...patutlah diorang cantik2 belaka

    ReplyDelete
  2. cantik wanita itu dlm foto, in real lum tentu

    ReplyDelete
  3. Jgn percaya semua ni... mereka semua manusia biasa dan sesiapa yg pernah tinggal di negara arab akan tahu hakikat sebenarnya. Sebilangan wanita arab semulajadi berwajah dan berkulit cantik. Dari apa yg sy tahu tentang kebiasaan bagi wanita arab kerana tinggal lama dinegara arab, mereka semua sgt comel ketika kecil dan cantik ketika berumur 12-18th. Bila masuk 20-30 selepas kahwin (sbab wanita arab semua berkahwin muda) mereka telah kelihatan seperti wanita kita yg berusia 40an dan mula obes. Ketika umur wanita arab menjengkau 50an keatas kebanyakan mereka todak boleh berjalan kerana penyakit spt gout, k.manis, jantung dll. Mereka tidak cergas dan berpenyakit kerana amalan mereka tidur siang hari dan berjaga waktu malam. kebanyakan wanita arab tidak bekerja dan meraka menghabiskan masa tidur dan makan. Oleh kerana wanita dinegara Arab kebanyakkannya uzur lebih cepat dibandingkan wanita dari negara lain terutama Asia, lelaki Arab kebanyakkannya berkahwin dengan wanita yang lebih muda dari meraka sekurang2nya 10 tahun lebih muda kerana jika mereka berkahwin sama usia, dikhuatiri isteri telah uzur ketika suami masih cergas lagi.

    ReplyDelete
  4. mmg salute la dengan wanita arab...wlaupun berpurdah...nampak mata ja pun dah cantik...^^

    ReplyDelete
  5. salute dgn wanita Arab. kita? nan hadoo. selagi nak make up selagi tu laaaa. kekekkeke

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad