[EKSKLUSIF] 6 Soalan Imam Ghazali Kepada Muridnya | MESTI BACA !!!

[EKSKLUSIF] 6 Soalan Imam Ghazali Kepada Muridnya | MESTI BACA !!! | Ketika Imam Al Ghazali berkumpul bersama murid-muridnya, lalu beliau bertanya: “Apa yang paling hampir dengan kita di dunia ini?” Ada murid-muridnya menjawab orang tua, guru, teman dan kaum kerabat.
Semua itu benar kata Imam Ghazali tetapi yang paling hampir dengan kita adalah “mati” (Ali Imran: 185) kerana janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti mati.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

“Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?” Pertanyaan kedua Iman Ghazali. Ada yang menjawab negara China, matahari, bulan, dan bintang-bintang. Benar kata Imam Ghazali, lalu Iman Ghazali menjelaskan yang paling jauh adalah “masa Lalu” kerana walau apapun kenderaan kita, kita tetap tak boleh kembali ke masa lalu. Jagailah hari-hari kita. 

“Apa yang paling besar di dunia ini?” Iman Ghazali bertanya lagi. Ada yang menjawab matahari, gunung dan bumi. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Namun yang paling besar di dunia ini adalah “nafsu”(Al A’Raf: 179). Hati-hati dengan nafsu besar diri kita, agar jangan terjerumus ke neraka.

“Apa yang paling berat di dunia ini?” pertanyaan seterusnya dari Imam Ghazali. Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Benar, kata Imam Ghazali tetapi yang paling berat adalah “memegang amanah” (Al Ahzab : 72). Semua makhluk lain tidak berkesanggupan ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Manusia tetap menyanggupi permintaan Allah SWT untuk memegang amanah. Namun terlampau ramai yang cuai memegang amanah berat pada diri masing-masing sehingga boleh terjerumus ke neraka.

“Apa yang paling ringan di dunia ini?” pertanyaan kelima Imam Ghazali. Ada yang menjawab angin, debu, kapas dan daun-daun. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah “meninggalkan solat”. Gara-gara kesibukan kita, mudah untuk kita meninggalkan solat.

“Apakah yang paling tajam di dunia ini?” pertanyaan terakhir Imam Ghazali. Serentak murid-murinya menjawab, pedang. Benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Ini kerana melalui lidah, mudah bagi manusia melukakan saudaranya sendiri.

sumber: Sanim Bohari

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts