Telefon Pintar Jejas Hubungan Suami Isteri | MESTI BACA !!!

Telefon Pintar Jejas Hubungan Suami Isteri | MESTI BACA !!! | Satu kajian di United Kingdom (UK) mendapati perbualan menerusi telefon pintar menjadi lebih penting daripada perbualan bersemuka sehingga boleh mengganggu hubungan suami isteri.


Menurut kajian yang dijalankan oleh syarikat langganan, Socked.co.uk. kira-kira 80 peratus lelaki di UK mengaku menggunakan telefon pintar atau komputer tablet mereka ketika sedang makan malam.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Data terbaru menunjukkan peningkatan jumlah mereka yang enggan berbual secara bersemuka walaupun perbuatan itu dilihat melanggar nilai-nilai kemasyarakatan.

Sejumlah orang lebih gemar berbual dengan orang yang mungkin tidak pernah bertemu di talian berbanding berbual dengan pasangan mereka sendiri, ahli keluarga atau rakan yang berada di hadapan mereka.

Hasil kajian mendapati, sebanyak 76 lelaki hanya berdiam diri ketika bersama pasangan mereka pada waktu malam sambil melayari laman-laman web.

Sebanyak 84 peratus responden berkata, mereka menjadi marah apabila mereka diganggu ketika menggunakan telefon pintar atau komputer tablet.

Wakil Socked.co.uk, Mark Hall berkata, media sosial dan Internet sememangnya penting, namun tidak sepatutnya mengganggu hubungan dalam kehidupan.

”Apabila seseorang memegang telefon, seolah-olah dunia di sekitar mereka tidak membawa apa-apa makna. ‘Data mengenai kejadian ini sangat mengejutkan,” katanya.

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Nazlee Ismail PCL said...

Dalam kehidupan berkeluarga..cuba sebolehnya jauhi yang dikatakan anti sosial, kerana banyak membawa keburukan dari kebaikan dalam perhubungan. Serius.. kadang kita lupa orang sekeliling kita memerhati..kita sendiri yg tidak sedar. Kena ada sikap saling menegur utk kebaikan.

Terima kasih .

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts