Sahabat Que 'Silent Readers'

3 Suasana Rumah | BACA INI SUPAYA KITA FAHAM AGAMA

8/06/2016 11:59:00 am



BACA INI SUPAYA KITA FAHAM AGAMA.

Wujud 3 suasana di rumah-rumah di seluruh dunia :

1- SUASANA RUMAH SEPERTI PAWAGAM

Rumah jadi seperti pawagam dimana TV dan audio yg besar, karaoke, lengkap dengan permainan video games.. seakan berada di pawagam. Anak-anak dibesarkan dalam suasana kelalaian sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di TV, menangis bila tengok babak lakonan. Ada juga ibu bapa yang bersyukur bila anak-anak terpilih jadi penyanyi bercampur lelaki & perempuan. Ini antara kesan dari suasana rumah seperti pawagam.

2- SUASANA RUMAH SEPERTI HOTEL

Suasana rumah yang dihias secara berlebih-lebihan. Kerap kali bertukar sofa baru sehingga berlakunya pembaziran semata-mata untuk kepuasan diri, tilam-tilam mewah sehingga mengakibatkan malas nak bangun dari tempat tidur. Bilik air mewah sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri ketika berada di rumah Allah.

3- SUASANA RUMAH SEPERTI RESTORAN

Suasana rumah dipenuhi dengan makanan seperti restoran. Setiap saat dalam kekenyangan. Fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja. Fikiran hanya untuk penuhkan perut saja. Peti ais penuh dengan makanan dan pembaziran berlaku begitu banyak bila tak habis makan.

Sebab itulah kita perlu berubah kepada Kefahaman Agama agar suasana rumah tmpt lahirnya manusia2 berubah. Suasana rumah spt rumah Baginda Saw dan Sahabat2 di Madinah tidak wujud lagi.. iaitu Suasana Rumah spt Madrasah. Hidupkan suasana bacaan Quran dan Hadis di rumah. Hidupkan suasana dakwah. Bercakap mengenai kebesaran ALLAH dan suasana Ilmu di rumah. Hidupkan suasana zikir dan solat2 sunat di rumah.

Rumah penuh dgn Nur Quran Hadis..
ALLAH turunkan Rahmat.. Keberkatan..
dan Sakinah dalam rumah dan ahlinya.. keluarga hidup dalam keadaan bahagia. Lahirkan anak2 yg alim alimah, Hafiz Hafizah dan Daie Daieyah yg memperjuangkan Agama di seluruh alam..

Suasana ini yg perlu kita wujudkan
di rumah2 kita. Hari ini anak2 kita makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan, kismis dan mcm2 lg tp pencapaian exam tak cemerlang. belajar tak pandai2.. rupanya bukan salah makanan kesihatan tp sbnrnya hati anak2 gelap sbb tak dgr Hadis. Sbb itulah kita perlu wujudkan amalan bacaan taklim Hadis Nabawi di rumah2 kita. Cari satu masa kumpul keluarga baca Hadis2 Nabi Saw dan baca kisah2 para sahabat dlm kitab Hayatus Sahabah agar isteri dan anak2 kita mengenali kehidupan sahabat2 Nabi Saw, insan2 yg telah berjaya.

Barulah mereka siap untuk hidup secara sederhana dan tidak berhajat kepada mewah2 sehingga kadangkala melebihi kemampuan bapa dan suami.

Semoga kita semua niat dan azam untuk hidupkan suasana rumah seperti Madrasah di rumah kita insha Allah.

Suntingan dari tulisan Ustaz Khann Da'ie.
Hayyu Asyir Nasr City.
Bumi Kaherah.

You Might Also Like

1 comments

  1. Islam memandang rekabentuk rumah adalah suatu keperluan yang ideal. Ini ada kaitannya dengan matlamat untuk memperkayakan kehidupan berkeluarga dengan nilai-nilai dan sikap positif. Antaranya untuk melindungi hubungan seksual suami-isteri dan seterusnya melindungi institusi keluarga dari tekanan dan ancaman.
    Nilai-nilai Islam iaitu iman, kasih sayang, belas kasihan, kebersihan dan keindahan, semua perlu dipupuk di rumah, kerana ianya adalah satu bentuk pendidikan tidak formal tetapi amat memberi kesan terhadap sikap anak-anak. Ciri-ciri rumah Muslim paling kurang haruslah seperti berikut ini:
    • Simpel dan tidak mengandungi unsur-unsur menunjuk-nunjuk dan pembaziran, kerana Nabi saw berpesan, ‘Makan, minum, memberi sedekah dan memakai pakaian yang baik-baik selagi tidak melibatkan pembaziran dan kesombongan’.
    • Lapang, ada kemudahan peribadi untuk ibu-bapa, dan anak-anak. Untuk anak-anak yang mencapai umur 10 tahun perlu disediakan katil berasingan.
    • Cantik iaitu bersih dan teratur, tanpa unsur-unsur kurafat seperti patung, lukisan-lukisan menjijikkan, kerana Nabi saw menyebut, Tuhan cantik dan menyukai kecantikan jadi jangan pula dicemari dengan unsur-unsur seumpama itu. Bersih, kerana Nabi menyebut, Kebersihan adalah sebahagian daripada iman, dan Kesucian adalah sebahagian daripada iman.
    Justeru rekabentuk rumah yang ideal haruslah yang dapat merealisasikan nilai-nilai ini. Secara ringkas, paling minima ialah seperti yang dicadangkan:
    o Ada kemudahan tempat makan yang memberi peluang menghidang, makan bersama-sama dengan layanan yang sempurna, dan tempat menyalin pakaian.
    o Ada ruang pertemuan antara ahli-ahli keluarga untuk mengucapkan salam pada waktu pagi dan malam, dan setiap kali hendak keluar rumah atau balik ke rumah.
    o Tempat untuk melahirkan cinta dan kasih sayang antara ahli-ahli keluarga dan melahirkan kesopanan.
    o Ruang yang dapat melahirkan keceriaan, kerana, Tersenyum adalah sedekah.
    o Ruang bacaan di mana bacaan al-Quran itu dapat diperdengarkan setiap hari dan menyampaikan pengetahuan dan maklumat.
    Ruang sembahyang di mana iklim sekitarannya menunjukkan ciri-ciri tempat sembahyang iaitu ada unsur-unsur peringatan tentang waktu sembahyang dan arah kiblat.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad