Sahabat Que 'Silent Readers'

BAGAIMANA NAK TUKAR KE SIMPANAN KWSP PATUH SYARIAH | CARA DAN KAEDAH

8/08/2016 09:26:00 am



BAGAIMANA NAK TUKAR KE SIMPANAN KWSP PATUH SYARIAH

1. Pendaftaran bermula Isnin 8/8/16 8:15am kat semua pejabat/cawangan KWSP.

2. Hanya kena bawak IC. Lain dokumen tidak diperlukan.

3. Tuan badan kena hadir sendiri, pasal ada akad dan turun cap jari.

4. Proses pengeluaran Simpanan Shariah still sama macam Simpanan Konvensional dulu.

5. Walaupun sudah daftar mulai 8/8/16, tarikh kuatkuasa Simpanan Shariah hanya akan bermula pada 1/1/17 (tahun depan).

6. Hanya RM100 billion dana diperuntukkan untuk Simpanan Shariah tahun 2017. Pasal tu kena cepat daftar. Kalau dah habis kuota RM100 billion nie, kena tunggu peruntukkan dana untuk tahun 2018 pulak.

7. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (18 Ogos 2015) dan Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) telah memutuskan KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke Simpanan Shariah.

Maknanya, 100% duit KWSP yang ada sekarang dalam akaun kita, boleh dipindahkan terus ke Simpanan Shariah. Walau bagaimanapun, kalau masih ada yang nak buat "penyucian" dividen, boleh ikut garis panduan penyucian dividen yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS), insya-Allah pada WorkWeek 32.


Untuk maklumat lanjut, boleh gi http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html

You Might Also Like

2 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad